N I N E

24 2 1
                                    

⋆。゚☁︎。⋆。 ゚☾ ゚。⋆

"Kwan suruh kau cari pasal siapa?" Lelaki bewarganegarakan China itu menujukan soalan. Lelaki yang muka ala D'caprio itu menjawab "Chan, Lee Chan. Budak dalam gambar ni"

Vernon atau lebih dikenali sebagai Venom, menghulurkan tangan kanannya memberikan gambar kepada The8. Matanya tidak lari daripada skrin hologramnya itu.

The8 atau Minghao mengambil gambar itu dari tangan Vernon. Meniliti gambar itu, terlihat seorang lelaki yang sedang membersihkan kaunter bayarannya. Di penujuru bawah gambar itu tertulis "bawa dia, 1,000,000 won"

"Dia diburu?" Vernon menyoal. Minghao pula mengangguk sebagai jawapan.

Mata Vernon melilau matanya ke arah hologram itu semula, melihat dokumen-dokumen peribadi yang tertera dengan nama-nama penduduk yang ada nama Lee dan Chan.

"Tak masalahnye kenapa takde dokumen budak ni? Aku lama dah mencari ni" Minghao merengus geram, dia dari tadi mencari nama Lee Chan serta gambar budak itu, bila nama dah jumpa rupa dalam gambar pula tidak serupa.

Dia menyerabutkan rambutnya. Vernon yang melihat pun bingung. Pening.

"Korang tengah buat apa tu?" Tanya seorang jejaka

Dengan itu, tersentak dan tersembam mereka berdua jatuh dari lantai.

Vernon melihat pemilik suara tersebut "Jun hyung! Bagi lah warning woi lain kali" Dia merungut, bangun dan duduk semula di atas kerusinya.

Jun tersengih, dia kemudian mengalihkan anak matanya melihat skrin. Tertera nama Lee Chan di kotak 'mencari'.  Matanya kemudian melilau ke arah gambar di tangan Vernon.

'Eh ini...' dia bermonolog di hati sebelum merembat gambar itu dari tangan Vernon.

Tersentak vernon dengan gelagat rakan sekerjanya itu. "Yang kau ni dah kenapa hyung?"

"Korang buat apa search pasal Chan ni?" Jun menyoal hairan, dia meniliti gambar ditangannya.

Tersentak kedua-dua jejaka itu, mereka memandang antara satu sama lain.

Tidak mungkin mereka boleh menerangkan situasi mereka. Yang vigilantes BSS menyuruh mereka mencari maklumat budak ni.

Mahu mati dua orang ni. Dahlah vigilantes itu salah disisi undang-undang.

Mereka berkawan dengan vigilantes itu? Boleh dipecat daripada jadi hero.

"Err.. itu.. uhm" minghao tersangkut-sangkut ingin memberikan alasan.

Vernon juga senyap, hendak memikirkan cara untuk balas soalan jun.

Tidak sempat Jun ingin menyoal lagi mereka, dia terasa ada gerangan seseorang.

Matanya terus bertukar putih, terkejut Vernon dan Minghao melihat jun.

"Jun hyung? Ada... benda ke?" Vernon menyoal, riak wajahnya berubah.

Jun pula mengangguk, dia melihat di hadapannya ada seseorang yang matanya terkeluar, kulitnya ada tidak ada sahaja. Dia kenal hantu ini.

S.O.S [SEVENTEEN]Where stories live. Discover now