BAB 2

111 12 0
                                    

"KAY, kau gerak lah pergi cafe dulu. Aku nak singgah toilet sekejap." Mikayla angukkan kepala.

Beg yang diisi dengan buku digalas kemas pada bahu. Mikayla jatuhkan kepala sambil melambai kecil. Sempat juga ditanya sama ada Giselle mahu memesan apa-apa makanan padanya. Hanya jawapan ringkas yang Mikayla terima.

"Macam biasa" . Giselle dan Mikayla berjalan dengan arah yang berlainan. Jalan yang lenggang tanpa pelajar membolehkan Giselle menumpukan perhatian kepada smartphone ditangan. Baru sekarang Giselle sempat meneliti maklumat yang dihantar oleh Mikayla.

Selain menjadi kawan baik, Mikayla juga bertugas menjadi personal assistant merangkap pengurusnya.

"Giselle....." panggil seseorang dari kejauhan.

Giselle hentikan langkah secara drastik. Kepala menoleh ke arah punca suara tersebut. Ada seorang lelaki sedang berlari menerpa ke arahnya. Vincent. Giselle kenal lelaki ini. Salah seorang dari ahli kelasnya.

"Yes, Vincent? What can I help you?" soal Giselle.

Matanya turun naik memandang Vincent yang sedang mencari nafas di depannya. Mungkin kerana penat berlari.

"Dr. Dayyan nak jumpa you dekat bilik dia" Giselle tayang wajah pelik.

Bukan kerana tidak faham apa yang mamat cina di depannya sesang katakan, tapi pelik dengan apa yang baru sahaja didengari oleh telinga sendiri.

"Ada urusan apa dia nak jumpa I?" Giselle masih bingung sendiri.

"I don't know. Tapi dia nak jumpa you. Dia guna bilik lama Dr. Deeyad." Vincent memberi penerangan untuk memudahkan kerja Giselle.

"I kena gerak ni. Ada kelas lagi. Bye, Giselle." Giselle hanya membalas dengan senyum kecil.

Di dalam hati sudah mula merungut kecil. Ada urusan apa sehingga pensyarah baharu itu ingin bertemu dengannya? Dia ada buat salah ke dalam kelas Dr. Deeyad sebelum ni?

Dengan tidak rela, Giselle memanjat tangga menuju ke arah pejabat Dr. Deeyad yang sekarang didiami oleh Dayyan.

Sampai sahaja di depan muka pintu, tangannya naik memberi beberapa ketukan untuk memaklumkan kehadirannya di sini. Mendengar arahan masuk dari dalam, barulah Giselle memulas tombol pintu.

"Ada apa ya Dr. Dayyan nak jumpa saya?" soalnya sebaik sahaja berhenti di hadapan meja kerja Dayyan.

Penampilan Dayyan ditilik untuk kali ke dua pada hari ini. Bezanya seratus lapan puluh darjah dengan yang dalam kelas tadi. Kini rambut yang disikat rapi tadi sudah diserabaikan dan ada juga yang jatuh menutupi dahinya. Tidak dilupakan, kacamata bulat yang berada di atas pangkal hidung itu menambahkan lagi kekacakannya. Nampak gaya ala-ala nerdy badboy gitu.

"Done eye raping me?" teguran itu buatkan Giselle kembali ke alam nyata.

Wajahnya mula membahang sendiri. Kantoi tenung anak teruna orang! Tapi, sekejap. Teruna kah Dr. Dayyan ini? Tidak mungkin lah lelaki sekacak ini tidak berpunya kan? Giselle mengiyakan firasat sendiri.

"Earth to Giselle?" Giselle kejip mata sekali.

Sebal akan diri sendiri yang masih belum mampu memberikan focus sepenuhnya kepada Dayyan.

"Yes Dr? What can i help you with?" senyum platisk ditampal pada bibir sendiri.

"You're not the type to zone out easily. This is not like you at all." santai Dayyan mengajukan komen sendiri.

"Like me? Dr kenal saya ke sebelum mengajar dekat sini?"

Dayyan menyerigai melebarkan senyum sendiri. Soalan inilah yang dirinya nantikan.

"You memang tak kenal i sebenarnya siapa. Tapi i kenal you siapa, Giselle. Or should i call you BLAIR?" terus mengejung sekujur tubuh.

"How did you know that name?" matanya mencerun tajam.

Nada yang Giselle gunakan juga sedikit berbeza dari sebelumnya.

Tidak ada manusia lain selain Mikayla yang tahu identiti dirinya sebagai seorang MMA Fighter kerana Giselle mengenakan topeng muka sewaktu berlawan. Bahkan keluarganya sendiri tidak dapat mengesan perbuatannya. Jadi, bagaimana lelaki di depannya ini boleh tahu akan identiti itu? Musykil.

"I got my own ways." Dayyan sandarkan badan ke kepala kerusi.

Kacamata yang dipakai ditanggalkan.

"What do you want from me?" Giselle sudah silangkan tangan ke dada.

Ekspresi wajahnya cuba dikawal sehabis baik supaya kelihatan neutral di hadapan Dayyan. Mana tahu jika lelaki ini hanya ingin mengujinya sahaja. Tetapi kalau Giselle tersilap ambil Langkah di depan Dayyan, siapa tahu apa yang akan berlaku? Lagipula Dayyan menggenggam rahsia terbesarnya saat ini.

