Petikan jari yang dipetik memecahkan suasana sunyi di dalam gudang yang begitu luas hektarnya. Bunyi derapan kaki yang penuh dengan lumpur di bawah tapak semakin kedengaran. Seakan-akan ia menghampiri seorang lelaki tua yang sedang diikat secara terbalik dari atas bumbung zink.
Dia cuba meloloskan dirinya dengan cara menggoyang seluruh tubuh supaya ikatan semakin longgar tetapi sia-sia. Hanya keringat yang membasuh wajahnya daripada darah.
Kayu besbol yang diserat menggerunkan diri.
"Hei, orang tua. Kau mesti penat, kan? Kena ikat terbalik pula tu. Lepas tu kena belasah. Tak sakit?" Soal Faleq. Posisinya dalam keadaan mencangkung sambil menampar-nampar pipi orang tua itu.
"Tolonglah, kau nak apa daripada aku? Aku tak buat salah pun." Kata orang tua itu.
"Memanglah kau tak ada salah dengan aku tapi anak kau! Anak lelaki kau. Zihad bin Hamdan. Dia dah pinjam RM 10 000 pada aku. Dan dia lesap macam tu aje lepas habis semua duit yang aku bagi. So, sekarang ni siapa yang nak bayar semula?"
Wajah orang tua itu berubah pucat. Tidak sangka anak lelakinya yang cukup didikan dan adab akhirnya melakukan perkara yang terkutuk seperti ini. Meminjam duit kepada seorang ahlong. Namun mungkin dia belum sedar Faleq ini bukankah sebarang ahlong. Tetapi mafia.
"Mustahil. Anak aku tak akan buat macam tu!" Dia cuba menafikannya.
Faleq tertawa besar. Entah apa yang kelakar sehingga ketawanya itu mengeluarkan cecair jernih pada ekor mata. Dia berjalan ke hulur dan hilir seraya menyeret kayu besbol yang keras itu.
"Anak lelaki yang kau timang tu sebenarnya dah dah khianat belakang kau. Kau tahu tak kenapa tanah pusaka kau tu kena jual? Sebab dia nak bayar hutang-hutang dekat ahlong yang lain! Itulah kau, percaya sangat dekat anak. Harapkan padi, padi makan pagar. Ish, ish, ish."
Mendengar cerita itu membuatkan dia terdiam sejenak. Memang benar tanah pusakanya telah terjual tanpa pengetahuannya tetapi tidak sangka anak yang kelihatan paling baiklah mempunyai muslihat tanpa dia sedar.
"Kalau macam tu biarlah aku yang bayar segala hutang anak aku. Berapa banyak yang dia pinjam dengan kau?"
"Hampir satu juta ringgit kalau nak ikut bunga. Mampu kau nak bayar?"
Jatuh rahang orang tua itu. S...satu juta?
"Kau tak payah nak tipu aku!" Jerit orang tua itu. Dia masih lagi mengalirkan air mata.
"Buat apa aku nak tipu kau. Aku bukan macam anak kau. Menipu! Penipu!"
Dush!
Terlalu geram, kayu besbol itu akhirnya singgah pada tubuh manusia yang sedang diikat. Berkali-kali hentakkan dia beri dengan percuma. Bengang kerana satu persatu masalah timbul. Tidak cukup anak, bapa pula yang dia kerjakan.
"Kau dengar sini orang tua, aku ni mafia! Mafia! Dan mafia tak akan lepaskan anjing dia selagi belum dapat hak dia semula. Apa yang aku nak hanyalah duit aku. Aku bagi kau masa seminggu sahaja untuk bawa anak kau jumpa aku. Kalau sehari tu kau tak boleh nak bawa dia jumpa aku, bunga akan naik sebanyak RM 1000. Aku tak kesah mana kau nak cekau duit sebanyak tu as long as kau datang sini bawa duit dan anak kau sekali. Faham!?"
"A...aku... fa..faham. Aku akan tunaikan apa yang kau nak. Tapi tolonglah lepaskan aku." Rayunya sungguh-sungguh. Di saat ini dia hanya berjanji sahaja walaupun fikirannya sudah tidak waras. Asalkan dia dapat keluar daripada 'neraka' ini. Dia tidak mahu melihat lagi wajah syaitan itu.
Faleq terus beredar daripada. Tidak sedikit pun menoleh ke belakang mahupun mengiyakan permintaan orang tua yang telah dia seksa. Pintu gudang dibuka untuk dia.
Figura Taufik dan Ragus yang menunggu tuan mereka keluar, menanti arahan daripada mulut Faleq untuk apa yang harus dia lakukan kepada orang tua beruban di dalam.
Kayu besbol dibaling ke arah Ragus. Tangkas dia menangkap kayu besbol itu.
