Pandangan aku dan Sofea saling menikam antara satu sama lain. Mata-mata yang memandang kami di dalam bilik ini, langsung aku tak hiraukan.
"Kau tahu tak kau tengah buat apa ni Jibril Fayyadh?" Tegang suara Sofea. Aku hanya mendiamkan diri langsung tak ada niat untuk jawab persoalannya.
"Sabar Sofea. Bawa bertenang, bawa berbincang," celah suara Haura sambil menggosok perlahan belakang tubuh Sofea.
"Apa jadi ini?" Soal Edlan turut memcahkan heningan sunyi di dalam bilik ini. Pandangan maut Sofea yang diberikan pada aku, aku tatap dengan penuh perasaan.
Ya Allah, permudahkah segalanya.
"Kau tanyalah sahabat baik kau ni," balas Sofea. Mendatar suaranya. Jelas dia sangat marah dengan tindakkan aku yang terburu-buru.
"Apa kau buat Jibril?" Soal Edlan ingin tahu. Anak mataku kini beralih pada wajah Edlan. Wajah Edlan aku hanya tatap dengan pandangan kosong. Soalan yang ditanya, aku biarkan tergantung tak bertali tanpa jawapan.
Anak mata kini beralih semula menatap wajah Sofea. Jelas dengan dua bola mata aku sendiri, buat pertama kali, Sofea menangis.
Dia. . .
Dia menangis sebab aku?
"Jawab Jibril Fayyadh!" Naik seoktaf nada Sofea. Terhinjut badan aku dan Edlan dek kerana terkejut dengan suaranya. Empangan air matanya kini pecah berjurai.
"Sabar kak," Saif cuba menenangkan kakanya.
"So. . .Sofea," Setapak aku melangkah ke arahnya.
Setapak dia melangkah ke belakang.
"Jangan dekat dengan aku sampai kau beritahu Edlan apa yang kau buat petang tadi," balasnya. Haura masih utuh memegang tubuhnya dari tepi.
Ke. . .Kenapa hati aku mula terasa sakit melihat tangisan Sofea? Aku. . .Aku tak suka dia menangis fasal aku.
"Apa dia? Apa yang kau buat petang tadi Jibril?" Soal Edlan. Luthfi dan Luthfan turut mendekat kami berdua.
"Apa kau buat ini bang?" Serentak soalan yang keluar daripada mulut Luthfi dan Luthfan.
"Aku. . .Aku pergi berjumpa dengan ahli TDTS,"
YOU ARE READING
His Sacrifice
AcciónSlow update Seorang lelaki yang bernama Jibril Fayyadh mempunyai kisah silam yang tak mampu diterima oleh sesiapa pun. Cukup jahilkah dia di masa lalu? Ya. Bagi dia, dirinya terlalu jijik untuk dipandang oleh semua orang. Dia sangat berterima kas...