11

30 6 2
                                    

"Selamat pengantin baharu, Aisyah"

Aisyah mendongak memandang Aathif. Air matanya mula bertakung tatkala mata bertembung dengan sepasang mata milik bekas tunangnya.

Aathif yang pada ketika itu berpakaian kemeja yang jelas dibelikan oleh Aisyah sendiri ketika sambutan hari lahir Aathif setahun yang lalu, tersenyum memandang Aisyah.

Rindu yang membuak-buak membuatkan dia ingin menangis di situ sahaja. Perasaan gemuruhnya pada ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu.

"A..Aathif," panggil Aisyah perlahan.

"Ye? Lawa Aisyah hari ni. Cantik, manis, berseri-seri," puji Aathif.

Dalam diam, hatinya terluka melihat betapa indahnya ciptaan Tuhan yang satu itu. Ibarat pisau tajam yang menghiris sehelai kertas, tajamnya dapat membelah sebuah kepercayaan seorang insan.

"Bro," panggil Hanif. Ton suara mengeluarkan suatu amaran.

"Eh, sorry bro. Tak perasan pula kau dekat sebelah dia. Maklum lah, semua benda berlaku secara tiba-tiba," sindir Aathif.

"Takpe, bro. Benda pun dah jatuh dekat tangan aku," balas Hanif.

Aathif hanya senyum. Matanya tak ralit melihat Aisyah yang cantiknya persis seorang bidadari. Mahu sahaja Aathif mengelap air mata yang mula jatuh di pipi wanita itu. Namun apa kan daya, Aisyah bukan miliknya.

"Mana kau tahu Aisyah kahwin harini?" Tanya Hanif.

Pelik, bukan dia yang menjemput Aathif datang pada harini. Aisyah? Tak mungkin lah. Telefon Aisyah dah pun dia rampas. Mana kan isterinya itu menghantar mesej kepada Aathif pula.

"Ibu yang jemput. Dia call aku dua hari lepas. Pelik juga aku kenapa Aisyah sendiri tak bagi kad jemputan," jawab Aathif.

"Aathif... Aisyah"

"Eh, Aathif!"

Belum sempat Aisyah menghabiskan kata-kata, panggilan daripada Asma membuatkan ketiga-tiga mereka memandang serentak ke arah Asma yang berjalan menuju ke meja makan.

"Assalamualaikum, ibu," ucap Aathif seraya bersalaman dengan Asma.

"Waalaikumussalam. Dah lama sampai ke? Jemput la makan dulu. Nanti-nanti lah bersembang dengan diaorang berdua ni," ujar Asma.

Senyuman di bibir jelas menunjukkan yang wanita tua itu sangat gembira dengan kehadiran Aathif. Walaupun pertunangan di antara anak perempuannya dan Aathif telahpun putus, itu tak menghalang Asma untuk tetap menganggap Aathif sebagai anak lelakinya.

"Baru je. Ibu dah makan ke?" Tanya Aathif.

"Dah. Dah makan dah tadi. Aathif pergi lah makan dulu, nanti naik ke rumah ye," kata Asma.

Aathif mengangguk setuju. Ada lah masa dia sikit untuk bersembang dengan Aisyah. Dia juga punya hak untuk mengerti mengapa bukan dia yang menjadi pasangannya.

Aathif mula berlalu pergi. Figuranya yang semakin berjauhan dengan meja santapan raja sehari diperhatikan oleh Aisyah.

Kerongkong wanita itu terasa sempit. Hatinya hancur tatkala dirinya terlalu dibebani dengan rasa bersalah. Mana dia nak letak muka? Terdetik di hati soalan kalau-kalau Aathif menganggapnya sebagai pengkhianat.

Dia bukan pengkhianat! Dia diperangkap oleh Hanif. Terngiang-ngiang memori di mana dirinya dibawa masuk ke dalam kereta. Demi Tuhan, dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku kepada dirinya.

Adakah Irdina dalang di sebalik apa yang berlaku seminggu yang lepas? Tak mungkin lah. Irdina dan dia tersangat akrab sejak sekolah menengah lagi, bahkan pernah juga menimba ilmu di sekolah rendah yang sama.

Sesuai dengan santapan raja sehari, kedua-dua pengantin mula berinteraksi dengan tetamu yang hadir. Jurukamera juga memainkan peranan, menangkap seberapa banyak gambar yang boleh demi kenangan manis pelanggan.

Aisyah meminta diri sebentar, perutnya terasa senak. Berlari anak dia menuju ke tandas ditemani dengan mak andam. Seketika, Aisyah mengeluh kecil. Hatinya tak tenteram mengenangkan Aathif. Tertanya-tanya di dalam hati apa perasaan lelaki itu apabila melihat dirinya.

"Aisyah," panggil Aathif.

