✧⁠ Chapter 2 ✧

3 0 0
                                    

Selesai menghantar Aliyana pulang, Hayden terus memandu untuk pulang ke rumah keluarganya. Niat asal Hayden ingin pulang ke penthouse miliknya tapi memandangkan esok tiada kelas, jadi dia memilih untuk bermalam dengan keluarganya.

“Assalamualaikum mummy daddy.” Tanpa menunggu salamnya dijawab Hayden terus mencampakkan badannya ke atas sofa. Puan Naila yang melihat tingkah laku anaknya terus bangun dari tempat duduk menuju ke arah Hayden.

“Waalaikumussalam. Amboi! Hayden keluar dengan siapa tadi?” Puan Naila sudah berada dihadapan Hayden sambil bercekak pinggang. Tidak sampai beberapa saat, telinga Hayden terus ditarik oleh Puan Naila.

“Aduduhh s-sakit mummy…” Berkerut dahi Hayden menahan kesakitan.

“Haa tahu pun sakit, yang keluar berduaan dengan perempuan tu ingat hati mummy tak sakit. Masuk rumah pun main terjah macam tu je.” Panas hatinya dengan perangai Hayden.

“M-mana mummy tahu Hayden keluar dengan perempuan?” Perasaan cuak mula menyelubungi diri. Masak lah aku kena membebel nanti.

“Kawan mummy yang nampak Hayden keluar dengan perempuan.” Gambar yang dihantar kepadanya dihulurkan kepada Hayden. Aduh mummy ni banyaknya spy.

“Mummy tak suka lah Hayden bawak keluar anak dara orang malam-malam.” Hati Puan Naila masih lagi geram dengan anak sulungnya.

“Hayden suka dia?” Soalan Tuan Azrul membuatkan diri Hayden semakin tidak senang duduk. Nak jujur ke tak?

“S-suka.” Terasa bahang pipi dia tatkala ini. Entah perasaan malu atau takut.

“Kalau Hayden suka, bawak dia jumpa dengan kami. Kenalkan kami dengan dia. Ikat dia dengan hubungan yang halal. Baru daddy bagi Hayden keluar dengan dia.” Tegur Tuan Azrul.

“Hahh?! Apa ni daddy kitaorang baru je kenal.” Biar betul daddy aku ni. Baru jumpa dah suruh berkahwin.

“Keputusan daddy muktamad Hayden. Nak keluar dengan dia Hayden kena kahwin dulu. Jangan malukan daddy dengan mummy.” Serius sahaja muka Tuan Azrul tatkala ini.

“Hm, yelah daddy nanti Hayden cuba berbincang dengan dia.” Nak ke dia kahwin dengan aku?

“Hayden naik atas dulu mummy daddy. Hayden dah mengantuk.” Lenguh badannya seharian ini. Dia perlukan rehat yang cukup untuk hari esok.

—•—


Bzzz!  Bzzz! Telefon bimbit Hayden berbunyi dan tertera nama Iskandar di skrin. 

‘Ish apalah budak ni nak pagi-pagi buta ni. Orang nak tidur lah.’ Dengus Hayden.

“Ha apa kau nak pagi-pagi buta ni?” Tanpa salam terus Iskandar disergah.

“Kau boleh tanya aku nak apa? Haritu kau yang beria-ria ajak aku pergi jogging. Sekarang ni batang hidung kau pun aku tak nampak.” Terus diletakkan panggilan tersebut.

“Dia boleh tanya aku nak apa. Ini kalau bukan sebab kawan memang mati kau aku kerjakan.” Malas menunggu Hayden akhirnya Iskandar berjogging sendirian.

Hayden yang masih santai memeluk bantal terus melihat jam.

“Ya Allah dah pukul 11 macam mana aku boleh tak terjaga ni! Patutlah budak tu jadi monster.” Hayden terus melangkah ke dalam bilik air untuk bersihkan diri untuk berjumpa dengan Iskandar.

My Husband Mr. Obsession Where stories live. Discover now