Nafas dihembus keluar selepas motor terakhir yang perlu di baiki sudah selesai di baiki. Tepat pada pukul sembilan malam. Segala sepana disimpan kembali didalam tool box lalu di tutup rapat.
Nasiblah si owner motor ini faham yang diaorang tengah kekurangan orang untuk handle semua kerja. Dan si owner pun akan datang esok pagi untuk ambil motornya.
" Dah? " Damian menegur. Saja mahu memastikan yang gadis itu sudah siap membuat kerjanya sebelum dia pergi meninggalkan bengkel itu.
Irina mengangguk. " Dah. Kau orang dah? " Dia berbalik bertanya. Sambil itu badan di regangkan untuk menghilangkan rasa pegal yang amat. Hari-hari macam ini, matilah dia.
" Lima puluh persen dah, lima puluh persen lagi kitaorang sambung esok sebab Dom dengan aku ada benda nak diurus " Damian memberitahu. Irina kembali mengangguk faham, matanya kini terarah pada Domani yang sedang menyusun segala peralatan yang mereka gunakan tadi keatas rak.
" Harith mana? " Walaupun dia sudah tahu dimana gerangan lelaki itu berada, dia tetap saja bertanya. Kini matanya dialihkan pada pintu kaca yang tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia pasti, lelaki itu ada di balik pintu kaca itu entah buat apa dia pun tak tahu.
" Ada dalam bilik kerja dia. " Balas Damian. Begnya dicapai lalu di galas pada bahu.
" Aku balik dulu. Jumpa esok " Irina mengangguk. Bahu gadis itu di tepuk perlahan sebelum dia melangkah keluar dari bengkel itu diikuti Domani. Biasanya dia yang akan tutup bengkel, tapi memandangkan Harith masih ada, jadi dia tidak perlu menutup bengkel itu.
" Kak Rina, kitaorang balik dulu. Akak pun jangan balik lewat sangat " Domani pula menegur. Tangannya dilambai kearah Irina. Sekali lagi, Irina hanya mengangguk. Mata masih melekat pada dua beradik itu.
Selepas matanya tidak lagi melihat dua susuk itu, dia terus mengatur langkah menuju bilik kerja Harith, diketuk sekali sebelum dia memulas tombol pintu. Kepala menjenguk masuk terlebih dulu. Mata melilau kesegenap ruangan mencari kelibat lelaki itu tapi sunyi, tiada Harith didalamnya. Pintu kembali di tutup.
Kemanakah agaknya lelaki itu? Biasanya ada saja lepak dalam bilik kerja dia sambil tunggu budak-budak dia habiskan kerja. Kalau keluar pun, mesti dah bagitahu Damian awal-awal.
" Rith! " Nyaring suara Irina memecahkan kesunyian di ruangan itu. Keluhan dilepaskan lalu duduk dan sandarkan kepalanya pada dinding selepas memastikan motor lelaki itu masih ter-parking elok diluar.
Nak main sorok-sorok pula laki sekor ini! Sudahlah dia penat. Perlukah dia cari sampai ke belakang? Tak perlu rasanya. Tapi kalau dia tak jumpa lelaki itu, tak balik lah dia jawabnya. Dia manalah ada kunci bengkel ni.
Dengan penuh terpaksa dia kembali bangkit dari duduknya. Kaki dihayun kearah ruangan belakang bengkel untuk mencari Harith. Tapi sama, tetap tidak ada.
Dalam masa masih mencari, tiba-tiba dia terdengar suara motor seseorang yang baru tiba di bengkel itu. Siapa? Customer? Air liur di telan perit sebelum berlari kecil kearah depan.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫𝐢𝐭𝐞 | 𝐎𝐆
Action𝑯𝒊𝒔 𝑭𝒂𝒗𝒐𝒖𝒓𝒊𝒕𝒆✦ 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚 𝐑𝐚𝐢𝐝 𝐌𝐢𝐜𝐡𝐚- Itulah nama si lelaki yang suka memberi pinjaman wang kepada orang-orang yang memerlukan. Kekayaan yang dia ada cukup dia gunakan dengan sebaik mungkin. Sekilas kedengaran seper...