Author pov
"Huweeeeee Afnan hiks" Hilman peluk Afnan yang sedang meriba Zian di pangkuannya. Wajah kusut Hilman kelihatan jelas.
"Eee anak aku tersepit sengal" kutuk Afnan.
Hilman lap hingus dia dekat lengan baju Afnan" lek ah baru tak jadi kahwin bukan kau kena cerai" selamba Afnan.
"Aaarggh huhu" Hilman frust menonggeng lagi-lagi bila bekas tunangnya putuskan hubungan seminggu sebelum nikah dengan alasan Hilman terlalu sibuk.
"Aku dah kata perempuan tu tak boleh pakai" bebel Afnan. Berbuih juga lah dia nasihat si Hilman ni tapi satu habuk pun tak masuk.
"Hiks aku sayang dia" sedih Hilman.
"Kau punya sayang sampai dia lari cari orang lain" perli Afnan pedas, dia dan Hilman boleh dikatakan macam adik beradik lebih-lebih lagi ada Zian yang selalu menjadi tumpuan Hilman untuk berkunjung.
"Oekk oekk" tangisan si kecil itu mula terdengar.
"Kau lah ni bising kan anak aku dah bangun" Afnan dodoikan semula tapi tangisan si kecil makin keras akhirnya dia berdiri menuju ke bilik.
Afnan selak baju dan biarkan si tembam itu mengemut puting di dadanya "janganlah macam ni baby papa tak larat" pujuk Afnan.
Dia tak ambil pengasuh kerana Afnan masih belum terbuka pada sesiapa, kebelakangan ini anaknya selalu merengek tengah malam dan buatkan dia tak cukup rehat.
Brak
Hilman hempas badan dekat katil empuk Afnan "sedapnya" dia rengangkan badan. Afnan juling mata ke atas "sibuklah uncle Man" bebel dia.
Hilman jelir lidah dia ambil tangan Zian dan gigitnya perlahan "tembam" geram Hilman.
"Aku tidur sini lah tengok kau macam panda tak cukup tidur kesian pula" Untuk ubatkan hati dia dan juga sebagai kawan yang baik Hilman cadangkan diri sendiri untuk bantu Afnan.
"Cakap jelah kau malas drive balik" banyak bunyi macam Afnan tak kenal Hilman. Hilman sengih seperti kerang busuk.
Malamnya......
"Oekkk...Oekk" tangisan Zian semakin kencang waktu menunjukkan pukul 3 pagi. Afnan cuba tidurkan si kecil ini tapi nampaknya Zian semakin mengamuk.
"Man...." panggil Afnan.
"Man! Tolong ambilkan susu dekat frezer" jerit Afnan. Dia nampak kelibat dekat dapur mesti si Hilman terjaga akibat tangisan Zian.
"Kenapa baby papa hm?" Afnan bersandar di kepala katil dia tepuk bontot Zian dengan lembut. Biliknya gelap hanya diterangi lampu dari luar sebab dia buka pintu.
Afnan sandarkan kepalanya sambil pejam mata lelah melayan karenah Zian yang kini berumur 3 bulan.
Krek
Pintu ditolak perlahan Afnan dapat rasa Hilman ambil Zian dari pelukannya dan mula mendodoikan si kecil itu. Mata Afnan terlalu berat untuk sekadar mencelik "thanks Man" lirih Afnan.
Ajaib sungguh tangisan Zian berhenti dengan cepat. Tangan kasar itu membelai pipi tembam Zian dengan sayang sebelum mengucupnya perlahan.
. . .
Sinar matahari menganggu pandangan Afnan lalu perlahan-lahan dia buka mata, si kecil itu tidur lena sambil isap jari "seronok betul tidur dengan uncle Hilman" bisik Afnan.
Afnan baru rasa segar dan bertenaga pagi ini setelah dapat tidur yang cukup. Afnan pergi ke dapur membuat sarapan dan air mandi untuk si kecil.
"Hoam......morning" Hilman menguap lebar.
"Pagi...." balas Afnan.
Mereka duduk di meja makan "kau tidur pukul berapa malam tadi?" Afnan bertanya.
"Lah kan aku tidur dulu dari korang" Hilman kunyah rotinya perlahan-lahan.
"Maksud aku lepas kau tidurkan si Zian" terang Afnan. Hilman kerut dahi "sejak bila pula aku tidurkan Zian beb?"
"Kau sendiri tahu anak kau tak suka aku" sambung Hilman, Afnan berhenti dari ceduk nasi ke pinggan.
"Kau tak bangun waktu Zian menangis malam tadi?" perlahan saja Afnan gumam. Hilman geleng kepala "tak"
Afnan berlari ke biliknya dan lihat Zian sudah bangun tapi si bayi tersebut kelihatan seronok dan tersenyum pada sesuatu.
Click
"Zian..." dia raba wajah anaknya. Tak ada kesan yang pelik seperti penceroboh dan sebagainya...
"Tak Afnan..kau paranoid je semalam sebab letih" Afnan cuba untuk bertenang. Afnan usap wajahnya kasar dia ingat dengan jelas kalau ada seseorang pergi ke dapur semalam.
Zian bergumam tak jelas seperti berkata sesuatu buatkan perhatian Afnan terkalih "anak papa cakap apa? Main dengan siapa ni" ujarnya lembut.
"oeehh oooeehh" si kecil seronok bercakap sendirian.
Afnan tersentak bila dia rasa ada hembusan dekat lehernya "shhhh don't move"
"Dear......"
Tubuh Afnan mematung dadanya berdetak laju sehingga wajah dia pucat lesi.
"It's not over yet Afnan, now welcome to my revenge" seringai seseorang terbentuk jelas.
YOU ARE READING
REVENGE 2
Mystery / Thriller"I was there for you in your darkest time, I was there for you in your darkest night, But i wonder where were you when i was at my worst down my knees"