"Mommy daddy !! jangan tinggalkan Queen!! Queen taknak duduk dekat sini!! Queen nak ikut mommy daddy, Queen takut...... kenapa mommy daddy tak bawa Queen? kenapa tipu Queen? mommy daddy dah janji nak jaga Queen selamanya, kenapa mommy daddy tipu!! mommy daddy tinggal Queen sorang-sorang dekat sini!! Queen nak mommy daddy... bangun, tolong la bangun mommy daddy..... bangun!!"
Tangisan sayu seorang gadis berumur 19 tahun memecah kesunyian tanah perkuburan Islam.
Kuat suaranya meraung memanggil mommy dan daddy tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Difikiran hanya ada mommy dan daddynya yang baru saja dikuburkan.
Air mata membasahi tudung shawl hitam yang sudah kotor terkena tanah merah. Timbunan tanah kubur mommynya menjadi alas kepala, sebelah tangan turut berada di atas kubur daddy nya yang bersebelahan.
Hampir 1 jam berada dikubur tanpa rasa ingin pulang. Rumah yang menjadi tempat berkasih sayang sudah pergi buat selama-lamanya.
'Mommy daddy dah pindah rumah baru, tiada makna lagi untuk aku pulang, rumah yang menjadi kebahagiaan sudah pergi buat selama-lamanya'
Tekak sudah kering akibat tangisan yang tidak henti-henti. Tidak dapat menerima pemergian insan tersayang, bukan perkara mudah untuk seorang gadis diumur 19 tahun menerimanya.
Zaman remaja yang sepatutnya menjadi zaman kegemilangan remajanya malah terjadi sebaliknya kepada gadis berusia 19 tahun itu.
Anak tunggal
Hidup bersama keluarga sebelah daddynya yang sangat membenci akan kehadirannya.
Bagaimana mahu bertahan?
Jika semuanya hancur
Dunia sudah tidak bermakna jika tiada mommy dan daddynya disisi.
Sakit kehilangan orang tersayang
Itu sudah semestinya memberi impak yang besar kepada seorang gadis bernama QUEEN ZAHRA ZUNAYRA BINTI KING ZULQARNAIN.
Percutian yang sepatutnya menjadi kenangan terindah tetapi berakhir dengan tragedi kemalangan yang sangat mengerikan.
Jika bukan kerana daddynya menyuruh dia keluar dari kereta secepat mungkin pasti dia juga terlibat dalam letupan itu.
Sekarang tinggal dia seorang disini.
'kalau Queen tak ikut cakap daddy tadi, mesti kita boleh bersama kan? Queen tahu apa yang Queen cakap ni melawan takdir, tapi Queen cuma nak mommy daddy' betak Queen didalam hati dengan hiba. Dia sendiri tahu tentang takdir. Tapi hati belum ikhlas dengan apa yang berlaku
Setelah beberapa jam berlalu ......
Masih ditempat yang sama
Tanah perkuburan
"Queen tak kuat nak hadap semua ni, Queen tak bahagia tanpa mommy daddy, tapi Queen akan cuba my, Queen cuba, Queen pegang dengan kata-kata mommy.......'Queen ibarat ratu yang harus berjuang sehabis mungkin untuk bahagia kan rakyatnya. Rakyat Queen adalah jantung, hati, jiwa dan kebahagiaan'....."
Kata-kata Mommyku sebelum kemalangan masih terngiang-ngiang difikirkan.
"Tapi tugas Queen sekarang untuk bahagiakan diri Queen sendiri tanpa bantuan siapa saja, Mommy daddy doakan Queen tau, jangan pernah lupakan Queen, Queen sayang mommy daddy"
'kenapa aku yang perlu diuji dengan kematian kedua ibu bapa? kenapa Ya Allah. Aku sanggup lepaskan segalanya tetapi bukan mereka. Aku masih belum banggakan mereka. Aku mahu mereka disini Ya Allah. Disisiku. Aku hamba yang lemah. Takdir yang masih belum terima. Ampunkan aku ya Allah kerana melawan takdir mu.'
YOU ARE READING
TZAQ; It's Mine Queen
Romance𝑇𝐸𝑁𝐺𝐾𝑈 𝑍𝐴𝐻𝑅𝐸𝐷 𝐴𝐿-𝑄𝑈𝑍𝐴𝑌𝑅𝐼 Seorang lelaki yang digelar 'AL-QUZ' terkenal dengan sifat penyayang, cerdik, anak soleh. Juga memiliki pendirian yang kukuh, tiada siapa mampu menghalang apa yang dia inginkan Termasuk berkahwin diusia...