B A B 9

1.7K 154 7
                                    









         HADID terhenyak di hujung katil Alana di tangan memegang sekeping kertas A4 yang penuh bertulisan. Kenapa waktu Alana tak ada, dia perlu jumpa surat ini di dalam laci Alana? Boleh jadi Alana pergi sebab nak menjauhkan diri daripadanya.

Allah...

Queen,

Aku minta maaf di atas segala benda yang aku pernah ambil daripada kau. Halalkan semuanya. Aku sayangkan kau dunia akhirat Queen. Tak pernah wujud sahabat sejati seperti kau dalam hidup aku. Kau dah macam darah daging aku sendiri Queen.

Queen, aku tahu aku dah rampas Hadid dari kau. Aku minta maaf dan akan tetap minta maaf pada kau Queen. Aku ambil jalan mudah. Hanya sebab aku tahu kau akan mengalah dengan aku dalam semua benda, jadi kau sanggup korbankan perasaan kau demi aku juga Queen.

Bila aku dah tiada nanti, aku nak kau bahagiakan Hadid semula. Waktu tu, Hadid dah jadi milik kau sepenuhnya. Pastikan Hadid bahagia dan tolong jaga anak kita juga ya? Aku minta tolong sangat pada kau. Aku taknak anak kita kurang kasih sayang semua orang. Jangan fikirkan aku lagi lepasni. Aku nak kau bahagia dengan Hadid. Dah tiba masanya aku pulangkan apa yang pernah aku ambil.

Maafkan aku lagi Queen. Aku sedar aku sahabat yang mengambil kesempatan atas kebaikan kau. Aku ambil Hadid, lelaki pertama yang bertakhta di hati kau dan aku tukarkan dengan pekerjaan untuk kau di syarikat papa aku. Aku tahu tak berbaloi pun untuk kau, tapi sebab kau sayang aku kau turutkan semua keinginan aku kan?

Queen, aku sayang kau bukan sebab kau baik sanggup berkorban apa saja untuk aku. Tapi aku sayang kau sebab kau adalah segala-galanya dalam hidup aku. Aku tak pernah sayang orang macam aku sayangkan kau. Kau selalu ada untuk jadi pendengar masalah aku. Terima kasih banyak Queen. Jasa dan budi kau, aku akan bawa sampai aku mati.

Aku janji Queen, nanti aku akan berterus terang pada Hadid tentang hal yang sebenarnya. Aku nak dia jadi milik kau semula. Aku ikhlas lepaskan dia demi wanita lain kalau kau adalah orangnya. Aku seribu kali suka.

Itu sahaja aku nak tulis pada kau. Dakwat pen pun dah nak habis. Hidup bahagia dengan Hadid dan anak kita. Kau tambah lah lagi anak-anak jadikan keluarga kecil kau tu lebih meriah nanti. Aku sayang kau dunia akhirat.

Semoga bahagia selalu Queen Alana.

Yang ikhlas menyayangimu,
Elaine

Bila sedikit tenang, Hadid buka satu lagi sampul yang ada namanya ditulis di luar sampul. Kalau surat itu untuk dia, kenapa Alana simpan sekali. Sampul itu pun sudah dibuka dan seperti sudah dibaca isinya.

Assalamualaikum hubby,

Selamat tinggal darling ucapkan. Kita mungkin dah berbeza dunia kan waktu hubby baca tulisan darling ni? I love you, Tunku Hadid Nazareth. Jaga anak kita dan Alana baik-baik ya? Sayangi mereka berdua seperti mana hubby pernah sayang darling. Kalau lebih pun tak apa, lagi darling suka.

Hubby, dengar macam memaksa tapi darling minta untuk hubby belajar cintakan Alana. Dia bayang-bayang darling di dunia ni. Dia baik dan tersangatlah baik untuk dihargai, dicintai dan disayangi. Dia terlebih dahulu jatuh cinta pada hubby sebelum darling. Darling cuma ambil jalan mudah untuk curi hati hubby melalui Alana.

