Dua tahun telah berlalu sejak kejadian hari itu. Banyak perkara yang mendorong Nisrina untuk berubah menjadi seorang insan yang lebih baik dan juga seorang doktor yang bertanggungjawab.
Percaya atau tidak, Nisrina yang dahulu bukan lagi yang sekarang. Sejak dia putus cinta dengan lelaki yang amat dia sayang dan cinta yang dipendam selama 9 tahun itu akhirnya sia-sia. Terasa masanya dibazirkan begitu sahaja sejak dia mengenali lelai yang telah mematahkan hati seorang perempuan.
"Doktor, ada seorang pesakit ni dia tak nak duduk dalam wad. Dia berkeras nak balik dengan keadaan yang macam tu." Kata salah seorang jururawat yang menjaga di bahagian wad itu.
"Nak balik? Dengan keadaan yang baru saja dibedah? Kenapa awak tak halang dia? Saya ada banyak lagi kerja." Tuturnya. Langsung tidak memandang wajah jururawat yang sedang berdiri di hadapannya. Tangannya sibuk bekerja dengan mendialisis rekod pesakit lain.
"Saya dah halang...tapi dia marah."
Pen ditangan dihentak kuat dibatas meja. Lantas, kepalanya mendongak memandang jururawat itu. Keluhan kecil dilepaskan. Tudung shawlnya dikemaskan sebelum dia melangkahkan keluar daripada bilik doktornya. Kot putih disarung bersama steskop digantung pada batang leher.
Terhinjut bahu jururawat itu sewaktu Rina menghentakkan pennya. Tidak tunggu lama, dia mencuri langkah Rina selepas itu. Langkah doktor itu semakin pantas menuju ke katil wad yang telah ditempatkan pesakit yang baru sahaja selesai dibedah. Langsir diselak dan yang tinggal di atas katil hanyalah jarum titisan IV yang telah dicabut.
"Kalau macam tu...biarlah dia balik. Saya dah selesaikan kerja saya untuk merawat dia. Jadi kalau apa-apa berlaku cakap yang awak dah halang dia tapi dia berkeras untuk pulang. Faham?" Soal Rina sambil bercekak pinggang.
"Faham, doc." Sahutnya.
Baru sahaja Rina ingin menyusun tapak keluar daripada dalam wad itu, kedengaran suara seorang wanita menjerit. Cepat-cepat Rina mendekatkan dirinya kepada tingkap luar wad. Mata mencari sumber suara itu. Betullah sangkaannya seketika tadi. Pesakit yang baru dibedah itu tadi sudah bersedia untuk nyawanya melayang.
"Haish!"
Kaki panjangnya mula kelihatan laju apabila Rina berlari untuk turun ke tingkat enam sedangkan tadi dia masih menunggu pintu lif untuk terbuka di tingkat sepeluh. Butang lif ditekan berkali-kali tapi dia tahu kalau dia terus menunggu, kemungkinan besar hidup dia akan dihantui oleh perasaan serba salah.
Pintu tangga kecemasan ditolaknnya kuat. Menggunakan seluruh tenaga yang dia ada untuk menuruni anak tangga yang banyak. Walaupun tercungap-cungap, dia masih teruskan langkahnya sehinggalah dia tiba di tingkat enam. Ramai yang mengerumuni pesakit itu. Tiada seorang yang mampu buat apa-apa melihat pesakit itu berdiri di atas tingkap besar.
Tangan Rina memegang kedua kepala lututnya. Lemah. Ngeri, gayat melihat pesakit itu berdiri di situ.
Tapi dia harus ketepikan perasaan takut. Dia mesti lakukan sesuatu juga.Perlahan-lahan dia mengambil langkah menuju ke arah itu.
"Encik. Encik." Panggilnya, nadanya lembut tidak seperti dia bercakap dengan jururawat tadi.
Namun lelaki itu tidak menoleh ke belakang. Jarak antara mereka dalam lebih kurang 3 meter.
"Encik...saya mohon untuk encik turun daripada situ. Bahaya,"
"Diamlah! Kalau kau datang sini untuk pujuk aku supaya aku turun dari sini, jangan haraplah!" Teriak lelaki itu. Masih degil untuk tidak mendengar kata Rina.
"Saya datang sini bukan untuk pujuk encik. Tapi saya turun sini untuk bagitahu kat encik yang ramai lagi manusia kat luar sana untuk hidup walaupun mereka tahu mereka tak akan dapat peluang itu." Katanya. Sempat dia selitkan sedikit ceramah ringkas.

ANDA SEDANG MEMBACA
Faleq Nisrina [HIATUS]
Roman d'amour"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...