Lima tahun lalu...
Usai akad nikah. Jejaka itu menapak masuk di dalam bilik sang isteri dengan menghela nafas panjang. Dia sudah fikir masak-masak. Semua ini dia lakukan demi masa depan mereka. Ia duduk di atas katil dan menentang tatapan tajam itu dengan raut wajah yang tenang.
"Anggerik, saya nak hak sebagai suami malam ini." Lancar suara Shazrin Ammar berkata.
Bunga Anggerik Nathalia senyum sinis. Dia sudah agak. Lelaki kan?
"Aku dah agak, kau sama saja macam lelaki lain. Pantang nampak ikan depan mata." Kata Bunga Anggerik Nathalia pula dengan sinis.
Shazrin Ammar hanya mengukir senyum. Dia mengelus lembut pipi sang isteri. Biarlah dia di anggap buruk. Kerana hanya dia sahaja tahu niatnya melakukan semua ini.
"Saya buat semua ini bersebab. Suatu hari nanti, awak akan faham. Sebab, cinta dan sayang saya dekat awak ikhlas tanpa batas." Katanya lagi.
Namun, sang isteri mencebik.
"Ceh alasan sampah. Kau takkan
pernah dapat hati aku Shaz, takkan." Kata Anggerik angkuh.Walhal, di waktu yang akan datang. Kita tidak akan pernah mengetahui hati itu bisa di bolak balikkan jika Allah berkehendak.
"Abang..." Bunga Anggerik Nathalia memandang sang suami bersama mata yang berkaca-kaca.
Shazrin Ammar pula mengangguk seraya tersenyum.
"Fatimah Zahra binti Shazrin Ammar. Anak kita." Katanya lalu tersenyum manis.
Dan, setelah lima tahun. Barulah Bunga Anggerik Nathalia mengerti mengapa sang suami selalu mempertahankan Fatimah Zahra. Kerana si kecil itu adalah anaknya yang sungguh.
"Ya Allah abang, kenapa abang baik sangat?" katanya lagi lalu memeluk tubuh sasa itu bersama tangisan kecil.
Shazrin Ammar senyum.
"Bila kita cintakan seseorang. Kita sanggup lakukan apa saja. Abang, bukan seorang lelaki yang baik kesayangan. Abang pun seperti orang lain. Punya, banyak kekurangan tetapi di tutupi dengan kelebihan yang abang ada." Bisiknya kepada Anggerik.
Bunga Anggerik Nathalia memeluk erat tubuh itu. Ya, ini susuk lelaki yang pernah dia benci sepenuh hati. Lelaki ini juga yang berjaya membuatkan ia percaya bahawa cinta sejati itu wujud.
Ya, dia lelaki hebat itu Shazrin Ammar.
"Abang, bila Anggerik boleh balik? bosanlah." Soalnya bersama senyuman.
Shazrin Ammar mencuit hidung sang isteri.
"Petang ini kesayangan abah dah boleh keluar." Jawabnya pula.
Bunga Anggerik Nathalia mengangguk lalu kepalanya jatuh di dada bidang milik Shazrin Ammar. Jika dulu, dia takut untuk jatuh cinta lagi. Namun, kali ini dia tewas dengan sumpahannya sendiri.
Definisi, He fell first and she fell hardest itu memang wujud seperti kisah mereka.
"Abang, Anggerik takut kalau Alex kacau keluarga kita." Katanya dengan tiba-tiba.
Shazrin Ammar senyum manis.
"Kesayangan abang tak perlu rasa takut. Sebab, abang dah beli syarikat mereka. Abang akan pastikan takkan ada lagi orang yang akan kacau kebahagiaan kita termasuk adik-adik abang. Betul kata, kesayangan. Fiq perlu belajar dari kesilapannya sendiri. Tak selamanya abang perlu pertahankan dia." Kata Shazrin Ammar pula dengan panjang lebar.
YOU ARE READING
SYARAT BAHAGIA | UN-EDITTED
Romance[BOOK I] Dia wanita terakhir milik, Shazrin Ammar. Sehina itukah seorang manusia yang tiada sebarang pendidikan di mata seorang Bunga Anggerik Nathalia? "Aku tahulah kau ni bodoh sebab tak sekolah. Tapi, takkanlah membaca pun kau tak pandai? Benda...