{ LAPANBELAS }

167 11 0
                                    

CEO Altech Holdings, Tan Sri Mikael Sulaiman disahkan meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur. Jenazah beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Presint 20, Putrajaya lewat petang ini.

Tania termenung. Perkhabaran duka itu dia dengar dari berita di TV.

"Kesian Adam". Itu yang terlintas di fikirannya.

"Memang I marah papa, tapi I sayang dia. I know he did this for a reason". Terngiang-ngiang kata Adam itu suatu masa dulu ketika Tania mula menyelami perasaan lelaki itu terhadap keluarganya. Tania jadi tahu yang Adam hanya rapat dengan Tan Sri Mikael dan Alana saja. Pasti pemergian Tan Sri Mikael memberikan satu tamparan hebat buat Adam.

"Tapi, aku je kesiankan orang. Siapa nak kesiankan aku?". Tania menggumam. TV yang masih terpasang tadi ditutup. Malas mahu mendengar lagi berita tentang kematian Tan Sri Mikael. Badan dia rebahkan kembali. Kebosanan mula menemani Tania kala ini.

Kerjanya asyik tidur, bangun makan, pergi tandas, naik atas katil semula, baring dan rutin itu berulang lagi. Mata juga sudah tidak mahu lelap.

Sudah dua hari juga dia tiada pelawat. Alex mungkin sibuk dengan kerja. Adam sudah semestinya tidak akan datang selepas dia menggigit lengan lelaki itu tempoh hari. Ditambah pula hari ini Adam kehilangan papanya.

"Hai Tania"

Tania menoleh ke arah pintu bilik yang mula terbuka apabila mendengar namanya dipanggil lalu mengukir senyuman.

"Hai doktor. Masuklah". Tania lega. Akhirnya ada juga orang datang di kala dia kebosanan walaupun mungkin Dr. Suzanne datang hanya seketika untuk memeriksa keadaannya. Dr. Suzanne datang menghampiri. Tania sudah bangun semula. Duduk di atas katil.

"How are you today?", lembut pertanyaan doktor ini. Tania angguk.
"Okay. Tapi ada rasa ngilu sikit dekat perut", tenang jawapan diberikan Tania. Dr.Suzanne angguk faham dan tersenyum.

"That's normal. Luka operation you belum baik sepenuhnya. But don't worry. Dalam seminggu ni okaylah", jawab Dr. Suzanne. Tania angguk faham.
"Bila I boleh keluar?", tanya Tania. Dia sudah bosan. Sekurang-kurangnya kalau di rumah, tidaklah begitu bosan seperti di hospital.

"Inilah I nak bagitau you. Looks everything is fine from the report. So you dah boleh keluar"
"Really?", tanya Tania. Dia mula bersemangat. Ketawa Dr. Suzanne melihat wajah penuh semangat Tania.

"Yes. Tapi... Alex tak bagi you keluar hari ni because he's out of town. Dia tak bagi I lepaskan you seorang", balas Dr. Suzanne. Wajah Tania kembali suram. Baru mahu gembira dapat keluar dari hospital, sudah ditahan pula. "Esok Alex akan datang bawa you balik, okay?", pujuk Dr. Suzanne.

Dia tahu Tania sudah bosan berada di sini walaupun baru beberapa hari. Dia juga simpati dengan nasib yang menimpa gadis ini. Nampak macam sudah boleh terima kenyataan, tapi hatinya tiada siapa yang tahu.

"Doc, betul ke I tak boleh mengandung lagi?". Soalan yang tiba-tiba keluar dari mulut Tania itu menghentikan jemari Dr. Suzanne dari terus menulis sesuatu pada rekod perubatan Tania. Dia duduk di sisi katil. Tangan Tania digenggam lembut.

"You still can have baby, Nia. This is not the end. There are so many ways for you to have a baby", ujar wanita ini lembut. Dia tahu bukan mudah untuk seseorang yang bergelar wanita untuk menerima hakikat yang rahimnya sudah tiada. Lebih-lebih lagi wanita muda seperti Tania yang umurnya baru saja mencecah 28 tahun.

"Tapi.. I tak boleh mengandung normal", sayu suaranya. Tania sudah mula ingin menangis. Dia hilang satu nikmat yang hanya ada untuk wanita.
"Tapi tak bermakna you tak boleh dapat anak dari darah daging you sendiri. Kalau I nak terangkan, terlalu banyak. Sekarang ni I cuma nak you rehat cukup-cukup, pulihkan diri you dulu and when you ready to have a baby, come and see me. I'll show you the way", pujuk Dr. Suzanne lagi.

Kau, Gadisku!Where stories live. Discover now