BAB 4

168 20 0
                                    

AKU kini berada di rumah Edlan. Nak maklumkan apa yang terjadi semalam. Kebiasaannya kalau kami semua berada dalam keadaan bahaya, Edlan pasti akan bersuara menggunakan AI. Edlan memang letakkan AI pada setiap kereta kami. Tapi semalam, pelik pula dan kebiasaannya Edlan akan tidur lambat. 

Tak apalah, penatkan jaga anak. Kaki menggorak langkah masuk ke dalam rumah. 

"Assalammualikum." Aku memberi salam. Aik, sunyi semacam je. Mana pergi semua orang? 

Biasanya Luthfi, Luthfan dan Saif ada dekat ruang tamu tapi kali ni tak ada pun. 

"Waalaikummussalam, eh. Jibril. Bila sampai?" Soal Sofea yang datang dari dapur. Hanya senyuman kecil aku hadiah padanya. Entah kenapa sekarang setiap kali Sofea ada di depan aku, aku rasa. . tenang. 

"Baru je sampai. Mana yang lain?" Soalku sambil anak mata meliar melihat kawasan sekeliling. 

"Yang la—"

"Yahoo!" Jerit Saif dari dapur sambil lari membawa air kotak dan masuk ke dalam bilik karoake. Sofea memejam matanya sebelum nafas pasrah dikeluh. 

"Yang lain-lain," balasnya sambil menunding jari ke arah Saif yang sudah masuk ke dalam bilik karoake. Aku hanya melepaskan tawa kecil. Sofea dah macam ibu jaga tiga orang anak. Saif, Luthfi dan Luthfan. 

"Ini mesti Edlan tak ada dekat rumahkan?" Sofea menganggukkan kepalanya dalam keadan pasrah. Sekali lagi tawa kecilku pecah. Masa Edlan tak ada dekat rumah je dia orang semua ni berani buat rumah bos macam rumah sendiri. 

"Masuklah," pelawa Sofea. Aku hanya turuti arahannya sebelum tangan menutup pintu rumah. 

"Edlan , Haura dengan Hayyan pergi mana?" Soalku. 

"Dia orang bertiga pergi ikut Edlan ke pejabat. Ada urusan katanya. Lepas tu, Haura nak pergi beli barang dapur sekali," tutur Sofea. Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham. 

"Aku masuk bilik karoake dululah sementara tunggu Edlan sampai. Duduk dengan budak-budak tu sekejap,

"Are you sure? Aku tak rasa kau akan bertahan lama dalam tu," balas Sofea. Sofea dah sedia maklum aku memang tak suka tempat bising. Aku mengeluh nafas pasrah. 

"Doakan," jawabku sepatah. Terus pecah tawa Sofea mendengar apa yang keluar daripada mulut aku sebelum dia mengangkat jari 'okay' ke arah aku. 

Belum sempat aku ingin buka pintu bilik ini, Sofea terlebih dahulu memanggil aku. 

"Jib," Aku terus memusingkan kepala ke arah dia. Sebelah kening terjongket ke atas. 

"Kau. . .Okay?" Soal Sofea. Aku hanya menayangkan senyuman hambar sebelum kepala dianggukkan. 

Sofea hanya tersenyum kecil tapi dapat aku tafsir apa yang ada di balik senyuman itu. Sofea risaukan fasal aku. 

"Aku okay. Jangan risau aku tak akan mungkir janji kita. Kalau ada apa-apa jadi, aku akan bagi tahu pada kau," balasku. Kali ini senyuman lega yang terukir di bibir Sofea sebelum kepala dianggukkan tanda faham. 

"Apa-apa cari aku dekat dapur." Aku hanya menganggukkan kepala sebagai tanda faham. 

Perlahan-lahan pintu bilik karoeke ini aku tolak sebelum—

"Aku capek yang!" Luthfi sedang menyanyi menggunakan microphone.

"Aku capek yang!" Giliran Saif pula yang sambung menyanyi liriknya dan menunding jari ke arah Luthfan. 

"Kalau hubungan kita hanya sandiwara," sambung Luthfan. Terbuntang mata aku melihatkan Luthfan yang tak ada perasaan berkaroake sekali. Luthfan kini menunding jari ke arah Luthfi. 

"Aku capek yang!" Luthfi menunding jari ke arah Saif sekali lagi. 

"Aku capek yang!" Saif menyanyikan bahagiannya sekali lagi. 

"Lebih baik kita berpisah saja~~~" Kini mereka bertiga menyanyikan lirik ini bersama-sama. 

"Pergi pagi pulang selalu larut malam." Giliran Luthfi kembali bernyanyi dengan penuh gaya. 

"Alasanmu selalu itu-itu saja," Saif menyambung pula liriknya. 

"Kamu sering bilang tugas di luar kota," Luthfan bernyanyi dengan penuh semangat. 

"Jujur saja kalau ada yang kedua!" Serentak mereka bernyanyi dengan nada yang kuat sebelum tubuh menari mengikut rentak. 

Ya Allah, berilah mereka petunjuk ke jalan yang benar. Memang runtuhlah rumah ini lama-lama. Dengan cepat aku tutup pintu bilik ini sebelum mereka sedar akan kehadiran aku. Tubuh dipusingkan ke arah ruang tamu sebelum—

"Mak kau!" Latahku. Terkejut dek kerana Sofea yang berdiri tak jauh dari aku sambil kedua tangan memeluk tubuh sambil menahan tawa di bibir. 

Aku mengeluh nafas pasrah. 

"Ketawa je lah. Jangan tahan." Terus pecah tawa Sofea melihat muka aku yang pasrah dengan mereka bertiga yang ada di dalam bilik. 

"Aku dah agak kau takkan masuk pun, sebab tu dari tadi aku tunggu kat sini. Tak pergi dapur pun," balas Sofea. Aku hanya keluh nafas berat tanda pasrah. 

"Bising sangat. Nak pecah gegendang telinga aku," balasku. Sofea hanya mampu ketawa kecil sebelum kepala dianggukkan tanda faham. 

"Jom pergi dapur. Teman aku," cadang Sofea. Aku hanya menganggukkan kepala tanda setuju. 

His SacrificeWhere stories live. Discover now