Bab 15 {EDITED}

49 2 1
                                    

7 bulan kemudian..

   "Flower,abang pergi kerja dulu. Jangan lupa malam nanti kita nak pergi majlis hari jadi Harraz." Dia mengingatkan isterinya. Sara hanya mengangguk keletihan. Sudah dekat 2 jam dia mengemaskan rumah milik Daniel ini. "Abang dah kata takyah kemas - kemas biar Makjah buat." Sara tersenyum kera.

             "Sara nak pergi solat zohor ni abang nak solat sekali?" Daniel menolak dengan ramah, "Abang dah solat. Jangan lupa doakan ibu sekali."

        Sara hanya mampu mengangguk. Daniel terasa pelik juga tentang kondisi isterinya sekarang, Sara yang dulu tidak suka memakai baju berlengan panjang kecuali diluar. Tetapi sekarang? Tidur lengan panjang, makan pun tidak mahu singkatkan. Adakah dia menyembunyikan sesuatu?

     ~|•-------•|~

PILI air dibuka kuat. Lengannya yang terdapat luka - luka yang segar dibersihkan. Darah yang pekat berlumuran didalam sinki bilik air itu. 7 bulan yang lalu, dia terjumpa Qaleysha lalu dibawa ke rumahnya, lalu peristiwa yang gelap itu berlaku. Dia dicaci maki, dan diharrass oleh seseorang lelaki.

Selepas itu dia terus berasa didunia sendiri dan kerap menyendiri. Setiap malam sebelum tidur, dia akan menangis. Dan berat badannya pun merosot sejak itu. Bila dilihat perempuan cantik dan berbadan kurus dia terus terasa seperti, kambing hitam didalam kandang kambing putih.

      Dia menatap wajah serabainya didepan cermin. Matanya kelihatan berkaca. 'Ugh, this mental illness is taking me.' (self harm, insecurity, depression, PTSD)

⚠️self harm⚠️

    Air matanya dilap. Razor diambil lalu dihiris nipis tangannya. Darah pekat berlumuran lalu dibasuh dengan bersih.

  Rasulullah (SAW) bersabda:

"Sesiapa yang melukai dirinya dengan sesuatu yang ada di dunia, maka di akan disiksa dengan (alat tersebut) pada hari kiamat nanti" -HR BUKHARI.DAN MUSLIM.

Dia pergi memasak untuk malam nanti sedang giat dia memasak telur dadar untuk dirinya. Dia terus terlupa akan luka ditangan. Dipakai sleeveless kerana dia pasti Daniel tidak akan datang dijam yang begini.

TOK TOK TOK

                   Tiba-tiba ada suatu ketukan didengari dari luar. Dijenguk dari dalam tingkap untuk melihat siapa, Diana rupanya mujurlah. Kalau si budak Qaleysha tu? Memang aku siat - siat. Pintu dibuka.

          Diana yang sedang mendukung anak perempuan dan lelakinya itu kelihatan cantik berpakaian muslimah. Dibanding pula dengan aku. Selekeh sekali. "Jemputlah masuk Ana," Diana terus menoleh kearahnya. Selepas dia memasuki rumah, dia terus memegang lengan Sara. "Sara, akak nak awak cakap dengan akak, apa ini?" Wajahnya kelihatan risau. Dikecilkan suara supaya kedua - dua anak itu tidak mendengar.

Sara terdiam disaat kakak mertua dia bertanya. "Sara, kalau awak ada masalah bagitahu akak atau Daniel benda ni tak elok." Sara masih terdiam mendengar teguran Diana.

"Kakak bukan nak marah tetapi kalau Daniel tahu mati awak." Sara membuntangkan mata. "K -- kenapa? Dia buat apa kalau dia tahu kak?"
"Believe it or not. Kakak pun pernah kena macam awak." Minda kecil Sara kini dipenuhi tanda tanya. "Dan selepas abang akak tahu. Dia mengamuk dan dia akan cari siapa yang menyebabkan ini sampai lubang cacing, Sara. Kakak bukan apa tapi Daniel kalau tahu, dia akan silent treatment awak."

His To Love (Uncomplete) Where stories live. Discover now