𝐁𝐀𝐁 𝟏

21 5 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 6.05 pagi , azan mula berkumandang menunjukkan sudah masuknya waktu subuh.Aufa yang sedang nyenyak dibuai mimpi perlahan - lahan mula terjaga. Dia bangun lalu duduk di bingkai katil bagi mengumpulkan tenaga sebelum bangkit ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat fardhu subuh.

Setelah menunaikan solat subuh , dia turun ke bawah untuk bersarapan bersama kedua ibu bapa , abang serta kembarnya. Kursi berhadapan Puan Azzalea ditarik lalu dia melabuhkan duduk disitu.

"Awal kamu bangun hari ni Iesya , nak ke mana ?" soal Puan Azzalea pada anaknya itu.

"Hari ni kakak ada janji nak keluar dengan kawan kolej" kata Aufa kepada ibunya.

"Kamu nak keluar dengan siapa ? Mama dengan papa kenal ke kawan kamu tu ?" sampuk Encik Zayyan secara tiba tiba.

"Mestilah mama dengan papa kenal ! Kakak nak keluar dengan Aluna je" jawabnya lagi sambil menyuap sekeping roti ke dalam mulut.

"Papa izinkan kakak keluar tapi jangan balik lewat , ingat kamu tu perempuan." kata Encik Zayyan dengan nada yang kedengaran tegas.

"Oky papa ! Aufa pergi dulu lah yer" dia bangun dari duduknya lalu mencium tangan Puan Azzalea dan Encik Zayyan sebelum dia beredar dari ruang makan itu.

Setelah Aufa berlalu pergi , Aefa mula bersuara.

"Mama , boleh tak kalau adik ada kekasih ? Adikkan dah besar , mesti boleh kan ?" soal Aefa Faleesya , kembar Aufa ataupun lebih dikenali sebagai anak bongsu keluarga Encik Zayyan.

"Eh kau ni , kau tu kecik lagi. Ada hati nak ada boyfriend bagai." kata abangnya.

Satu jelingan maut dihadiahkan kepada abang sulungnya itu , menyampah !

"Eh kamu ni Ayden , suka betul menyakat adik kamu tu ye. Biar lah dia nak ada boyfriend pun" tegur Puan Azzalea pada satu satunya anak lelakinya itu.

"Alaa mama ni , abang gurau je pon." lalu dia tertawa.

Ehem !

"Depan rezeki jangan nak bergelak ketawa sangat , kamu tu Aefa. Seeloknya tak perlu nak bercinta bagai , kalau kamu berdua dah sedia nak pikul tanggungjawab tu , bawa lelaki tu jumpa papa." tegur Encik Zayyan pada anak bongsunya itu.

*

*


*

Aufa keluar dari perut keretanya lalu berjalan menuju ke pintu masuk bangunan pusat membeli belah yang gah itu. Terdengar langkah kaki seseorang mengejarnya dari belakang lalu bahunya dicuit lembut. Aufa tersentak lalu dia menoleh ke belakang.

"Eh kau ni Luna ! Buat terkejut aku je la" marahnya lalu bahu kawan baiknya itu ditepuk dengan marahnya.

"Ish , sakit lah ! kau ni , kena cuit macam tu pun boleh terkejut eh ?" Luna menghamburkan tawanya seraya tangannya naik mengusap bahunya yang dipukul oleh Aufa.

"Dah jom lah , kita pergi cari makanan dulu nak ? Aku lapar la , tak sempat sarapan pagi tadi" adunya kepada Aufa.

"Jom !"

Setelah hampir 2 jam mereka berjalan di dalam pusat membeli belah itu , mereka mengambil keputusan untuk duduk berehat di atas sebuah bangku yang disediakan di situ.

Luna mula membuka bicara.

"Aufa , aku penat lahh"

"Ish kau ni , baru jalan sekejap dah penat." ketawa halus dihamburkan.

