BAB 1

81 10 0
                                    

"GISELLE Caitlyn Sophia." kaki terus berhenti melangkah sebaik sahaja namanya diseru dengan nada barington milik si ayah.

"Yes baba?" soalnya malas.

Mata masih lagi memandang ke arah pintu rumah yang sudah terbuka luas. Tidak sabar ingin melangkah keluar dari rumah ini.

"Balik pukul berapa semalam?" Giselle hanya diam tidak menjawab.

"Kamu jangan buat macam rumah  ni hotel untuk kamu, Giselle. Ingat sikit. Kamu tu perempuan. Tak elok balik lewat malam. Entah apa-apa lah yang kamu buat dekat luar sana." lantang si ayah menegur dari meja makan tanpa memandang ke arahnya.

"Cuba jadi macam kakak kamu sikit. Elok aje duduk dekat rumah. Dengar cakap,jadi anak yang baik. Bukan macam kamu. Menyusahkan! Degil. Asyik nak memberontak tak trntu pasal."
Giselle genggam kuat tali beg yang digalas. Bibirnya diketap kuat. Tak habis-habis nak banggakan anak sulungnya itu.

Kaki kembali melangkah untuk meninggalkan rumah keluarganya. Kereta mini cooper yang selalu dibawa ke mana-mana didekati. Pintu kereta dihempas kuat selepas badan dibolos masuk ke dalam.

"Tak habis-habis nak tatang pelakon tu! Kalau lah kau tahu apa dia buat belakang kau, nak lagi ke kau tatang dan banggakan dia?" amarahnya cuba dikawal.

Semakin hari semakin besar perasan bencinya pada si kakak kandung. Tiara Amisha Khalilah. Dia lah anak kesayangan yang dibanggakan oleh semua orang dan selalu disayangi. Sedangkan Giselle? Dianggap sebagai pembawa sial di dalam keluarga. Hanya Tiara yang selalu mendapat kasih sayang daripada keluarga dan bukannya Giselle.

Hanya kerana cara hidup mereka yang berbeza.

Tiara sentiasa disayangi kerana pemakaiannya yang sentiasa menutup aurat malah tutur kata dan lenggang lenggoknya sentiasa kelihatan ayu dimata semua orang. Berbeza dengan Giselle yang pakaiannya masih terdedah sana-sini, bicara yang tegas sehingga kadang dikatakan kasar dan tidak berhati budi.

Kerana itu orang luar menganggapnya perempuan murahan di dalam keluarga ini. Perempuan yang sentiasa akan mencalarkan nama keluarga. Setidaknya, Giselle tidak bertalam dua muka. Membiarkan manusia menganggapnya mulia padahal di belakang tabir?

Giselle tertawa mengejek di dalam hati. Biarlah dia pegang rahsia Tiara yang satu itu sehingga tiba masa yang sesuai untuk dibongkarkan.

Untuk sekarang, Giselle akan membiarkan dirinya dicemuh oleh orang sekeliling. Lagipun, cemuhan itu bagaikan sudah lali pada pendengarannya. Mahu ubah pandangan manusia kepada dirinya? Bukan satu perkara yang mudah. Kerana itu Giselle memilih untuk memendam dan menghadam semuanya senidri dalam diam. Walaupun sedikit sebanyak perkara itu menghancurkan hati dan mentalnya.




TEMPAT duduk yang selalu menjadi pilihannya di dalam dewan kuliah didekati. Senyum kecil dilorek apabila melihat sahabat sehidup sematinya sudah terlebih dahulu tiba. Namun senyuman itu memudar selepas terperasankan wajah monyok di wajah cantik itu.

"Hoi, kau kenapa ni Kayla?" bahu si gadis ditolak perlahan.

Mikayla Nahaira memandang Giselle yang duduk disebelahnya.

"Aku sedih lah." adunya.

Giselle masih lagi setia mendengar walaupun tangannya sedang mengeluarkan Ipad dari beg sandang yang dibawa.

"Dr. Deeyad dah tak ajar kita." sayu sahaja suaranya meluahkan rasa.

"Kenapa tiba-tiba?" Giselle yang mulanya tidak mahu mengambil kisah akhirnya menjadi penasaran.

Bukannya apa. Dr. Deeyad itu salah satu pensyarah kegemarannya. Salah satu manusia yang senang untuk diajak bawa berbincang kerana sifatnya yang tebuka.

"Tak tahu. Tapi diorang cakap Dr. Deeyad ambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan." aju Mikayla lagi.

"Siapa yang ganti ajar kelas kita lepasni?" kali ini Mikayla angkat bahu tanda dia sendiri tidak tahu.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, yang disebut-sebut akhirnya muncul. Kini semua mata para pelajar yang berada di dalam dewan kuliah tertumpu pada pintu utama dewan kuliah. Menanti dengan penuh sabar siapa gerangan yang akan muncul untuk menjadi pensyarah ganti kepada Dr. Deeyad mereka.

Seorang lelaki yang segak mengenakan kemeja berwarna putih dengan seluar slack bewarna hitam melangkah masuk. Tie bewarna hitam yang meliliti leher lelaki itu menambahkan lagi aura karismanya.  Lengan kemeja juga dilipat sehingga ke paras siku. Dibahunya ada sebuah beg galas berjenama adidas bewarna hitam.

Kakinya melangkah mendekati pentas kecil yang berada di hadapan dewan. Barang-barangnya diletakkan ke atas meja yang disediakan. Microphone dicapai lalu badannya dipusing menghadap seisi dewan. Punggung disandarkan ke meja.

"So...Hello?" gemersik suara seraknya bersenandung di telinga para pelajar.

Pelajar perempuan yang berada di dalam dewan itu mula berbisik-bisik sesama sendiri.

"Kalau dia yang ganti Dr. Deeyad, sumpah aku tak kisah." bisik Mikayla kepada Giselle.

Giselle hanya buat tidak endah. Dagunya ditongkat menggunakan tangan sendiri.

Pandangan masih terhala kepada pensyarah baharunya itu. Entah mengapa Giselle rasa seperti pernah melihat wajah pensyarah baharunya di suatu tempat.

"My name is Dayyan. You guys can call me Dr. Dayyan. As you know, I akan gantikan tempat Dr. Deeyad and ajar korang petrochemistry sampailah Dr. Deeyad dah boleh masuk megajar balik. Any question?"

Seluruh isi kelas dipandangnya sehingga mata hitam pekat itu terhenti pada seseorang. Pandangannya bertemu dengan pandangan Giselle. Bibirnya mula mempamerkan senyum senget.

Found you!

Giselle yang perasan akan pandangan Dayyan ke arahnya mengerutkan kening sendiri. Yakin dan sangat pasti Giselle pernah melihat wajah ini. Tapi di mana?!

Giselle berdecit kecil. Susah jadi manusia yang punya short term memories ni!

CARITAS [TERBIT]Where stories live. Discover now