2

173 0 0
                                    

"Damia, tolong guide Hayden buat kerja yang ditugaskan pada dia. Saya nak keluar sekejap. After lunch, baru saya ada."
kata Amelia,

"Baik Cik Amelia."
jawab Damia,

"Hayden, saya pergi dulu. See you!"
kata Amelia,

"Thank you, puan."
ucap Hayden lalu menundukkan kepalanya tanda hormat.

"Hayden, awak duduk sebelah sini. Senang nanti kalau Tuan atau Cik Amelia panggil bila mereka perlukan awak."
kata Damia sambil menyusun dokumen di atas meja itu.

"Thank you, Cik Damia."

"Panggil akak je."
kata Damia tertawa,

"Hehe... sorry. Thank you, kak Damia."
ulang Hayden sekali lagi,

"Okay Hayden, memandangkan boss kita tak masuk, akak bagi Hayden buat letter ni je la dulu. Semua format ada dalam komputer tu. Hayden ikut je."
kata Damia lalu menyerahkan file tersebut kepada Hayden.

"Nanti, kalau Hayden tak faham, tanya akak, okay?"
kata Damia,

"Okay, kak Damia. Thank you."

_________________________________

Di kafe,

"Sorry sayang, saya lambat."
kata Amelia lalu menyalam tangan Idris.

"Takpa sayang."
jawab Idris, dia mencubit pipi Amelia,

"Ei! Sakit lah hurm!"
aduh Amelia manja, Idris tertawa,

"Yerla tu, makin tembam pipi sayang ni."
usik Idris,

"Nak cakap kita gem la tu."
kata Amelia seraya merajuk,

"Mana ada la sayang... comel apa sayang ni."
Idris memuji agar cik tunangnya itu tidak merajuk, Amelia tersenyum,

"Sayang dah order makan?"
tanya Amelia,

"Belum."
jawab Idris,

"Hmm nak makan apa kita hari ni?"
tanya Amelia,

"Ikut sayang."
jawab Idris.

Sedang Amelia meneliti menu, telefon Idris berdering, Idris cepat-cepat mengambil telefonnya,

"Sayang, I answer this call first, okay?"
kata Idris lalu bangun dari tempat duduknya, Amelia hanya mengangguk, walaupun dia sedikit hairan dengan tindakan Idris yang menjauh dari dia untuk menjawab panggilan itu, sedangkan selama ini Idris tidak berganjak dari tempat duduknya sekiranya dia bercakap dengan pemanggil di telefonnya.

Kereta Idris berhenti di depan ofis Amelia,

"Thank you,sayang. Dah teman lunch hari ni."
kata Idris, dia mengucup tangan Amelia.

"Oh ya! Esok I outstation sayang, will be back on next next Tuesday."
kata Idris,

"2 weeks?"
tanya Amelia, Idris mengangguk,

"Alaaa... lama la tak jumpa sayang nanti hurmm..."
kata Amelia, Idris mengusap rambut Amelia,

"Sekejap je 2 minggu tu sayang, pejam celik pejam celik, dah hari Selasa."
kata Idris memujuk Amelia,

"Hmm..."

"Apa kata, hmm... sebelum i pergi outstation, sayang... hurm... you know right?"
kata Idris, tangannya mulai merayap ke celah paha Amelia, Amelia menahan tangan Idris,

"Sayang, please? Lepas kahwin okay?"
kata Amelia, pipi lelaki itu diusapnya,

"Hmm... okay sayang. Sorry, lepas ni tak minta lagi."
kata Idris, Amelia senyum, ini bukan pertama kali Idris meminta darinya untuk melakukan perkara itu bersama, namun dia tetap menolak kerana berpegang pada prinsip 'sex after marriage'.

"Thank you, sayang."
ucapnya.

---------------------------------

Di ofis,

"Afternoon, puan."
sapa Hayden, Amelia mengangguk , tanpa senyuman lalu masuk ke biliknya.

❤️H:'Kenapa pula boss hari ni?'

Belum sempat Hayden melabuhkan punggungnya,

Pintu bilik dibuka, Amelia muncul dihadapannya,

"Hayden, come."
arah Amelia lalu berjalan meninggalkan Hayden, Hayden cepat-cepat mengambil buku nota dan pen mengekori Amelia dari belakang.

Sepanjang jalan dari tingkat ofis menuju ke lobby hotel, Amelia hanya mendiamkan diri.

Sampai di lobby hotel,

"Hayden, ini hotel utama kita. HQ untuk branch-branch hotel kita yang lain."
kata Amelia, Hayden mengangguk,

"Dekat hotel ni, kita ada 8 tingkat. Tingkat paling atas, ofis kita. Tingkat 7 sampai Tingkat 3, bilik-bilik hotel. Tingkat 2, ada restoran, bar, gym room and swimming pool. Kemudahan-kemudahan untuk customer kita yang bermalam di hotel ni. Sama juga dengan branch kita yang lain, cuma tak ada tingkat untuk ofis."
terang Amelia, Hayden mengangguk tanda faham.

" Alright. Next, kita naik ke tingkat 2. "
kata Amelia. Butang lift ditekan, pintu pun terbuka, keluar seorang perempuan berkaca mata bersama dengan seorang lelaki berkaca mata juga yang sebaya dengan Amelia.

"Hi Amelia!" sapa perempuan itu,

"Hi Dara!" mereka berdua lalu bersalaman. Hayden menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat kepada lelaki itu, lelaki itu lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Hayden.

"Alder."

"Hayden."

"Staff baru?" tanya Alder,

"Bukan, saya intern sini, tuan." jawab Hayden.

"Tak payah lah ber' tuan tuan dengan saya. Panggil Alder je."

kata Alder, Hayden mengangguk.

"Amel, hari ni Tuan tak masuk ke?" tanya Alder,

"Ya, dia ada majlis dengan kawan dia." jawab Amelia,

"Ohh... "

"Oh ya! Hayden, ni Dara, Dia ni F&B Manager Hotel kita, dia ni garang tau (seraya berbisik)"

kata Alder,

" Amboi!" Dara lalu mencubit lengan Alder,

"Jangan percaya cakap dia, Hayden." kata Dara, Alder ketawa.

"Hayden, kamu intern bahagian mana?" tanya Dara,

"Bahagian HR, puan."jawab Hayden,

"Panggil Dara je, kalau nak panggil, ha, yang ni boleh panggil puan." kata Dara lalu menepuk bahu Amelia, Alder tertawa dan menyampuk,

"Ya! Betul tu! Yang ni, Puan Amelia. Tak lama lagi, puan awak ni nak kahwin."

"Eii! Dia ni kan! Potong gaji kau!" kata Amelia,

"Eh! Jangan la Amel hehe. Gurau saja ma hehe..."

"Potong Amel! Potong je gaji dia hahaha!" kata Dara,

"Amboi!"

Hayden hanya tersenyum melihat telatah mereka bertiga.

"Dah la, aku nak naik bawa Hayden tengok sekitar hotel dulu. Bye korang" kata Amelia lalu menarik hujung lengan kemeja Hayden.

"Bye!"

Mereka berdua masuk ke dalam lift,

"Fuh! Sorry Hayden, buat awak tunggu lama." kata Amelia,

"Tak pa puan." jawab Hayden.

"Thanks." ucap Amelia, senyuman manis terukir di bibirnya membuat Hayden terpana seketika.

Hayden Amelia Where stories live. Discover now