"Aku nak pergi beli air sekejap , kau nak ikut ?" soal Luna sebelum dia bangkit dari duduknya.

"Aku ikut lah , aku tak suka duduk sorang sorang dekat tempat awam"

"Ha ye la , jom"

Mereka berdua beredar pergi dari situ untuk pergi membeli minuman.


*


*


*


Setelah membeli minuman , tanpa sengaja tubuh Aufa terdorong ke belakang kerana dilanggar oleh seseorang. Tanpa dia sedari minuman yang dipegangnya sedari tadi itu tertumpah ke atas bajunya.Dia berasa tidak berpuas hati lalu dia melihat ke arah dua orang lelaki yang melanggar mereka beberapa saat yang lepas.

Dengan amarah yang membuak , Luna berjalan ke arah dua orang lelaki itu dengan muka yang tidak berpuas hati.

"Korang ni jalan pakai mata lah , takkan tu pun nak kena ajar ?" tegas kedengaran suara Aluna menyapa telinganya.

"Ops , chill miss. I know it's my fault , sorry about that." satu suara garau menyapa telinganya.

"Jap , kau ni Aluna Ellysha kan ?" soal lelaki itu.

"Eh , mana kau tahu nama aku ni ?"

"Kau tak ingat aku ke ? ni aku lah Ian , Ian Firdaus. Seriously kau tak ingat classmate kau yang hensem ni ?"

Jelingan maut diberikan kepada lelaki bergelar "Ian" itu sebelum dia menjawab pertanyaan lelaki itu.

"Oh , Ian yang poyo tu eh ?" Luna tertawa terbahak bahak , seronok menyakat lelaki itu.

"Kau buat apa kat sini ? lama aku tak nampak kau"

"Biasalah , jalan - jalan cuci mata" jawab lelaki itu selamba.

"Eh kau datang sini sorang ke ?"

"Tak , aku datang sini dengan Aufa." lalu dia menoleh ke arah Aufa dan memberi isyarat mata seolah olah memanggilnya ke sini.

"Kenapa ni Luna ?" soal Aufa padanya.

"Hai Aufa ! ingat aku lagi tak ?" soalnya pada Aufa.

"Erm.. awak siapa ? Kita kenal ke ?" soal Aufa kebingungan.

Dua lelaki itu tersentak , seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh gadis itu.

"Far , takkan kau tak ingat aku kot ? Darren pon kau tak ingat ke ?" soalnya lagi.

"Maaf , tapi saya memang tak ingat awak berdua.."

Satu keluhan nafas dilepaskan oleh Luna. Keadaan di antara kami menjadi sunyi sebelum suara Luna memecah kesunyian itu.

"Sebenarnya , Aufa amnesia." jawab Aluna.

Sekali lagi mereka tersentak , seolah tidak dapat mencerna berita yang telah disampaikan oleh Aluna. Lelaki disebelah Ian bersuara.

"Ehem , sejak bila Luna ?" soal lelaki itu.

"Kau ni Darren kan ?" soal Aluna. Soalan berbalas soalan. Lelaki itu menganggukkan kepalanya bagi menjawab pertanyaan Luna.

"Sebenarnye dah lama dah dia amnesia" kata Aluna lagi.

Aufa melihat wajah mereka bertiga silih berganti , kepalanya mula terasa pening. Pandangannya menjadi kabur , dia hilang kestabilan. Belum sempat Aufa terjatuh ke lantai , lelaki yang bergelar "Darren" bergegas ke arahnya untuk menyambutnya sebelum dia hilang kesedaran sepenuhnya.

Perkara terakhir yang didengari olehnya ialah teriakan sahabat baiknya itu memanggil namanya.

"Aufa ! Aufa ! Kau oke tak ni ?!" teriak Aluna sebelum Aufa tidak sedarkan diri sepenuhnya.

Dendam Bertakhta Di Hati | OGWhere stories live. Discover now