𝐁𝐀𝐁 𝟐

13 1 0
                                    

Kelopak mata di buka dengan perlahan. Cahaya mula meluru masuk kedalam kornea matanya dan menyebabkan dia berasa silau. Terdengar satu suara menyapa telinganya.

"Adik kesayangan abang Darren dah bangun ?" tanya seorang lelaki yang berada di situ , tapi Aufa tahu itu bukan abangnya. Suara lelaki itu kedengaran asing ditelinganya.

Telinganya juga dapat menangkap suatu suara yang seakan akan menahan ketawa , mata dibuka sepenuhnya. Dia melihat tiga sosok tubuh yang familiar baginya , Aluna dan dua lelaki yang bersama dengan mereka di pusat membeli belah itu.

"A - abang ?" soal Aufa kebingungan.

"Tapi abang aku nama Zayyan , bukan Darren" ujarnya lagi.

"Takkan kau hilang ingatan sampai lupa abang sendiri kot Aufa Fareesya ?"

"Kau oke tak Far ? Kau tiba tiba je pingsan dekat mall tu tadi" kata Aluna , terselit kerisauan di balik suara gadis itu.

Dengan perlahan Aufa mula mengubah postur tubuhnya yang sedari tadi baring menelentang kepada duduk di atas katil.

Melihat postur tubuh Aufa yang sedang duduk di atas katil membuatkan Luna menghela nafas lega , dengan segera dia mendekat ke arah Aufa lalu tubuh gadis itu dipeluk dengan erat. Tangannya naik mengusap lembut belakang badan Aufa.

"Kau ni suka buat aku risau kan ? nasib ada Darren dengan Ian , kalau tak macam mana aku nak bawak kau pergi sini," ujarnya dengan suara yang bergetar , tubir matanya terasa hangat.

Pelukan dileraikan lalu dia mengundur setapak ke belakang untuk memberikan ruang kepada Aufa. Satu senyuman nipis diberikan oleh Aufa , tangannya naik mengusap kepala Luna yang dilitupi tudung.

"Aku minta maaf Aluna sayang , aku pun tktau kenapa aku tiba - tiba pengsan" ujarnya , tangan masih lagi mengusap kepala kawan baiknya itu.

Melihat kehangatan persahabatan kedua gadis itu membuatkan air mata Ian mengalir , Darren yang mengetahui hal itu hanya memberikan jelingan kepada kawan baiknya itu.

"Ck , perkara macam tu pun kau nak nangis" gumamnya seorang diri , namun perkataannya itu dapat didengari oleh Ian.

"Abang aku ada dekat sini ke Aluna , tapi nama abang aku Zayyan bukan Darren" soal Aufa polos.

Mendengar soalan kawan baiknya itu , dia ketawa terbahak - bahak. Ian yang sedari tadi berdiam diri turut juga tertawa bersama dengan Aluna. Melihat reaksi mereka makin membuatkan Aufa berasa bingung dengan perkara yang sedang terjadi di hadapannya ini.

"Are you okay Aufa ?" satu suara garau menyapa telinganya , lantas dia memalingkan wajahnya ke arah jejaka itu.

"I'm fine , thank you" ujarnya dingin.

"Darren Adryan , you can call me Darren" ujar jejaka itu dengan selamba.

"Aufa Fareesya" balas Aufa dingin.

"Kau dah kenapa menangis Ian ?" soal Aluna , terselit kerisauan dalam nada suaranya.

"Dia sedih tengok kau peluk Aufa" balas Darren dingin.

Lengan Darren disiku oleh Ian , lalu tangan naik menyeka air mata yang tinggal.

──────⊹⊱✫⊰⊹────────────⊹⊱⊰⊹────

Jam menunjukkan pukul 8 malam , terdengar
bunyi pintu rumah dikuak dari luar. Baru sahaja dia ingin melangkah masuk , wajah ibunya berada di muka pintu , bercekak pinggang.

"Aufa Fareesya , kamu pergi mana pukul 8 baru balik ?" soal Puan Azzalea dengan nada yang tegas.

"Assalammualaikum mama , kakak minta maaf sebab balik rumah lambat" ujarnya dengan rasa bersalah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dendam Bertakhta Di Hati ( og ) Where stories live. Discover now