☆ BAB 23 ☆

43 13 0
                                    

"Okey sekarang ni aku bagi kau dua pilihan, sama ada kau nak aku yang bagitau dia sendiri atau kau sendiri patut jumpa dia dan berterus terang dengan semua lakonan kau selama ni." Ujar Zulaika tanpa melengahkan masa.

"Tapi..." sepatah perkataan Harraz yang dikatakan itu Zulaika terus memotong ayat yang Harraz ingin sampaikan.

"Apa tapi tapi...?" Dia menunggu Harraz menyambung ayatnya yang terpotong itu.

Harraz memikirkan ayat yang perlu dikatakan kerana fikiran masih terganggu dengan perkara ini. Tiada apa dia ingin katakan kerana perasaan takut dan kecewa itu membuatkan dirinya tidak yakin dengan cadangan Zulaika.

"Harraz aku ni bukan marah dengan kau. Cuma masa berjalan dengan cepat lambat laun kau yang rugi nanti, apa gunanya kau pendam perasaan kalau kau sendiri tak yang tak rasa tenang sekarang."

"Cuma kau elakkan rasa takut dan kecewa kau tu." Harraz hanya menadah telinga apa yang Zulaika katakan berjelar-jelar.

"Zulaika..." ucap Harraz. "Aku akan cuba..." sepatah demi sepatah dia cuba mengatakan sesuatu.

"Aku akan cuba berterus terang dengan dia, dalam masa terdekat ni..." pinta padanya yang memerlukan masa. "Okey aku percaya pada kau, sebab kau kata dalam masa terdekat kann?!"

"Ye, aku kata akan bagitau segala-galanya pada Puteri. Okey?" Ujar Harraz ingin menamatkan perbualan mereka. "Kalau macam tu okeylah, kau pun dah besar mesti kau boleh tahu apa yang patut kau buat. Aku percayakan kau tapi dalam masa yang sama aku akan perhatikan kau dari jauh." Amarah Zulaika terus reda. Dia tersenyum sinis apabila dia akan memerhati pergerakkannya dari jauh.

Lalu Harraz pun berasa lega apabila dia berkata seperti itu. Walaupun hatinya masih bimbang tentang Puteri Sarah. "Apa kata kita pergi makan sebelum balik sebab aku tak makan lagi ni." Ajak Zulaika sambil pergi ke arah kedai makan.

"Jomlah makan" dia setuju dengan ajakan Zulaika. "Siapa nak belanja makan." Soal Harraz yang berhenti di depan kedai makan. Zulaika pun turut terhenti seketika dengan pergerakkannya ke arah kedai itu.

"Haah lah, ye tak ye jugak kan. Kejap..." Zulaika cuba meraba poketnya lalu dia mengeluarkan sesuatu dari poket nya.

"Wei Harraz! Aku rasakan mungkin hari ni rezeki akulah..." Jawab Zulaika lalu Harraz memotong ayatnya. "Asal kau dah dapat gaji ke hari ni. Alhamdulillah murah rezeki kau, Zulaika!" Harraz meneruskan pergerakkannya dengan muka yang gembira.

Dia yang belum tahu apa yang Zulaika keluarkan dari poketnya padahal Zulaika tidak berkata apa-apa yang dia mahu belanja tetapi...

"Harraz sekejap!" Zulaika berlari dan hentikan pergerakkan Harraz ke arah kedai itu.

Lalu dia ingin mengatakan sesuatu kepada Harraz, "aku cuma nak bagitau dekat kau yang hari ni rezeki aku, YEAHHH!! Hari ni Harraz belanja, HORRAYYY!!!" Laung Zulaika dengan gembira terus dia masuk ke kedai tersebut dan meninggalkan Harraz.

"Eh apa pulak! Ish dia ni memang nak kenalah." Reaksi Harraz yang gembira itu berubah menjadi geram kepadanya.

"YES! Akhirnya dapat kena kan Harraz. Tak sia-sia dia kena prank dengan aku. HAHAHAHA..." gelak Zulaika yang suka mengusiknya.

"Alhamdulillah lega aku rasa macam dapat makan dekat hotel 5 bintang je sebab semua sedap-sedap makanan dia lepastu ada kawan yang berduit pulak tu belanja" ujar Zulaika yang gembira apabila dapat memesan makanan yang banyak. "Elele suka dia eh dapat pau duit orang, jangan lupa bayar balik ye..." giliran Harraz yang cuba menyakatnya.

"Lah kena bayar balik ke? Ingatkan ikhlas belanja. Yelah yelah nanti aku bayar balik." Muka Zulaika terus berubah apabila Harraz meminta pulangan duit yang dia belanjakan.

"Eh selama ni aku tak ikhlas ke belanja kau? Kau ni aku pun gurau je dengan kau, ha tulah tadi kau yang kenakan aku kann!? Sekarang ni giliran aku pulak lah kenakan kau." Usik Harraz sambil ketawa kecil kepadanya.

PUTERI SARAH MILIK HARRAZ | SUWhere stories live. Discover now