"Ha kak? Baru balik?" Ibu menanya aku yang baru sampai di rumah.
"Iya bu. Tadi kakak sikit kena langgar bu. Ada satu lelaki yang kakak tengok macam seumur jugak la dengan kakak. Dia bawa kereta tu macam pelesit. Dia ingat jalan di kampung ni macam jalan di bandar-bandar besar sana? Lebar dan besar jalannya? Nasib kakak nda apa-apa jugak." puas aku meluah dengan ibu.
"Ha?! Kakak nda da luka jugakkkan?Syukur....
Kakak pun nda tengok jalan betul-betul. Ibu rasa mungkin dia tu orang bandar kali. Kakak kenal ka orangnya?" Soal ibu."Ndak. Ndak pernah tengok muka nya di kampung ni. Mungkin baru masuk sini kali." Aku buat andaian sendiri. Biarlah dia. Aku malas mau ambil tahu. Bukan aku kenal pun.
" Hmmm nda pa lah. Ni kakak sudah makan?"
"Belum. Baru mau makan ni. Ayah sama dedek belum ada? Lama jugak." aku cari ayah dan dedek yang belum pernah lagi aku tengok pagi ini.
" Belum. Ayah singgah supermarket dulu belikan bahan basah untuk pesanan tu. Sekejap lagi balik la tu. Kakak makan la dulu. Ibu ada kerja di dapur ni. " Ibu kata kepada ku sambil berjalan ke arah dapur.
" Okey bu." aku duduk makan dan baca bismillah sebelum makan.
Aku menunggu kedatangan Bella untuk bermain badminton. Lama sudah rasanya aku ndak beriadah. Memandangkan masih ada masa sebelum mula sesi persekolahan, lebih baik aku gunakan untuk beriadah. Aku tau nanti mula jak sekolah aku tidak ada masa sudah untuk beriadah sebab fokus dengan SPM. Nahhh orang yang ditunggu telah pun tiba.
"Mana si Fakhri?" aku hairan sebab nda da orang ini. Nanti merajuk lagi pastu cakap ndak mengajak dia main sama.
"Sudah ku panggil. Kejap dia datang la tu. Tadi ayahnya ada minta tolong pastu dia suruh pergi dulu. Aku jalan jak la." Bella duduk di tangga rumah ku sambil minum air yang dia bawa. Penat kali lepas jalan kaki ke rumah ku.
"Oooo.....jadi kita panaskan badan ka dulu supaya nda da nanti otot yang kejang masa main. Sudahlah kita ni lama ndak bersukan. Nanti terkejut otot tu." Aku mula buat pergerakan untuk panaskan badan yang selalu aku buat dan Bella pun meregangkan badannya mengikut caranya sendiri.
" Okey sudah?" aku mengambil raket dan bulu tangkis.
" Done. Jom" Bella buat gaya ala-ala ingin bergusti. Sedangkan mau main badminton jak pun. Mana-mana la. Sekarang, Jom bersukan!!
"Ok. Kau sana aku sini. Kita osom siapa pukul shuttle dulu." ok. Aku kalah. Aku bagi chance jak tu. Aku sudah bersiap sedia mahu menerima servis dari Bella.
"Nasib tiada angin kencang petang ni dan nda panas. Dapat la kita main dengan tenang." Hmm..Terus nda da sudah mood ku mau main . Haihh si Bella ni. Sudah langgar pantang larang masih boleh senyum."Hm. Kau sebut la lagi pasal angin. Sebut la. Sebut banyak kali. Biar angin tu datang dengan petir-petir sekali." aku paling pantang kalau mau main ditegur perkara yang sepatutnya nda boleh ditegur.
Itu adalah pantang larang kalau mau main badminton di kawasan terbuka. Maklumlah main di kampung-kampung jak.
Bella terus memukul mulutnya. Aku jeling jak dia. "Ehh? Sorry....aku tercakap. Ala in syaa allah nda da tu angin datang."
Eleh...mau sedapkan hati orang jak la tu.
