Seperti hari pada umumnya, Irina akan tiba di bengkel tepat pada pukul lapan pagi. Tiba saja di bengkel dia akan mengenakan pakaian khas sebelum mula memperbaiki motor disitu. Tingkap dan semua pintu di biar terbuka luas.
Hari ini kerja tidak begitu banyak, hanya ada dua motor yang perlu dia tukar coverset nya. Adapun motor lain yang perlu tukar tayar dan masalah enjin, Damian dan Domani yang akan bertanggungjawab.
Satu persatu skru di tanggalkan dari motor. Apabila dia hendak menanggalkan skru terakhir, tiba-tiba sepasang tangan menutup matanya dari belakang.
Dengusan penuh geram dilepaskan. " Harith, kau nak aku ulang berapa ribu kali. Jangan sentuh muka aku! " Ucapnya geram.
Tiada respon dari si empunya tangan, malah tangannya semakin erat menutup mata Irina tatkala gadis itu cuba menepis tangannya.
" Kau tak nampak aku pegang apa sekarang ni? Kau tak takut aku cucuk kau guna benda alah ni ke, Rith " Ucap Irina berbaur ancaman. Screwdriver yang dia genggam itu di gerak gerakan ke udara. Nak bagi tengok dengan jelas, kut-kut lah lelaki itu tak nampak.
Telan liur juga si empunya tangan semasa melihat screwdriver itu, tapi itu tidak menghentikan perbuatan nya, tangan masih setia melekap pada kelopak mata Irina.
" Sudahlah weh, aku nak buat kerja ni " Sebelah tangannya yang tidak memegang apa-apa itu cuba untuk menarik tangan yang menutup matanya dengan sekuat tenaga. Tapi hampeh.. kudrat lelaki, tak sama dengan perempuan.
" Surprise! " Sergah Kai selepas melepaskan tangannya dari terus menutup mata gadis itu. Kepalanya juga mengintai riak gadis itu dari sisi kanan Irina dengan senyuman manisnya.
" Hm? Awam dah sihat dah? " Irina menyoal. Kagetnya usah dikata. Betul-betul terkejut dengan kemunculan lelaki yang sedang memperbaiki duduk di sebelahnya itu.
" Mestilah, saya kan JANTAN! mana boleh sakit lama-lama " Kuat suaranya menekankan perkataan jantan itu.
Yelah tu! Tak boleh sakit lama-lama konon! Hampir tiga minggu juga terbaring atas katil tu!
" Syukurlah " Ucap Irina penuh kelegaan.
" Err ni, saya ingat Harith tadi, sikit lagi nak cucuk dia guna benda ni " Sambung Irina lalu ketawa kecil. Untunglah juga lelaki itu tarik cepat tangan dia, kalau tak, memang dah kena lah jawabnya. Taklah, gurau aje. Nak bunuh anak orang ke main cucuk cucuk ni!
" Banyak lagi ke kerja tu? " Kai menyoal selepas Irina kembali menyambung kerjanya.
" Ya, kenapa? Nak tolong? " Laju Kai mengangguk. Sebenarnya dia pun ada banyak kerja nak buat, tapi biar dia tolong gadis itu terlebih dulu. Lagipun dia dah rindu, lima hari tak jumpa selepas gadis itu menjenguk nya tempoh hari.
" Tolong aku tukar coverset motor tu " Mulut memuncung seolah sedang menunjuk kearah motor 125 yang elok ter-parkir di hujung ruangan bengkel itu.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫𝐢𝐭𝐞 | 𝐎𝐆
Action𝑯𝒊𝒔 𝑭𝒂𝒗𝒐𝒖𝒓𝒊𝒕𝒆✦ 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚 𝐑𝐚𝐢𝐝 𝐌𝐢𝐜𝐡𝐚- Itulah nama si lelaki yang suka memberi pinjaman wang kepada orang-orang yang memerlukan. Kekayaan yang dia ada cukup dia gunakan dengan sebaik mungkin. Sekilas kedengaran seper...