KEMEJA hitam lengan panjang dipadankan dengan baju putih polos di dalamnya. Baru kali ini Farhan mengambil serius mengenai pakaiannya. Semua ini disebabkan dia ingin dinampak kemas dan bergaya oleh Hasya. Manalah tahu Hasya terus terjatuh hati kepadanya.
Kaki melangkah masuk ke kaunter cinema. Tak ramai. Alhamdulillah. Identitinya terselamat.
Mata meliar mencari kelibatan Hasya. Dah sampai ke gadis itu? Baru sahaja tangannya ingin menelefon Hasya, matanya tertancap pada seseorang yang berjalan ke arahnya.
MasyaAllah. Cantiknya. Itu Hasya ke?
Tubuh badan Farhan mengeras. Seketika lupa cara kelip mata.
“Hai?”
Tiada balasan daripada Farhan.
“Farhan.” Hasya menguatkan sedikit suaranya.
Bahu Farhan sedikit ternaik dek terkejut. Akhirnya tersedar dan kembali ke realiti. Gila. Farhan berdehem menghilangkan gugup.
“Dah lama sampai?”
“Baru aje,” jawab Hasya.
Farhan menilik Hasya dari atas ke bawah. Baju t-shirt hitam dengan skirt floral paras atas buku lali. Sepadan pula dengan dirinya. Black and white. Jodoh kuat ni. Dia hanya mampu ketawa suka dalam hati.
“Nak tengok wayang apa?”
“Anything except horror.”
Farhan menaikkan kening. Hasya tak minat wayang horror. Kena ingat.
“Avangers?”
Hasya angguk setuju. Farhan senyum kecil. Baru kali ini dia keluar dengan perempuan yang berminat menonton movie sedemikian. Perempuan yang dia ajak movie date sebelum ni, semuanya memilih genre romance. Bosan jugalah.
Dua tiket dibeli Farhan. Semestinya couple seat. Bukan apa… banyak lagi orang nak duduk ramai-ramai. Tak cukup tempat nanti.
“Drink and popcorn?” tawar Farhan.
“Just mineral water. Tak suka sangat dengan popcorn.”
Okey…
Farhan angguk faham sebelum membeli dua mineral water dan satu popcorn saiz besar.
***
SETELAH dua jam lebih berada dalam pawagam, Farhan dan Hasya bergerak keluar.
Hasya mengambil pelitup muka dari beg tangannya. Farhan hanya memerhati Hasya mengenakan mask itu. SOP bukan dah habis ke? Kenapa nak guna mask lagi?
“Balik atau makan?” tanya Hasya sambil mengerling jam tangannya.
Farhan senyum senget. Balik? No.
“Kita pergi makan.” Farhan menarik pergelangan tangan Hasya tanpa menunggu balasan daripada gadis itu. Dia memang tak terima penolakan.
Secret Recipe menjadi tujuan Farhan. Pintu dibuka agar Hasya masuk terlebih dahulu. Dia kena bersikap gentle kalau nak pikat hati Hasya.
“Hai. Welcome.” Sapaan diberikan oleh pekerja disitu. Senyuman manis terhias di muka mereka. Pelanggan lari kalau muka masam ditunjukkan.
“Hello, hari ni kedai kami ada potongan diskaun bagi pasangan yang serasi dan bergaya. Saya nampak kamu berdua sangat sepadan. Kamu berdua couple ke?” soal pekerja di bahagian kaunter.
Farhan terkedu. Nak jawab apa ni? Nak ikutkan hati, memang dia iyakan sajalah. Tapi dia risau kalau Hasya marahkan dia nanti. Makin susah pula nak dapatkan hati Hasya kalau macam tu.
Baru sahaja Farhan ingin menidakkan soalan pekerja itu, jawaban Hasya membuatnya terpegun.

ANDA SEDANG MEMBACA
MELTED HEART OF ICE (LOVE OR DARE)
Novela JuvenilDisebabkan sebuah taruhan mempertemukan Farhan Ardiaz dengan seorang gadis yang bernama Hasya Adrina. "Nak bertaruh?" "Kita tengok sama ada dia akan suka kau ataupun tak." Siapa yang tidak kenal Hasya? Gadis yang agak terkenal dalam kalangan lelaki...