Aisyah yang baru sahaja keluar dari tandas, terkejut melihat Aathif yang sedang berdiri di dapur. Denyut jantung cuba diperlahankan. Rasa rindu kembali membuak-buak apabila berhadapan dengan lelaki itu.

"Aathif buat apa dekat sini?" Tanya Aisyah.

"Tadi nak jumpa Aisyah dekat luar, tapi ibu kata Aisyah dah masuk rumah. Aathif cari Aisyah, nak bagi hadiah ni," jawab Aathif selamba.

Sebuah kotak dibalut kemas dihulurkan ke arah bekas tunangnya. Was-was wanita itu ingin mengambil hadiah tersebut. Kalau Hanif nampak, tak pasal-pasal bergaduh pula.

"Ambil lah, tak ada yang berbahaya pun dalam ni," pujuk Aathif.

"Uhhh. Terima kasih," ucap Aisyah perlahan.

"Harap Aisyah suka pemberian Aathif tu. Tak ada lah mahal mana, tapi boleh lah simpan untuk kenangan," ujar Aathif lagi. Senyuman masih tak lekang di bibirnya.

Aisyah diam. Dia ingin menangis. Dia ingin menjelaskan segala yang telah berlaku kepada Aathif. Siapa lagi yang dia percaya selain Aathif dan Asma? Melihat senyuman manis lelaki itu membuatkan emosi Aisyah bertambah-tambah.

"Aathif, Aisyah...."

"Seronok kan?"

"Huh?" Kata-kata Aisyah dipintas.

"Seronok mainkan perasaan orang lain kan?" Tanya Aathif.

"Aathif. Aisyah tak pernah mainkan perasaan sesiapa," jawab Aisyah.

"Kenapa sampai macam ni, Syah? Apa Aisyah dapat kalau Aisyah permainkan perasaan Aathif?" Tanya Aathif lagi.

"Astaghfirullah hal azim, Aathif. Aisyah sayangkan Aathif seorang sahaja. Aisyah... Aisyah..."

"Aisyah, Aisyah. Aisyah apa? Aisyah nak kata Aisyah terkahwin dengan Hanif? Nak kata yang Aisyah tak sabar nak dirikan rumah tangga sampai Aisyah sanggup kahwin dengan lelaki tu?" Pintas Aathif lagi.

"Aisyah berani bersumpah, Aathif. Demi Allah, Aisyah tak pernah terfikir untuk buat semua tu. Aisyah terperangkap. Aisyah sendiri pun tak nak benda ni terjadi dalam hubungan kita. Aisyah sayangkan Aathif seorang sahaja," pujuk Aisyah. Air matanya jatuh. Tak sanggup dia ingin bersikap anggun di hadapan sesiapa lagi.

"Babe, here you are"

Aisyah menoleh memandang ke arah wanita yang cantik berbaju kurung. Hatinya membara melihat kemesraan wanita itu. Adakah Aathif sudah menggantikan dirinya dengan wanita ini?

"You must be Aisyah," kata wanita itu. Tangan dihulur, ingin bersalaman dengan Aisyah.

"Ye, saya Aisyah," jawab Aisyah ringkas.

"You tunggu dekat kereta. Nanti I datang," ujar Aathif kepada wanita itu.

Aisyah diam tak terkata. Semudah itu Aathif menggantikan dirinya. Adakah apa yang di rasakan sekarang ni telah Aathif rasakan seminggu yang lalu?

"Aisyah.... Aathif dah malas nak dengar apa-apa penjelasan daripada Aisyah. Aathif dah nampak semuanya. Ingatkan dalam drama je ada masalah curang. Alhamdulillah lah Tuhan tu dah bagi Aathif nampak apa yang Aisyah buat. Terima kasih Aisyah untuk kenangan selama kita pernah bersama. Aathif doakan Aisyah bahagia di sisi Hanif," kata Aathif.

"Aathif, Aathif. Aisyah minta maaf. Aisyah tak ada niat nak kahwin dengan dia. Aathif tolong dengar dulu apa yang Aisyah nak cakap". Lengan Aathif dipegang. Tak mahu dia lepaskan lelaki itu.

"Lepaskan. Aathif dah ada pengganti Aisyah. Aisyah tu isteri orang, nanti kalau sesiapa nampak, malu Aisyah nanti," ujar Aathif. Tangan Aisyah ditepis.

Gerak kaki Aathif laju meninggalkan rumah milik Asma. Dia perlu kuat di hadapan semua yang ada. Dia tak mahu sesiapa tahu bahawa perasannya masih utuh untuk wanita kesayangannya itu.

Selesai bersalaman dengan Asma, dia segera beransur pulang. Wanita berbaju kurung itu setia menunggu di dalam kereta. Faham akan keadaan Aathif pada ketika ini, dia hanya diam. Diam dan menunggu Aathif meredakan beban di dada.

[O.G] SAYANGKU, AISYAH Where stories live. Discover now