KhayFa - 11

1.4K 53 12
                                    

Thaqif tarik nafas. Dia memandang ke arah pintu bilik
wad itu, lama. Dalam hati masih berbelah bahagi hendak masuk ke dalam wad itu atau tidak. Dari tadi raut wajahnya jelas memancarkan kerisauan, ditambah pula dengan jantungnya ketika ini yang berdegup laju bagai nak gila!

Dia hanya mundar-mandir. Masih memikir sama ada masuk atau pulang ke rumah. Jika masuk, takut wanita itu tidak selesa. Kalau pulang pula, nanti dia asyik fikirkan tentang dia. Ah, dia keliru!

Sebaik sahaja mengetahui yang Mawar sudah sedar, tiada kata lain yang mampu Thaqif ucapkan melainkan rasa kesyukuran yang teramat sangat terhadap Yang Maha Esa. Hampir tidak tidur malam jejaka itu tatkala mengetahui isterinya tidak sedarkan diri selama dua hari setelah dilaporkan terjatuh di bilik air.

Thaqif masih berdiri di hadapan pintu wad. Masih berfikir seribu kali hendak masuk atau tidak. Jika masuk nanti, Mawar tidak ingat langsung tentang dirinya. Tapi Thaqif nak tahu tentang keadaan Mawar juga. Ah, dia dilema!

"Aqif?" Suara garau seorang lelaki mengejutkan Thaqif daripada terus tenggelam dalam lautan fikiran. Spontan jejaka itu memusingkan badannya ke belakang. Kelihatan seorang lelaki separuh umur tersenyum lebar memandangnya. Thaqif membalas senyuman tersebut kerana dia amat mengenali lelaki itu.

"Nak melawat Mawar ke?" soal lelaki tua itu sambil melemparkan senyum nipis. Thaqif hanya angguk. Hendak nafikan pun tidak boleh kerana lelaki ini ialah Encik Dhaffa, bapa kepada gadis itu.

"Jom masuk, nanti ayah beritahu Mawar yang Aqif datang." Encik Dhaffa berkata lagi. Thaqif mengusap-usap tengkuk belakang. Dia rasa segan sebenarnya.

"Tapi ayah. Aqif takut Mawar tak suka. Hari itu Aqif datang pun Mawar marah Aqif," luah Thaqif perlahan. Lirih saja suaranya.

"Kenapa pula Aqif nak takut? Lagipun dalam itu ada ibu juga. Aqif masuk aje. Bukannya haram pun. Ibu dah lama tunggu Aqif datang," Encik Dhaffa memberitahu perkara sebenar. Memang isterinya juga berada di situ. Tangan lelaki itu naik menepuk-nepuk bahu Thaqif. Cuba menyalurkan kekuatan kepada pemuda di hadapannya ini.

"Lagipun ayah yakin Mawar tak marah. Cuma dia belum ingat siapa Aqif, kan? Mawar ada beritahu ayah hari itu dia tak tahu siapa lelaki yang selalu muncul dalam mimpi dia, dia masih tak tahu yang Aqif suami dia," tutur Encik Dhaffa dengan nada lembut. Thaqif menunduk.

"Jadi, Aqif nak masuk tak? Tengok Mawar?" kata Encik Dhaffa lagi. Perlahan-lahan Thaqif angguk. Mungkin dengan kehadiran Encik Dhaffa dan Puan Maria, tak adalah rasa kekok sangat.

Pintu wad dibuka. Thaqif setia mengikuti dari belakang. Mata jejaka itu hanya tertumpu pada Mawar, isterinya yang masih lagi diam, duduk di atas katil. Dapat dia lihat ibu mentuanya juga turut berada di situ. Setia menanti dari sisi.

Cepat-cepat Thaqif salami tangan wanita tua itu. Puan Maria mengusap-usap belakang menantunya, memberikan kekuatan.

Sempat Thaqif menjeling ke arah kanan. Kelihatan Mawar masih lagi memalingkan mukanya ke arah tingkap. Seakan-akan berada dalam dunia sendiri. Wanita itu seperti tidak sedar akan kehadirannya.

"Assalamualaikum puteri ayah, buat apa hari ni? Sihat?" Dengan nada ceria Encik Dhaffa menyoal satu-satunya puteri tunggalnya. Kelihatan Mawar terkejut lalu menoleh ke arah punca suara tersebut. Wajah Mawar yang muram serta-merta berubah ceria sebaik sahaja melihat muka ceria bapanya.

"Waalaikumussalam ayah. Mawar sihat je. Ibu pun ada kat sini," balas Mawar sambil senyum. Encik Dhaffa pergi ke arah anak perempuannya lalu memeluk tubuh anak perempuannya itu beberapa saat.

"Hari ini Mawar tak buat apa-apa pun ayah. Borak dengan ibu aje. Tapi kepala Mawar dah tak sakit sangat macam semalam," Mawar melemparkan senyuman yang paling manis setelah pelukan dileraikan. Thaqif yang hanya pegun memerhati terpaku sebaik sahaja terpandang wajah cantik itu. Sungguh, dia benar-benar rindukan Mawar.

Atma Ziyyan Fael | OGWhere stories live. Discover now