"Hmmmmm. Cepatlah mula." aku tayang muka nda puas hati dengan kelakuan nya.Dia hanya tersenyum sengih.
Semasa kami tengah seronok main tiba-tiba ada pulak orang berlari menuju ke arah kami. Ingatkan siapa rupanya si Fakhri. Ha....datang pun. Ingatkan nda jadi datang."Weyh sorry aku lambat. Kamu lama sudah main?
Kamu main la dulu,aku mau rehat kejap. Penat berlari...." Termengah-mengah dia bercakap.
Lepas dikejar anjing ka apa dia ni?"Aku tadi.....air siapa ni? Minta ya?" Dia terus minum air dalam botol sebelum kami sempat membalas pertanyaannya.
Terus melotot mata si Bella. Macam mana nda terkejut? Lelaki minum botol airnya baru ngam lagi tempat bekas dia sudah minum. Kalau begitu, dikira kissing ka? Astaghfirullahalazim.....mengarut jak aku. Habislah kau Fakhri...
"WOI! AIR AKU TU!!" waihhh sakit telinga aku dengar Bella menjerit sampai burung pun terbang jauh sebab jeritannya ni. Aku hanya mampu terduduk sambil melihat Bella memarahi Fakhri. Boleh tahan jugak eh Fakhri ni. Boleh pulak dia dapat tahan bebelan si Bella. Kalau aku.....nda tau la apa jadi.
"Aku minta maaf Bella. Aku terlampau haus tadi. Sorry lah.." Fakhri tayang muka kesian sebagai tanda mau dimaafkan. Bella hanya berpeluk tubuh sambil memalingkan mukanya daripada Fakhri.
" Sudah la tu. Macam pergaduhan laki bini pulak aku tengok. Maafkan jak la Bella. Lagipun dia nda sengaja kan. Nda payah la mau dibesar-besarkan." kalau aku nda masuk campur, nanti masalah ni makin besar pulak. Jadi aku sebagai kawan mereka yang baik, aku mesti campur tangan.
"Haah. Betul cakap Eryn tu. Kau maafkan aku ya?" Fakhri menyokong aku.
"Huh!" Bella memberi pandangan tajam kepada Fakhri sebelum dia menghela nafas.
"Hmm...ya la. Lain kali minta izin dulu. Aku ni bukan bro kau mau kongsi-kongsi benda." Pesan Bella. Aku mengangguk setuju dengan Bella."Baik. Aku janji nda buat lagi." Fakhri mengangkat tangannya lalu membuat tanda ikrar.
Aku hanya menggeleng kepala melihatnya. Tersengih-sengih." Ok settle sudah kan? Ni kau Fakhri, kenapa kau berlari tadi?" Sudah la lari lintang-pukang, habis keluar semua muka jeleknya.
"Ohh...tadi aku dikejar anjing tauke depan sana tu. Aku tengah syok jalan lenggang kangkung tiba-tiba pulak dia kejar aku. Dia kejar takkan aku berdiri macam tunggul jak kan? Aku lari la..." Aku menopang dagu sambil mendengar cerita nya ni. Bella pulak terangguk-angguk. Entah apa yang dia anggukkan.
"Ohhhhhh begitu." panjang ohhh Bella dengan aku.
"Ni mau sambung main ka nda ni?" aku tanya mereka.
"Eh mau la. Aku baru datang takkan kamu mau berhenti sudah." Tu lah..siapa suruh datang lambat.
"Nahh cepat la palek. Nda lama maghrib ni." Kami pun sambung balek bermain badminton sampai kedengaran bunyi azan maghrib berkumandang.
YOU ARE READING
Sahabat atau Cinta?
Teen FictionNayra Eryna. Seorang perempuan yang chill dan peramah. Mempunyai dua orang kawan baik yang selalu ada dengannya. Dia juga merupakan gadis Sabahan. Muhammad Danish Wazif. Seorang lelaki yang peramah dan selalu tersenyum kepada orang di sekelilingnya...