"Pandai-pandai kauoranglah settle orang tua tu. Yang penting jangan sampai mati. Sebab hutang dia dengan aku belum selesai. Aku nak balik dulu." Tutur Faleq dan menunggang motornya keluar daripada kawasan gelap itu.
Dua anak buahnya mengangguk. Pintu gudang ditutup dan dikunci. Sama-sama bertukar pandangan sebelum satu lagi pukulan terbang di wajah orang tua yang sekarang sedang menahan sakit.
"Argh!"
Tombol pintu dipegang kuat sebelum memulas. Dia menarik nafas panjang dan melepaskan secara perlahan. Lafaz Bismilliah diucap pada hujung bibir. Mohon-mohon dia tidak akan kena maki sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah yang tidak lagi kelihatan seperti rumah yang berpenghuni.
Bunyi pintu berkeriut sahaja sudah membuatkan hatinya gusar. Tapi hendak macam mana lagi?
"Ouch!" Rungut Rina. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah itu, pinggan kaca yang tebal telah dibaling ke arah belakang kepala itu. Pecah berderai pinggan itu apabila dibaling dari jarak jauh.
Tapak tangan naik menyentuh belakang kepala. Terasa basah dan melekit. Apabila matanya melihat tapak tangan itu, ada darah pekat tercalit. Tubuhnya berpaling ke arah datangnya pinggan kaca tadi.
Melihat seorang wanita dalam keadaan bengis dan wajah yang amuk telah memberi jawapan pada Rina. Rasanya dia tidak perlu bertanya lagi kenapa ibunya sedang marah.
"Betina! Asal aku call kau tak angkat? Susah sangat ke, huh!?" Teriak Kuntom, mak tiri kepada Rina sejak dia berusia 8 tahun lagi.
Nampaknya Rina telah hidup dengan mak tiri dari neraka ini sejak kecil. Segala caci maki dia telan. Segala herdikan dan pukulan dia terima. Sampaikan dia sendiri yang kena sara hidup mak tiri dan abang tirinya. Tak pasal-pasal semua tanggungjawab dipikul pada bahu.
"Rina sibuk mak. Rina ni bekerja. Ada apa mak call?" Soal Rina sambil menahan sakit.
"Aku nak duit."
"Duit? Bukan Rina dah bank in minggu lepas ke? Tak cukup lagi ke RM 5000 tu?" Soalnya lagi. Pelik. Tak akanlah duit sebanyak itu boleh habis dalam sekelip mata.
"Memang tak cukup. Kau tahu tak barang makin mahal? Bukannya makin murah. Kau pun bagi sikit sangat." Tutur Kuntom. Tangan mencekak pinggang.
Dahi Rina berkerut seribu. "Tak cukup? Mak tahu tak gaji yang Rina dapat selama bekerja ni semuanya bagi pada mak dan abang. Tak ada satu sen pun yang Rina simpan. Kalau ada duit pun itu semua simpanan Rina yang sebelum ni. Rina tak boleh nak bagi duit kat mak. Rina belum gaji." Katanya. Intonasi suaranya bergetar. Air mata sudah bertakung. Tertampar dengan ingatan kejamnya sewaktu kecil.
"Kau nak merungutlah sekarang ni? Aku yang besarkan kau, bagi makan, minum. Jaga kau tapi ini yang aku dapat semula. Kau memang anak tak kenang budi! Kurang ajar punya anak! Kau memang membawa sial dalam keluarga ni!" Sepiring pinggan lagi dicapainya dan memasang niat untuk memecahkan kepala anak tirinya itu.
Rina memejam mata rapat. Dia tahu jika dia mengelak, dia akan dapat lebih. Posisinya statik berdiri tegak. Air mata gugur terlebih dahulu.
Dush!
Pisang akhirnya berbuah dua kali. Tapi peliknya kenapa kali ini dia tidak rasa sesakit seperti tadi walhal mestilah rasa sakit ini akan berganda kerana telah berdarah dan luka. Matanya dibuka perlahan-lahan. Melihat satu tubuh yang sasa dan besar serta tinggi menghalang pinggan kaca itu daripada terkena wajahnya. Pandangannya kabur. Tidak jelas wajah siapa yang sedang menjadi hero baginya.
Apabila dia mendongakkan kepala memandang wajah lelaki itu, dia terus pengsan. Kedua tangan hero itu menopang ke dinding, mengunci kedudukan Rina. Sempat mata mereka bertembung sebelum Rina pengsan.
Tubuh Rina terus disambut dalam dakapan lelaki yang mempunyai tindakan refleks dan pantas. Jika tidak dia mungkin sudah jatuh ke bawah.
![](https://img.wattpad.com/cover/368927415-288-k82059.jpg)
YOU ARE READING
Faleq Nisrina [HIATUS]
Romance"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...