Seputung rokok yang berada pada celah jari telunjuk dan jari hantu dibawa naik dan dihisap. Hembusan asap yang tebal keluar daripada mulut dan hidungnya. Satu kepuasan buat dirinya apabila dapat merokok. Satu hari sahaja sudah berkotak-kotak. Belum lagi sebulan.
Putung rokok dilenyekkan pada kepingan gambar yang menampakkan muka Faleq sewaktu dia berada di hospital. Dia memejam mata rapat sambil menghela nafas panjang. Wajahnya didongakkan sesaat sebelum dia membuka mata.
Punggungnya diangkat daripada duduk di atas meja. Langkahnya perlahan mendekatkan diri dengan dua ekor anjing yang sedang melutut di hadapan dirinya.
Dua-dua kepala lutut menyentuh lantai. Wajah yang penuh sinis terukir. Jari telunjuk mengangkat wajah Zihad daripada terus menunduk."Kau kata, kau dah tikam dia berkali-kali. Tapi asal dia tak mati lagi?" Soal Zam. Halus saja suaranya. Wajah Zihad dipandang Hamdan. Posisinya sama seperti anak itu.
Kedua-dua tangan diikat ke belakang dengan dawai."Betul. Aku dah tikam dia. Dalam. Tapi aku tak tahu kenapa dia masih lagi boleh hidup." Tuturnya, gementar. Dengan beraninya dia memandang tepat ke dalam kornea milik Zam.
"Itulah yang aku tanya kau! Kau buat kerja tak betul-betul! Patut malam tu aku siat-siat kulit kau. Lepas itu bagi anjing-anjing aku makan. Makan besar diaorang kalau macam tu!" Jerkah Zam. Kepala lututnya menumbuk perut Zihad, kuat sehingga termuntah darah.
"Zam! Jangan pukul anak aku. Kalau kau nak pukul juga, pukullah aku. Aku ni dah tua. Tak apa. Pukul saja aku. Kalau aku kena mati, aku sanggup." Pintanya. Tidak sanggup melihat anaknya merintih kesakitan.
Zam tersenyum sinis. Kini, dia beralih pada Hamdan.
"Betul ni? Kau tak kesah? Kalau kau mati depan anak kau pun, kau masih tak kesah?"
Terkulat-kulat Hamdan mengangguk. Biarlah dia yang kena pukul, belasah dan dibunuh. Janganlah anaknya.
"Baiklah. Kau yang minta. Aku ikutkan aje." Sepucuk pistol yang diisi dengan peluru dikeluarkan daripada poket belakang seluarnya. Muncung pistol itu diletakkan pada dahi Hamdan. Picu ditarik dan satu das dilepaskan.
Boom!
Kepalanya bergegar. Tidak rasa apa-apa melainkan kasih sayang seorang bapa kepada anaknya. Bukan setitik darah yang keluar tetapi beribu titisan yang mengalir jatuh ke wajahnya. Tubuhnya rebah. Jatuh terlentang dengan ikatan tangan yang masih ketat. Dawai yang mengikat tangan itu melukakan pergelangan tangan mereka. Melihat arwah Hamdan di sebelahnya telah menyebabkan dia untuk memendam satu perasaan dendam yang amat dalam kepada Zam.
Anak mata menjegil tajam. Kalau boleh sekarang ini juga Zihad mahu membunuh Zam seperti mana dia telah membunuh ayahnya.
"Asal kau pandang aku macam tu? Bapa kau yang minta dibunuh. Aku ikut aje arahan dia. Sayang betul dia pada kau, Zihad. Sanggup mati demi anak. Tapi anak dia? Ish, ish." Cemuhnya dengan penuh sindiran. Dia ketawa besar dalam kejahatan sambil berjalan ke hulu dan ke hilir.
"Eh, Zihad. Apa kata kau jadi anjing peliharaan aku? Kau boleh hidup senang. Dan bila aku ambil alih tempat Faleq, kau akan jadi pembantu aku. Amacam? Nak?" Pelawa Zam sambil tersenyum senget.
Mata Zihad mengecil. Masih merenung kornea Zam dalam. Dia ingat dia akan setuju ke lepas apa yang dia buat pada ayahnya?
"Encik Faleq. Awak dah boleh discharge" Kata Doktor Zul.
Faleq masih duduk di atas katil. Posisinya dalam keadaan bersila sambil melihat ke ruang pintu gelangsar bilik VVIP itu. Matanya macam mencari orang lain yang akan tiba di ruang pintu.
"Encik Faleq?" Tegur Doktor Zul. Dia pun turut melihat di belakangnya. Ada hantu ke?
"Mana doktor perempuan tu? Yang bedah aku."

ANDA SEDANG MEMBACA
Faleq Nisrina [HIATUS]
Romance"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...