7D1A | 40

189 13 0
                                    

Meliar anak mata coklat itu mencari sosok ibu dan bapanya. Penuh dengan orang pula kawasan itu. Yang dia nampak hanya beberapa sahaja ahli keluarga Grey.

" Mummy, Daddy! " Helena berlari seperti anak kecil sebaik matanya menangkap kelibat seorang lelaki dan perempuan yang berusia sedang berpelukan.

" Helena Dahlia Grey Binti Huzhaid Grey! "

Kaku. Langkah Helena terhenti sebaik sahaja suara garang mummy nya keluar. Apa salahnya sekarang ini?

" Mana you pergi selama ni, hah? " Soal Puan Dairisya dengan wajah garangnya. Tiga hari tiga malam tak pulang-pulang, malah tiada info mahupun khabar dari anak-anaknya itu.

Helena sengih kambing. Dibiarkan soalan wanita itu tidak berjawab. Laju dia meluru memeluk Puan Dairisya. Erat.

Tuan Huzhaid di sebelah isterinya hanya tersenyum nipis.

Helena lepaskan pelukan. Dia memandang suasana sesak yang penuh dengan pelbagai manusia. Kawasan taman bunga tulip milik Lorenzo itu dikawal oleh beberapa lelaki bertopeng dan anak-anak buahnya.

Helena jeling salah seorang lelaki bertubuh tegap bersama topeng berwarna merah jambu dan biru cair yang melintas di hadapannya. Bukan dia tak tahu siapa, lihat gaya berjalan saja sudah boleh teka.

Macam ponda—

" Helena, jawab soalan I. " Puan Dairisya berkata dengan nada kerisauan. Matanya tepat memandang wajah putih kemerahan anaknya. Digenggam kedua belah tangan.

Helena mengeluh sekali. Kepala dipanggung menayangkan wajah dengan sebaris senyuman manis.

" Mummy tanya daddy lah. Helena busy sebenarnya ni. Bye! " Helena pecut laju. Sempat dia berpaling memandang daddy nya dengan memberi thumbs up.

Tuan Huzhaid picit batang hidung sendiri. Mata dikatup sedikit. Ini kalau buka mata, tak ada benda lain yang muncul. Mesti wajah isterinya yang menagih jawapan.

Helena memperlahankan lariannya. Taman bunga itu dilihat. Luas mata memandang, dipenuhi ramai orang. Memang tak ada tempat lain nak pindahkan manusia-manusia ni. Sambil berjalan lenggang-kangkung, dia menghampiri lelaki bertopeng hitam yang memegang senapang.

Selamba, Helena tepuk kuat belakang bahunya. Terhinjut lelaki itu dek terkejut. Nasib tak terjatuh senapang, memang huru-hara nanti.

Heh.

" Abang Habibku. " Helena menegur gaya sahabat-sahabat hipster. Bibirnya sengih saja.

" Iya. " Jawab Habib lembut tanpa membuka topeng. Mati dia kalau orang di sini tahu anak Gavino Grey menjadi 'pengkhianat'.

" Mana Saleema? " Helena cekak pinggang. Sejak kena culik, tak ada pula dia nampak kelibat bakal kakak ipar tu. Cis, kena culik juga ke?

" Dah balik Malaysia. Guess siapa yang hantar dia sampai airport? " Habib lakar sengih disebalik topeng.

Helena muncung bibir. Ala, dah balik. Siapa nak teman dia di sini. Bosan!

" Mana abang Hifzan? "

Habib ditembak soalan kedua.

Helena sengetkan kepala ke kanan. Dia diminta tunggu di sini saja, tak tahu secubit pun apa yang dirancang abang-abangnya dengan Lorenzo. Berkomplot ya?

" Somewhere. "

" Yea, somewhere. Where? " Helena angkat keningnya pula.

Habib diam. Sudah janji mereka sebagai abang untuk tidak memberitahu Helena, risau membebankan fikiran. Lagipun mereka bekerjasama dengan penculiknya.

7 DEMONS 1 ANGEL | OGWhere stories live. Discover now