Untuk semua mesej dan salam perkenalan kita, semuanya darling curi dari diari dia yang darling terjumpa. Darling tahu, lelaki yang dia gambarkan di dalam luahan diari dia tu adalah hubby. Sorry sebab tak berterus-terang sejak awal.

Disebabkan rasa ralat ni, darling nak tebus semula salah silap darling pada Alana melalui hubby. Tolong layan dia selayaknya seorang isteri dapat. Seperti mana hubby layan darling, darling nak macam itu juga hubby layan Alana. Tolong besarkan little diamonds kita sama-sama okay?

Darling tahu ini tidak berbaloi pun lepas apa yang darling ambil dari Alana. Darling tahu darling bukan kawan yang baik tapi Alana tetap sayangkan darling macam keluarga dia sendiri. Darling bersalah sangat hubby. Darling minta maaf....

Tolong hidup bahagia bersama ya selepas ini. Itu yang darling harapkan daripada hubby, Alana dan little diamonds.

Be happy all of you.

Your cheeky wife,
Elaine sayang

Hadid kalut menyelak sampul untuk kebenaran seterusnya pula. Hidung Hadid dah mulai kemerahan. Kenapa baru sekarang dia tahu semua ini?

Dan paling penting yang Hadid perlu tahu, kemana perginya Ratu Alana sekarang. Alana dah tahu semuanya tentang ini dan isterinya itu hanya mampu mengunci mulut dari pengetahuan sesiapa?

How could you Ratu Alana!

Plastik ubat yang kemarin dahulu Alana makan masih ada ditinggalkan di meja solek. Itupun membuatkan Hadid curiga juga. Masakan Alana perlu ada ubat yang banyak jenis begitu. Tak pernah Hadid lihat pun jenis ubat-ubatan yang ada.

Hadid lantas bangun mengambil plastik ubat itu lalu keluar. Dia perlu minta tolong Pak Wahab untuk ambilkan Rizqa sekolah dan hantar ke rumah orang tuanya. Tugas dia sekarang, dia nak cari Alana.












      HADID genggam stereng kereta kuat sehingga timbul urat-urat hijau di tangan. Lelaki itu diam dengan wajah yang seperti mahu telan orang hidup-hidup. Dia tak boleh terima apa yang dia baru tahu sekarang. Dia benar-benar tak boleh terima.

Kenapa Alana perlu diamkan semuanya? Tindakan Alana seolah-olah Hadid tidak penting dan bodoh sangat. Sampaikan hal melibatkan nyawa pun Alana berdiam diri.

"Ini semua ubat anti-kanser dan ubat hormon ni angah. Mana kau dapat?" Tanya Haidhar, abang sulung Hadid yang merupakan doktor dan mempunyai klinik persendirian.

Hadid terus duduk bersandar dengan wajah yang sukar untuk digambarkan.

"Anti-kanser?" Tanya Hadid lagi dalam nada yang bergetar.

"Haah, semua ubat ni function nak avoid sel kanser dari merebak ni. Mana kau dapat? Jangan buat aku takut sekali" ujar Haidhar dan Hadid menggeleng lemah.

"Alana," sebut Hadid menahan rasa dan Haidhar turut terkejut.

"Angah ambil dalam bilik Alana. Dia cakap itu ubat demam" Mata Hadid berair kemerahan. Dia rasa dadanya seperti mahu meletup tika itu.

"Se-seriouslah?!" Haidhar turut terkesan. Adik ipar dia ada ubat ini semua. Maknanya Alana tidak dalam keadaan baik-baik saja sekarang.

"Angah serious la sebabtu angah kutip ubat ni dan bawa tunjuk pada along. Sekarang ni Alana pergi entah ke mana cakap nak pergi kursus sedangkan kawan yang dia guna nama tu elok saja keluar shopping. Along rasa kursus apa yang dia pergi?" Hadid urut tulang hidungnya sambil menahan air mata dari gugur.

Hadid mengeluh berat lalu mencapai telefon mendail nombor seseorang. Perasaannya benar-benar berkecamuk sekarang ni.

"Baim, I need your help"

















TBC.

Hikayat Ratu Alana Where stories live. Discover now