Hari ini merupakan hari pertama pengumuman keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam oleh pihak UPU online keluar sheesh...semput aku nak sebut satu persatu perkataan to make a complete formal sentence.
Berbalik pada topik asal, hari ini keputusan UPU keluar. Korang tahu kan UPU tu apa? Kalau tak tahu, secara ringkasnya UPU ni adalah satu unit yang menguruskan hal-hal permohonan dan kemasukan pelajar ke institut-institut pengajian tinggi setelah mereka berjaya menamatkan pengajian di sekolah menengah.
Sebagai salah seorang pemohon yang gagal mendapat sebarang tawaran untuk menyambung ijazah bagi sesi permohonan yang lepas, aku berharap kali ini hasrat murni aku ini tidak lagi dihampakan. Tolong lah...aku tak mahu menyambung kontrak sebagai seorang penganggur untuk tempoh lagi setahun.
Aku menarik nafas gugup lalu mengalihkan pandanganku ke arah Bat, rakan karibku sejak zaman sekolah menengah. Dia merupakan lepasan matrikulasi untuk sesi dua tahun. Berbeza dengan aku yang mengambil asasi undang-undang pada tahun yang sama dengannya (tempoh pengajian asasi undang-undang hanya setahun), aku berasa sedikit rendah diri dan tidak yakin yang aku akan dapat kursus yang aku minati seperti Bat.
Curiosity Bat kelihatan mencanak-canak apabila dia dengan perasaan tidak sabarnya menghentam papan kekunci macbook air dengan jari-jemari beliau yang tidak begitu halus dan runcing.
"Warda Batrisya! Slow lah sikit tekan keyboard along tu! Bat ingat along beli macbook tu pakai bulu roma ke?" kedengaran suara serak-serak basah abang sulung Bat melaung di sebalik pintu. Aku dapat bayangkan riak wajahnya yang sedang berhuhu mengenangkan nasib komputer ribanya apabila sampai ke tangan Bat, perempuan yang secara luarannya nampak selembut sutera namun dalaman seagresif black caiman di hutan Amazon.
"Tak kisahlah bulu roma ke bulu bontot ke, long. Ini dari tadi Bat try nak login tak boleh. Risau karang laptop ni yang Bat lempar keluar," Bat menekan butang 'enter' bertalu-talu sambil mengetap gigi menahan geram. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain, tak sanggup melihatkan tindakan ganas sebegitu rupa.
"Weh, wehh! Batrisya, stop! Bat, bukak pintu ni dulu, bagi along tengokkan". Pintu bilik Bat diketuk beberapa kali dengan rentak yang kedengaran cemas. Bat berhenti menekan butang kekunci macbook. Komputer riba itu diletakkan ke atas meja lipat di hadapannya.
"Nah, pakai tudung ni. Along nak masuk". Bat menghulurkan shawl jersey ku. Dia kemudiannya bangkit menhampiri pintu biliknya yang berkunci. Setelah memastikan auratku semua sudah terjaga, dia memulas tombol pintu bilik. Emir, jejaka yang digelar along oleh Bat itu terus meluru masuk lalu mengitarkan pandangannya ke seluruh pelusuk bilik Bat umpama mencari sesuatu. Matanya berhenti bergerak apabila bertembung pandangan denganku.
"Astaghfirullahalazim!"
Lelaki itu tiba-tiba bergegas keluar. Aku memandang Bat, keliru. Bat pula hanya menghela nafas kasar sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Kenapa?"
"Malu lah tu. Kau nampak dia bersinglet dengan seluar tidur je," Bat menerangkan ringkas.
"Oh..." wajahku terasa panas setelah tersedar dengan keadaan tersebut. Memang selama ini aku dan Emir hanya bertegur jika perlu, tapi tak sangka pula lelaki itu sebegitu pemalu.
Tok,tok,tok!
Pintu bilik diketuk sebelum ditolak perlahan dari luar. Kelibat Emir yang kali ini bersarungkan kemeja putih sebagai outerwear kelihatan di muka pintu dengan rambut serabainya.
YOU ARE READING
Marguerite
Romansa𓊈 inspired by a oneshot manga: 'the flower that blooms in you'𓊉 "No matter how far you would go to be reflected as the actual one in his eyes, the fake one will never beat the real person". - Warda Batrisya "Tell me that i'm stupid for involving...