Author pov
Hilman menunduk sedikit bila berpapasan dengan Haifa dan juga Rian "Bos buat apa kat sini?" spontan Hilman bertanya.
Haifa mengerling sejenak "sepatutnya aku tanya kau soalan tu sejak bila syarikat Thariq perlukan kakitangan seorang doktor?" buah paku keras dipulangkan.
Hilman sengih takut² "saya part time bos" dia gelak cuak tapi reaksi Haifa yang kaku buatkan ketawa dia mati.
"Maaf bos" ucap Hilman.
Panahan mata Haifa buatkan Hilman kecut perut rasa dingin sampai tulang sumsum "kalau kau ada masa nak borak kosong dengan aku mesti kerja kau dekat hospital tak banyak kan.." Haifa menyeringai.
"Aa-" terasa kering di tekak.
"Balik dari ni datang markas" arah Haifa.
"T-tapi bos-"
"Kalau nak tahu buaya-buaya aku dah lama tak makan" pintas Haifa. Pucat lesi wajah Hilman "baik saya datang nanti Bos"
"Good boy" Haifa melangkah masuk dalam lif bersama Rian yang setia di belakang sementara Hilman melorot ke bawah "anjir dia ingat aku anjing ke nak good boy good boy taguna punya bos yang aku tak tahu laki ke perempuan" kutuk Hilman setelah Haifa pergi.
"Ehem-"
"ARHHH BOS MAAF SAYA TAK KUTUK BOS DAH SAYA MEMANG ANJING BOS HUHU" jerit Hilman kalut. Aina yang berada di samping Hilman kerut dahi "saya jarang dengar orang mengaku diri dia anjing Encik Hilman" tegur Aina.
Hilman bernafas lega dengan tangan yang dia usap ke dada "Aina kalau saya ada serangan jantung memang saya saman awak" mana nak letak muka kantoi lah.
"Eee Encik Hilman takut dengan Tuan Haifa eh?" bukan dia tak nampak tadi punya ketar lutut Hilman di depan Haifa.
"Heh sesedap rasa kau je... Buat apa nak takut dengan big boss, dia tu takut bini kau tahu cih" lagak Hilman.
"Okay saya bagitahu Tuan Haifa-"
"Na! Tergamak kau Aina" cuak Hilman.
"Hehe tahu takut" Aina senyum bangga.
"oh saya lupa nak cakap Encik Afnan tunggu dalam bilik tapi saya rasa dia macam tak sihat lah lepas Tuan Haifa masuk bilik dia tadi" sedap mereka gossip depan lif.
Hilman pegang bahu Aina dengan wajah serius "Na...kalau setan jumpa big boss pun dia lari" Sejurus itu Hilman pergi tinggalkan Aina.
"Ish parah" Aina geleng kepala.
Hilman masuk dalam bilik pejabat Afnan lalu dia lihat lelaki itu sedang termenung jauh di sofa "Nan.." panggil Hilman tapi Afnan tak menyahut.
"Nan.." panggil Hilman lagi lalu menepuk bahu Afnan "Ha?!" Afnan seolah tersedar.
"Kau okay tak?" soal Hilman lalu Afnan angguk perlahan "aku tahu big boss jumpa kau.. Dia ada ugut² kau ke.. Gigit2 kau?" soal Hilman.
"Tak..." Afnan masih kaku di tempat.
"Hilman..."
"Whatever it is happening to me make sure to save Zian first" kata Afnan buatkan Hilman garu kepala "boleh tak jangan biarkan aku berteka-teki" keluhnya.
"Im asking you as a favor to save my child" Afnan tahu ancaman Haifa bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main.
Sementara itu....
Seseorang dengan baju kot bewarna biru hitam melihat pada skrin ipad miliknya "Usahawan muda dan CEO ternama Thariq Zaidan mati dibunuh..... Hm interesting"
Tangannya laju membaca artikel yang di keluarkan dalam bentuk talian itu "pengantian kuasa?"
"Seorang wakil akan mengantikan tempat Thariq sebelum waris Thariq yang sah menjadi pemilik tunggal.."
Mata elang itu menilik satu persatu gambar yang tertera lalu senyuman dia terukir pada satu gambar "Afnan Faqri?"
"Zian Faqris bin Abdul Thariq Zaidan.."
"Pemilik sementara" senyuman dia mengembang. Rahang yang begitu kokoh mengetap perlahan bila nampak wajah Afnan yang di ambil dalam akhbar "Such a cute name"
Butang interkom ditekan "Jay.."
Click
"Yes sir?"
"I want every details of Afnan Farqi and what relationship he had with Thariq Zaidan"
"Copy that"
Tubuh yang tinggi dan tegap itu bangun sambil berjalan di belakang kerusinya, gedung pencakar langit menjadi pemandangan sehari-hari " this could be a fun games" dia terkekeh perlahan.
"Afnan..."
Bersambung....
Vote and comments
YOU ARE READING
REVENGE 2
Mystery / Thriller"I was there for you in your darkest time, I was there for you in your darkest night, But i wonder where were you when i was at my worst down my knees"