MASUK hari ini sudah 2 tahun lebih aku tidak berjumpa dengannya. Selalunya setiap bulan pasti dia akan datang ke Turki untuk berjumpa dengan aku. Hilang tanpa khabar berita. Ke mana dia pergi? Tidak mungkin dia sudah melupakah aku sebagai kekasihnya di sini. Adakah dia sudah menemui perempuan lain di sana? Kalau iya ada pun beritahu saja lah aku jangan biarkan aku bagai menunggukan bulan jatuh ke riba.
Sakit tahu tak, Sakit menanggung rindu.
"Ne düşünüyorsun, Huzai? (sedang fikirkan apa, Huzai?)" Soal Syiffah apakah yang kini bermain di benak fikiran sahabatnya. Dari tadi dia melihat Huzairah asyik termenung setelah dia menyelesaikan tugasan yang diberi oleh bos mereka untuk menyiapkan satu permaidani berukuran sederhana.
"hiçbir şey, Syiffah.. (tiada apa, Syiffah..) " Bohong Huzairah kerana tidak mahu diketahui sahabatnya. Dia tahu pasti Syiffah akan memarahinya kerana masih menunggu lelaki itu seperti orang gila.
"Hala onu bekliyorsun? (Kau masih tunggu dia?) " Ujar Syiffah dengan nada sedikit amarah apabila matanya tertumpu pada tangan Huzairah yang memegang sekeping gambar dia bersama dengan lelaki itu. Huzairah hanya terdiam. Dia tidak tahu apa yang boleh dia katakan kepada Syiffah. Bukannya dia tidak cuba, dia sudah cuba untuk melupakan si dia. But she can't. Rasa cintanya terhadap lelaki itu makin hari makin bertambah.
Pelik bukan? Kalau perempuan lain bila sudah ditinggalkan pasti mereka akan buang segala memori sebab rasa benci yang mula menggunung. Tetapi tidak pada aku. Entah mengapa hati aku rasa yang dia juga masih mencintai aku kini.
"He's left you without any words, Huzai.. What's wrong with you huh? Aşk için aptal bir kız olmak istiyorsun? (Kau nak jadi perempuan yang bodoh sebab cinta ke?) " Syiffah bersuara lagi apabila dia melihat Huzairah hanya mendiamkan diri sahaja. Apa yang Syiffah katakan padanya lansung tidak dihiraukan. Seolah-oleh masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Baik cakap dengan dinding kalau begini sebab sudah tahu memang tidak akan ada respon.
"İlk önce döneceğim.. (Aku balik dulu..)" Huzairah meminta diri untuk pulang dari Syiffah. Sudah kata Huzairah lansung tidak pedulikan apa yang Syiffah kata kan tadi. Dia tahu apa yang sahabatnya itu katakan semua benar belaka. Cuma hatinya tidak boleh terima. Dia tahu seperti mana teman lelakinya itu disebabkan itu sehingga kini dia masih yakin tentang cinta mereka.
"Dedim ki böyle koşarsın.. (Itu lah dia cakap sikit lari..) " Kata Syiffah dengan geram sambil matanya melihat susuk tubuh Huzairah berjalan meninggalkan tempat kerja mereka.
Mereka berdua hanya berkerja sebagai pembuat permaidani di sebuah kilang. Kilang ini juga menjadi faktor utama kepada perniagaan teman lelaki Huzairah. Oleh itu mereka boleh berkenalan dengan rapat kerana Huzairah merupakan pembuat permaidani yang sangat popular dengan hasil permaidaninya yang sangat cantik.
Kini dia sedang berjalan-jalan sambil menikmati udara segar sambil minum air kopi panas. Dengan cuaca kini menjelma musim hujan sangat lah kena. Bagi tekak rasa panas sikit. Sedang dia menikmati tetiba dia ternampak seorang lelaki yang kini berjalan melawan arus dengannya.
Wajahnya sangat familiar. Hatinya mula berdebar. Tetiba satu pernyataan timbul di benak fikirannya. Dia dah datang balik ke? Wajah lelaki itu hampir mirip dengan teman lelakinya. Cara jalan pun sama.
Makin lama lelaki itu datang menghampiri makin laju jantungnya berdetak. Kakinya bagaikan terkunci tidak mampu untuk bergerak. Seluruh b adannya berpeluh. Bukan sebab kopi panas itu tetapi sebabkan lelaki itu.
Lelaki itu berjalan berselisih dengannya dengan sahaja. Lansung tiada teguran. Dia hanya memang pemergian lelaki itu dengan pandangan kosong. Dirinya kini berasa agak keliru. Sumpah Huzairah tidak salah pandang memang mirip sepertinya. Cuma, gaya pemakaiannya sedikit berbeza.
"Neden beni tanımıyormuş gibi yanımdan geçip gitti? Beni unuttu mu? İmkansız.. (Kenapa dia jalan di tepi aku macam tidak kenal? Dia dah lupakan aku ke? Mustahil..)" Terasa panas di matanya. Air mata mula bertakung dan lama-kelamaan ia mula menitis. Sakit yang dia rasa kini hanya Allah yang tahu. Dirinya tidak kisah jika ada orang melihatnya kini.
"That's you, Taf.." Ujar Huzairah perlahan sambil menahan sebak di dada. Matanya masih tertumpu terhadap lelaki itu yang berjalan masuk ke sebuah kedai serbaneka.
Lelaki yang ditunggu oleh Huzairah ada lah Tafqeen Haj. Jadi siapa yang dia lihat tadi itu? Dia terus berjalan semula untuk pulang ke rumah. Tidak mahu berada di sini lama-lama kerana hari pun sudah hampir bertukar malam.
Hari yang sangat berat yang di lalui buat Huzairah Al-Jazeera..
Dia buka pintu dan masuk ke dalam rumah dalam keadaan yang sangat lemah. Terkejut dan trauma datang dalam satu masa. Disebabkan ini lah dia tidak mahu terima cinta Tafqeen dulu. Tetapi berkali-kali Tafqeen cuba untuk buat Huzairah percaya dengannya.
"Ya Allah.. Aku tidak kuat untuk menanggung rasa sakit ini.."
Menangis dia dengan menekup mulut menahan peritnya kesakitan yang ditanggung kini.That's why don't make high expectations on someone because it's will kill your feeling and definitely getting depress.
<COMING SOON>
[JANGAN LUPA VOTE,, SHARE,, FOLLOW!]
YOU ARE READING
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑𝐍𝐀 | OG
Fantasy𝐓𝐀𝐑𝐇𝐄𝐄𝐍 𝐇𝐀𝐉 𝐗 𝐇𝐔𝐙𝐀𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐋-𝐉𝐀𝐙𝐄𝐄𝐑𝐀 TARHEEN atau lebih dikenali sebagai TAR merupakan seorang jejaka yang tidak berminat untuk bercinta. Walaupun telah dipaksa oleh keluarganya kerana usianya telah menginjak ke 28 tahun tet...