"Nothing in particular, hun." Dayyan ubah posisi duduknya menjadi berdiri.

Kaki panjang itu mengatur tapak ke arah Giselle sehingga Dayyan betul-betul berhenti di hadapan gadis itu. Giselle pasakkan kaki ke bumi tanpa rasa gentar. Renungannya semakin menggamit Dayyan untuk mendekat. Perbezaan tinggi mereka yang tidak terlalu ketara memudahkan Giselle untuk memandang tepat ke arah wajah kacak milik Dayyan.

Tak boleh nak menafikan kekacakan makhluk yang satu ini. Pasti Tuhan mengambil masa yang lama untuk menjadikan Dayyan sesempurna ini kan?

"I just need to confirm that you shared the same name as BLAIR." bauan cologne yang dipakai oleh Dayyan meruap-ruap masuk ke dalam rongga hidung Giselle.

Bau yang tidak terlalu kuat namun sangat sepadan dengan aura Dayyan. Gatal sahaja mulut Giselle ingin betanya tentang cologne apa yang Dayyan gunakan.

"So now, Dr. dah tahu saya ni BLAIR. Dr. nak buat apa?"

Lama Dayyan memandang segenap wajah Giselle. Diteliti dan diamati secara terperinci setiap satu bahagian dari wajah gadis itu di dalam kotak memorinya.

Sepatah pun perkataan tidak meluncur keluar dari mulut lelaki itu. Hanya matanya sahaja yang sedang bekerja saat ini. Giselle tegup liur. Mengapa suasana antara mereka terasa tegang? Pandangan redup daripada Dayyan buatkan perut Giselle rasa sesuatu.

"Nothing. You may go now. Sekarang tengah break kan? Pergilah makan." nafas yang tertahan tadi akhirnya dihembus perlahan selepas Dayyan melarikan pandangan ke arah lain.

Boleh mati semput Giselle dengan perbuatan pelik Dayyan ini. Panahan mata lelaki itu bagikan magnet yang mampu menarik Giselle untukmtenggelam di dalamnya.

"No! I'll not leave this place selagi Dr. tak buat perjanjian dengan saya." Dayyan kerutkan kening sendiri.

Perjanjian?

"Dr. kena berjanji yang Dr. tak akan bagitahu sesiapa tentang identiti saya sebagai BLAIR"

"Or else what?" sengaja Dayyan menguji.

Giselle ketap bibir sendiri. Lelaki macam Dayyan ni bukan jenis yang mudah untuk dibawa bincang. Dan Giselle tahu itu. Kalau Dayyan mahu bermain dengan api, tidak mengapa. Giselle sedia menjadi minyak yang akan memarakkan lagi api tersebut. Giselle menapak satu langkah ke hadapan. Jaraknya kini tinggal hanya beberapa centimeter sahaja dari tubuh kekar Dayyan.

Tali leher Dayyan disentuh lalu direntap kuat sehingga wajah Dayyan sejajar dengan wajahnya. Kedudukan yag terlalu dekat seperti ini membuatkan hidung mereka berlaga. Giselle senyum senget selepas melihat reaksi Dayyan.

Membulat terus mata Dayyan. Tidak menyangka Giselle akan bertindak sebegini rupa terhadapnya. Wajah garang milik Giselle ditenung dengan perasaan sedikit gerun. Ini bukan Giselle. Ini BLAIR. Liurnya ditegup payah.

Giselle berdehem sekali untuk mengalihkan perhatian Dayyan. Tindakannya memang gila. Tapi apa boleh buat? Tangan Giselle sudah terlajak bertindak. Tidak guna kalau nak menyesal dan berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku. Aura MMA fighter miliknya terlebih dahulu menjalankan tugas tanpa dipinta saat diri terasa diancam.

"Listen here carefully, Mr. Dayyan. Kalau rahsia I sebagai BLAIR bocor dekat orang lain, I'll not hestitate to wipe out that sexy smirk of yours with my own hand." ancamnya garang.

Dayyan semakin menyunggingkan senyuman dibibirnya. Did he hear it right? His Hun's calling him sexy? Damn.

Momen intens mereka habis begitu sahaja saat Giselle melepaskan cengkaman pada tali leher yang dipakai oleh Dayyan. Jari-jemari halusnya membetulkan semula kedudukan tali leher Dayyan. Namun sengaja Giselle longgarkan tali leher tersebut. Dari tempatnya berdiri, dapat Giselle lihat halkum Dayyan yang bergerak-gerak sendiri.

Giselle senyum dengan penuh kemenangan. Well, maybe she can tame him using her charm after all?

"Bye Dr. Dayyan." Giselle melambai kecil sebelum menutup pintu pejabat Dayyan.

Dayyan terus raup wajah sendiri. Hampir sahaja dirinya hilang kawalan akibat tindakan berani mati Giselle sebentar tadi.

"Damn it, hun! You're too sassy and too sexy too handle." gumamnya sedikit sebal.

"Sabar Dayyan. Belum waktu lagi. Tak apa nanti kita balas balik." hatinya diurut perlahan untuk menenangkan diri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CARITAS [TERBIT]Where stories live. Discover now