{ TUJUH }

174 11 1
                                    

CEO Altech Holdings dikejarkan ke hospital lewat malam tadi akibat sesak nafas. Keadaannya kini dilaporkan stabil.

Tania terkejut membaca berita itu. Altech Holdings, milik Tan Sri Mikael. Bapa Adam Hafrez yang sudah sebulan pergi meninggalkan Malaysia dan sehingga kini masih tidak menghubunginya.

"Did he knew about this?", gumam Tania. Dia tahu hubungan Adam dan Tan Sri Mikael tidak begitu baik walaupun Tania rasa lelaki berusia lewat 60-an itu seorang yang baik hati dan peramah. Hanya bertemu dengan lelaki itu sekali, tapi Tania dapat rasakan kemesraannya. "Ahh, mesti family dia dah bagitahu. Kenapa aku nak sibuk pasal dia?", sambung Tania lagi. Bermonolog sendiri.

Sudah sebulan namun Tania masih tidak dapat melupakan Adam. Bukan kerana kehebatannya di ranjang tetapi kerana perubahan sikap Adam seminggu sebelum lelaki itu pulang ke Melbourne. Mungkin juga kerana sikap prihatin Adam terhadap mimpi buruknya.

"Cik Tania Abdullah!"

Tania segera angkat muka apabila namanya dipanggil. Jururawat sudah sedia berdiri di luar bilik doktor. Tersenyum manis melihat Tania berjalan menuju ke arahnya.

"Thanks, Maya", ucap Tania pada jururawat itu. Langkah kaki deras menuju ke meja doktor. Doktor yang sedang menaip sesuatu di komputer ribanya terus angkat muka memandang Tania apabila disapa gadis itu.

"Tania, have a seat. How are you today?", tanya Dr. Suzanne. Tania mengukir senyum manis. Dia senang dengan doktor ini, doktor yang merawatnya dari dulu lagi. Sudah hampir 5 tahun dia menggunakan khidmat doktor ini.
"Not really fine, doc. Sebab tu I datang", balas Tania.

Wajah Dr. Suzanne berkerut. Sepanjang gadis ini menjadi pesakitnya, jarang sekali Tania datang selain untuk regular medical check-up dan untuk mengambil suntikan perancang kehamilan. Dia tahu tentang kerja Tania dan dia amat ambil berat tentang gadis ini. Dia takut kalau-kalau Tania menghidapi sebarang penyakit kelamin. Namun gadis ini pandai menjaga diri dan kebersihan dirinya. Sepanjang tempoh ini, belum pernah lagi Tania disyaki menghidap sebarang penyakit kelamin.

"Is that because I skipped my injection?", tanya Tania sebelum sempat Dr. Suzanne bertanyakan sesuatu. Tania sedar dia tidak ambil suntikan mencegah kehamilan itu tiga bulan lalu.

"Hurmm.. we don't know yet. You jarang sakit, sebab tu I pelik you datang hari ni. By the way, I need to ask this. Did you have sex within these few months?", tanya Dr. Suzanne terus.

Tania terdiam. Kali terakhir dia bersama Adam, tanpa sebarang perlindungan dan Tania tidak pernah menghalang Adam menyemai benih di dalam rahimnya. Setiap kali mereka melakukan seks, sudah tentu Adam membuang air maninya di dalam vagina Tania.

'Tak mungkin aku mengandung!', bisik Tania dalam hati.

"Tania?"
"Yes. I did"

Cepat Tania menjawab. Dr. Suzanne lepas keluh perlahan. Banyak lagi yang mahu dia tanya sebelum dia memastikan Tania mengandung.

Mungkin! Dia sendiri belum pasti. Dia membuka rekod perubatan Tania. Suntikan cegah kehamilan itu sepatutnya diambil tiga bulan lalu. Ada kemungkinan Tania mengandung jika dia melakukan hubungan seks dalam masa tiga bulan ini.

"Okay. In these few months you ada datang period?"

Tania angguk dan menjawab, "Ya. Bulan lepas I period. Bulan ni belum lagi".

Dr. Suzanne terdiam. Masih memikirkan cara. Dia pandang wajah mulus Tania. Wajahnya nampak tenang, mungkin dibuat-buat untuk menutup rasa gugup atau mungkin juga kerana kurang sihat.

"Kita buat UPT dulu, boleh? Just to make sure", kata Dr. Suzanne. Perkataan itu sedikit menggentarkan Tania. Urine pregnancy test, UPT. Macam mana jika keputusannya positif? Sudah tentu anak dalam perutnya ini anak Adam. Satu-satunya lelaki yang menabur benih dalam rahimnya.

Kau, Gadisku!Where stories live. Discover now