jatuh

2 0 0
                                    

Sebelum kita masuk fasa jatuh cinta, aku nak cerita yang aku ada jatuh haritu...

May 3rd

Macam biasa mulakan hari dengan tidak membuat apa-apa. Almaklumlah cuti katakan. Jadi aku duduk dekat meja study untuk siapkan apa yang patut.

Masuk waktu tengah hari, roommate aku pon keluar pergi beli makanan. Sejenis aku ni bila dah naik bilik memang susah nak turun balik. Dah kalau cuti lagilah aku malas nak turun. So basically, aku hanya makan bila aku keluar pergi kelas sahaja.

Nak dijadikan cerita, aku nak ambil biskut dekat rak paling tinggi kat meja study tu. Jadi aku ambil keputusan untuk panjat kerusi. Bendanya boleh je tak panjat kerusi, tapi aku kene jengket lah pulak lepas tu, jadi benda tu tak seronak.

Sedang aku berdiri atas kerusi tiba-tiba...

Gedebuk!

Ye. Aku dah ada di atas lantai. Elok je mendarat dekat bahagian belah kiri.

Waktu tu, jatuh tu tak sakit. Yang aku pikir masa terbaring tu adalah perlu ke aku duduk terus atau kekalkan je posisi ni. Tapi kalau kekal posisi, orang ingat aku pengsan pula.

"Kau okey tak?"

Soalan tu sedarkan aku yang aku kene gerak supaya orang tahu aku masih hidup.

"Okey je. Sakitnye tak, malu je lebih."

Itu je jawapan yang aku boleh pikir waktu aku duduk membelakangi diorang. Lepas aku belek semua anggota aku, alhamdulillah hanya ada calar kat tapak tangan je yang lain ok. Setakat sengal badan dan lebam tu perkara biasa.

Kita hidup kene kuat.

Jadi aku sambung duduk sambil pikir bila waktu yang sesuai untuk aku panjat kerusi untuk ambil biskut aku.

-Fin-

APAKAH?Where stories live. Discover now