PROLOG

288 18 0
                                    

MATA tajamnya hanya memerhati lantai bawah yang penuh dengan pelbagai ragam manusia. Dari dalam bilik VVIP yang mereka duduki ini, jelas kedengaran suara teriakan yang bergema kuat bersorak menyokong fighter pilihan masing-masing. Ada juga yang sudah melemparkan duit masing-masing ke dalam tabung yang disediakan sebagai satu pertaruhan.


Pada dasarnya, perlawanan mix material art atau lebih dikenali sebagai MMA ini adalah sesuatu yang sah disisi undang-undang. Namun, sikap manusia disekeliling yang membuatkannya dipandang serong sebagai satu perlawanan haram. Dan kerana itu, perlawanan MMA yang sekarang dibuat di bawah tanah. Menjadikan ianya sebagai underground MMA fight.

Semuanya demi mengelakkan mata-mata luar dari melakukan laporan kepada pihak berkuasa dengan alasan yang tidak munasabah.

Nafasnya dihela panjang.

"Jadi? Kenapa kau bawa aku datang sini? Tak ada tempat lain dah nak pergi?" soalnya dengan tangan yang disilang ke dada.

"Better lah datang sini dari aku bawa kau pergi club kan?" matanya diguling ke atas.

Tiada rasa ingin berdebat lebih panjang.

Pintu yang diketuk dari luar mengalihkan perhatian dua orang manusia itu. Seorang pelayan lelaki menghampiri mereka dengan satu dulang yang diisi gelas berisi ais batu dan beberapa botol minuman berkabonat.
"Coke or pepsi?"

"Coke." jawabnya pantas sambil mencapai botol yang terisi air coca-cola tersebut.

"FROM OUR LEFT SIDE, COLLETE!" sorakan yang kembali bergema menarik perhatiannya untuk memandang ke arah cermin kaca yang terbentang luas.

Matanya jatuh pada gelanggang yang berada di tengah-tengah ruang besar itu.

"The MMA fighter is a woman?" soalnya seperti tidak percaya.

Lelaki yang berada di kerusi bertentang dengannya menjatuhkan kepala. Turut memberikan perhatian penuh kepada situasi yang berada di tingkat bawah.

Kerana inilah perlawanan MMA di sini lebih menarik. Kerana yang menyertainya bukanlah lelaki tetapi wanita.

"FROM OUR RIGHT SIDE, THE ONE AND ONLY QUEEN OF THE RING. BLAIR!" kali ini sorakkannya sepuluh kali ganda lebih kuat dari sebelumnya.

Mata hitam pekatnya masih tunak memandang ke arah seseorang yang sedang melangkah masuk ke dalam gelanggang. Silk bathrobe yang bewarna merah terlilit pada tubuhnya diperhati lama. Sulaman nama dengan benang bewarna emas pada bahagian belakang bathrobe itu ditenung.

BLAIR.

Hood bathrobe dibuka dan terpampanglah rambut hitam pekatnya yang disanggul tinggi. Wajah diangkat. Dan serentak dengan itu anak mata dingin BLAIR bertemu dengan anak mata hitamnya. Hanya sesaat sebelum wanita yang menggunakan nama BLAIR itu mengalihkan pandangan kepada lawannya semula.

"Dayyan? What's wrong?" Lelaki yang dipanggil Dayyan itu mengalihkan wajah untuk melihat lelaki di depannya.

"What's wrong?" soalan dibalas soalan.

"Muka kau..."

"Kenapa dengan muka aku?" nadanya hanya datar.

Wajah juga kembali tidak berperasaan seperti selalu. Akhirnya, lelaki yang duduk bertentangan dengannya hanya menggeleng.

"Who's that?"

"Siapa?" Dayyan tidak terus menjawab.

Hanya matanya sahaja yang masih memandang ke arah BLAIR yang lincah mengelak setiap serangan yang diberikan kepada dirinya.

"BLAIR? Kenapa nak tahu pasal dia?" ada nada mengusik dalam soalan itu.

Dayyan angkat bahu sendiri. Juga tidak punya jawapan untuk soalan itu. Entah mengapa dirinya tertarik untuk mengenali wanita disebalik nama BLAIR itu.

Lelaki dihadapannya pula hanya tersenyum sinis. Interesting.

CARITAS [TERBIT]Where stories live. Discover now