☆ BAB 15 ☆

25 14 0
                                    

Pada hari seterusnya Harraz ingin tau apa reaksi Puteri apabila dia menerima gula-gula tersebut.

"Zulaika, aku nak tanya bolehh?" Tanya Harraz.

Lalu Zulaika berkata padanya, "pasal Puteri, bukan?"

"Haah, aku just nak tanya je kau dah bagi ke gula-gula yang aku suruh kau bagi tu?" Masa kau bagi dia gula-gula tu dia ada tanya apa-apa tak? Dia ada tak curiga sesuatu bila dia sapat gula-gula tu? Kau bagitau dia ke yang gula-gula tu aku yang bagi dia?

Ehh! Dia ni satu-satu lah dulu tanya aku ni bukannya boleh ingat semua soalan kau tu! Jawab Zulaika sedang menahan kesabaran nya.

Ouhh... sorry sorry aku cuma nak tau je apa reaksi Puteri bila dia dapat gula-gula tu. Dia berkata "kau ni Zulaika janganlah marah aku. Dah lah aku rasa macam tak best bila Puteri dah lama tak tegur aku.

"Iye Harraz. Aku faham sekarang ni tapi bagi aku masa dulu nak pujuk dia. Bukan senang nak pujuk orang yang tengah marah atau tengah down dengan kita" balas Zulaika dengan tenang.

Okey macam ni semalam dia ada tanya siapa yang bagi gula-gula tu so aku katalah dia peminat Puteri Sarah lepastu dia bukan mahasiswa di universiti kita. Aku ni sebenarnya bukan nak tipu dia tapi sebabkan kau yang nak aku pujuk dia. So buat masa ni aku terpaksalah tipu dia sekejap sebab tak nak lah dia rasa lagi marah dengan kau.

"Then apa dia kata dekat kau lepas tu...? Aku ni bukan saja-saja nak mainkan perasaan dia lagi sekali. Cuma ada sebab aku suruh kau tipu dia walaupun dalam keadaan darurat sekarang ni..." ujar Harraz yang sedang berat hati.

Lalu Zulaika hanya menadah telinga untuk mendengar masalahnya tanpa berkata apa-apa. Namun dia masih meneruskan ceritanya tentang kejadian semalam apabila Puteri menerima gula-gula daripadanya.

"Lepas aku kata dekat dia macam tu, terus dia dah tak tanya aku apa-apa lagi" kata Zulaika sambil bercerita itu.

"Dia ada makan tak gula-gula tu...?"

Ada dia kata sedap sangat lepastu "YUMMYYYY!!"

Uish! Sedap sangat rasanya gula-gula tu sampai dia kata macam tu!

Tapi kan Haraz...

Tapi apa pulak ni...! Aku dah excited dah ni apa yang tapi tapi pulak ni!!

"Macam ni semalam... tapi kau jangan gelakkan aku pula kalau aku cerita ni sebab ni pasal kejadian semalam tapi cerita ni ada kena mengena dengan Puteri sekali..." kata Zulaika yang ingin bercerita sambil meluahkan kepadanya.

"Okeyyy..." ujar Harraz dengan baik sekali. Lalu dia berkata, kalau macam tu ceritalah apa yang berlaku semalam dekat kau.

Okey cerita dia macam ni... semalam aku dengar dia menjerit dalam kelas lepastu aku naiklah atas kerusi. Bila aku naik atas kerusi tu aku ingat Puteri jerit sebab lipas tapi rupa-rupanya sebab gula-gula yang kau bagi dekat dia tu. Itu yang dia menjerit kuat dalam kelas.

Aku ni trauma dengan lipas so bila aku dengar orang menjerit kuat tu mesti sebab lipas tak de sebab lain dah...

"HAHAHAHAHAHAHA... kau takut lipas ke Zulaika! Eh, relakslah kau ni apahal kau nak takut lipas sedangkan kau lebih besar dari dia..." jawabnya sambil ketawa besar mendengar cerita itu. Dia berkata padanya, mesti Puteri ada gelakkan kau semalam, bukan?

"Kalau macam aku pun nak trylah rasa dia macam mana tapi aku rasa depan kaulah nanti Zulaika" ujar Harraz sambil menahan ketawanya. Aku pun main beli je gula-gula tu disebabkan nama dia yang terlalu unik sesangat.

"EHEKKK!!!" Ucap Harraz dengan kecomelannya.

"Kau rasa kan Zulaika kalau aku bagi lagi gula-gula tu agak-agak dia curiga tak?" Soal Harraz yang kerisauan itu.

Mesti dia rasa hairan kan sejak dia masuk universiti ni macam-macam benda berlaku dekat dia. Sampaikan sekarang ni tiba-tiba pulak dia ada peminat itupun sebab aku. Akulah peminat dia tu...

Tak pelah yang penting kau usaha untuk pujuk dia. Kau orang yang pertama buat dia marah macam tu. So sekarang ni kau kena tanggung lah semua ni. Alah, kau ni anggap je lah yang kau sekarang ni tengah pikat perempuan. Dekat situ kau boleh belajar benda tu semua lagipun kau ni bukannya makin muda umur kau makin tua dah Harraz. Nak tak nak kau kena cari pasangan kau awal-awal untuk kenal hati budi dia dengan lebih dalam.

Eh, tapi aku kata ni bukan nak suruh kau mengurat dia aku cuma nasihatkan kau je. Nasihat Zulaika kepadanya.

"PUTERI SARAH!!! Laung Zulaika. Peminat awak tu ada bagi lagi gula-gula tu. Nah awak amiklah..." ujar Zulaika dengan muka yang kurang gembira.

"AIKKK!! Lagi sekali ke dia jumpa awak then dia suruh awak bagi gula-gula ni lagi dekat saya?"

PUTERI SARAH MILIK HARRAZ | SUWhere stories live. Discover now