" Takkan ada sesiapa yang akan gantikan gelaran Kuzuri. Kuzuri adalah aku dan milik aku seorang. Aku yang kalahkan Thauri. Dan kalau kau cuba buat sesuatu, aku jugak akan kalahkan kau." Kata Adam. Namun nadanya sengaja untuk mencabar.
" Siapa kata aku datang untuk kalahkan Thauri?" Jawab Iskandar. Terdapat senyuman kecil dihujung bibirnya.
Adam juga tersenyum kecil. Kedua-dua mereka saling berpandangan sebelum mereka melompat keudara dan melakukan tumbukan serentak.
"Adam! No!" Yo menjerit.
Sepantas kilat juga dia meluru dan melompat keudara. Targetnya adalah Iskandar. Ketika Iskandar dan Adam menghayunkan penumbuk mereka kearah satu sama lain, dengan tenaga yang tersisa Yo memaut dan menolak tubuh Iskandar. Mereka berdua jatuh tersungkur diatas tanah. Adam yang selamat mendarat kelihatan terpinga-pinga. Ikhwan dan Malik juga kelihatan terkejut, namun mereka sudah kehilangan upaya untuk masuk campur.
"Yo?" Adam bersuara, hairan dengan tindakan Yo.
Yo tidak menjawab. Dia masih lagi bergelut dengan Iskandar yang meronta hebat.
" Zahid! Syukri! Fendi! Cepat! Pegang dia." Arah Yo.
Adam datang menghampiri. Dia dapat merasakan aura tenaga yang luar biasa dari Iskandar. Dia merengus kencang.
" Kau ada kekuatan untuk kalahkan Thauri dengan pengikut-pengikut dia seorang diri. Tapi mana kau pergi bila kawan-kawan kau semua kat sini ha?!" Adam melepaskan tumbukan kewajah Iskandar yang kini dipegang oleh empat orang.
"Adam. Jangan!" Yo menghalang Adam dan menarik tubuh kawannya kebelakang.
"Hahahaha... hahahahahaha.." Iskandar hanya ketawa.
Adam bertambah geram. Dia menolak tubuh Yo dan ingin menyerang Iskandar. Namun sekali lagi Yo menahan dirinya.
"Ketepi Yo! Adik aku mati sebab dia!" Bentak Adam.
" Thauri! Q mati sebab Thauri. Bukan dia." Yo membentak kembali.
Adam kelihatan terpana. Dia melihat wajah serius Yo yang sedaya upaya cuba menghalangnya.
Iskandar mengembangkan tangannya membuatkan Zahid, Syukri Dan Fendi terpelanting. Sepantas kilat dia berlari dan menyondol tubuh Adam membuatkan mereka berdua berguling diatas tanah. Yo dengan segera menerpa dan mengunci Iskandar dari belakang. Dia menendang kedua bahagian belakang lutut Iskandar membuatkan Iskandar jatuh melutut. Sedaya upaya dia menahan rontaan Iskandar yang bagaikan sudah tidak mampu dikawal itu.
Ketika ini Adam sudah mula mengatur langkah dan bersiap sedia untuk menyerang. Kedua penumbuknya digenggam erat. Nafasnya diatur sebelum dia berlari kencang kearah Iskandar yang masih meronta itu.
"Woi budak-budak!!!!"
Satu jerkahan keras bergema di perkarangan sekolah serta merta mematikan langkah Adam. Malah, semua pelajar yang berada disitu turut terdiam. Iskandar juga tidak terkecuali.
Kelibat seorang lelaki dewasa sedang berjalan mendekati mereka. Adam cuba mengamati wajah lelaki itu. Serta merta wajahnya berubah. Yo juga kelihatan terpana. Suasana yang sunyi ketika tadi berubah dengan suara para pelajar yang mula berbisik sesama sendiri.
"Diam!" Pekik lelaki itu lagi membuatkan suasana menjadi senyap sunyi sekali lagi.
"Kau apahal?!" Zahid berkata tiba-tiba
Seluruh pandagan tertumpu kepada Zahid apabila dia berjalan kehadapan dengan berani. Namun Zahid terhenti serta merta apabila melihat Adam merenung tajam kepadanya.
Lelaki itu berjalan menuju kearah Adam, Iskandar dan Yo. Pandangannya tajam. Wajahnya bengis. Dia melihat wajah-wajah mereka satu persatu. Adam dan Yo berkerut seolah-olah menyembunyikan ketakutan dan kerisauan. Hanya Iskandar yang berani melawan renungan tajam lelaki itu.
Lelaki itu berdiri dihadapan Iskandar. Hatinya sedikit tercabar apabila renungan bengisnya di balas dengan renungan tajam budak itu.
"Kau budak baru?" Soal lelaki itu.
Iskandar hanya diam. Langsung tidak menjawab soalan lelaki itu. Tiada riak gentar diwajahnya.
Lelaki itu merengus geram. Dengan kasar, dia mencekak leher Iskandar. Tubuh Iskandar terangkat keudara. Kakinya meronta-ronta dan tangannya cuba melepaskan tangan lelaki itu yang kuat mencengkam lehernya. Semua yang melihat kejadian itu terpinga-pinga. Ikhwan juga terkesima. Dia cuba untuk membantu namun tenaganya sudah habis.
Lelaki itu hanya memandang sinis Iskandar yang meronta-ronta ingin dilepaskan. Tanpa perasan, satu tumbukan kuat dihayunkan kewajah Iskandar. Tumbukan yang amat kuat sehinggakan kepala Iskandar dahulu yang menghentak tanah.
Sekali lagi, semua yang menyaksikan kejadian itu tergamam. Mereka berasa terkejut dengan tindakan lelaki itu. Iskandar dilihat sudah terbaring tidak bergerak diatas tanah.
"Aku dengar kau orang semua yang belajar kat sini, semua pailang." Lelaki itu bersuara keras.
"Aku nak semua ketua dalam setiap geng korang, datang jumpa aku lepas ni!" Sambungnya lagi.
"Dan kau juga!" Lelaki itu mengerling kearah Adam sebelum dia berlalu pegi.
"Adam?" Yo berdiri disebelah Adam.
"Kau uruskan budak-budak yang cedera." Adam berkata. Suaranya mendatar sahaja.
"Kemana kau nak pegi lepas ni?" Soal Yo kembali.
"Aku akan uruskan adik aku. Dan lepas ni, aku takkan tinggalkan kau orang semua lagi." Jawab Adam ketika dia mengusung jasad adiknya.
NOTE:
Setelah mereka berjaya menewaskan Thauri, mereka semua telah dikejutkan dengan kehadiran lelaki misteri. Kemunculan lelaki misteri itu seakan-akan menimbulkan ketakutan kepada Adam dan Yo, sebagai pelajar senior. Iskandar yang seakan mengamuk, juga telah ditewaskan tanpa melalui perlawanan yang sengit.Siapakah lelaki misteri itu sebenarnya? Dan apakah maksud Adam? Adakah dia akan kembali menjadi KUZURI di sekolah itu ? Author ingin mendengar komen pembaca sekalian.
YOU ARE READING
KUZURI 2
FanficSiri ini adalah sekuel dari Kuzuri yang mengisahkan tentang Iskandar Zulkarnain, seorang lelaki misteri yang telah kehilangan orang-orang yang dia sayang. Musuh tradisi mereka telah dapat ditumpaskan, dengan kepulangan Adam, Kuzuri yang paling diger...