|| prolog ||

37 4 1
                                    

Pagi yang indah.Burung burung berkicauan.Langit cerah.Awan elok dalam kedudukan masing masing.Namun ada suara suara yang merosakkan suasana indah itu.

"Apa lagi Hamid?Apa lagi yang awak nak saya korbankan?Saya dah bagi semua dekat awak.Awak dah dapat duit hasil jualan buah pinggang Aeriq.Tiga puluh ribu masih tak cukup ke?Lepasni organ siapa yang awak nak gadaikan?Arden?"Alara Naily,ibu kandung kepada Arden dan Aeriq.

Ya,kembar seiras.Aeriq Arasyah dan Arden Arasyah.Aeriq merupakan abang dan Arden adalah adik.Menempuhi hidup dalam trauma dan kesakitan akibat dipukul oleh bapa tiri.Itu sudah menjadi kebiasaan buat Arden sehingga timbul satu perasaan negatif yang cukup kuat.Dendam.

"Mama,ayah still akan pukul kita ke kalau dia tak dapat duit?Kalau macam tu,mama ambillah semua organ Aeriq.Nanti mesti ayah tak pukul kita lagi.Aeriq tak kisah kalau sakit,asalkan Ar dengan mama tak sakit"permintaan tulus si abang amat menyentuh hati.Air mata mengalir dipipinya.

"Maafkan mama sayang.Mama janji mama akan cari organ yang baru dan kita keluar dari sini hm?'pujuk si ibu.Rambut si kecil polos itu diusap lembut.Air mata yang baru hendak mengalir ditubir mata,diseka.

Hidup dalam penderitaan bukanlah impiannya.Apa yang dia mahukan hanya kebahagiaan bersama anak kembarnya.Tapi malang sekali apabila dia jatuh dalam jurang percintaan selepas pemergian arwah suaminya yang membawa dia kedaalam penderitaan.Diberikan janji manis dan kata kata harapan.Dia jatuh dengan kata kata cinta yang diluahkan sehingga lupa pada anak anak.Setelah berkahwin,semua kebahagian palsu hilang dalam sekelip mata.Hamid bin Murad,lelaki yang tamak.Hanya gilakan harta.Sanggup melalukan apa sahaja demi duit.

Suami pertama Naily,Zhao Martine meninggal dalam kemalangan jalanraya yang dirancang oleh Hamid tanpa pengetahuan sesiapa.Walaupun kerjanya dianggap bersih,namun ada seseorang yang mengetahui semuanya.Tidak lain dan tidak bukan,Arden Arasyah.Bagaimana seorang kanak kanak yang masih polos itu tahu?

Arden merupakan seorang kanak kanak yang sangat pendiam namun sungguh bijak dalam membaca riak wajah dengan pergerakan seseorang.Sifat ingin tahunya sangat tinggi hingga membawanya kepada rahsia terbesar.Sudah terang lagikan bersuluh DNA papanya meresap masuk ke anak kecil itu.Diam diam namun ada isinya.

"Ma,Ar nak keluar"pinta Arden.Dia keluar menonong.

"Ar nak pergi mana?Janganlah keluar.Teman mama please"rayu Naily.

Tanpa berpaling,Arden mengendahkannya.Dia berlalu keluar dari rumah.

                 Basikal ditongkat tegak.Taman permainan yang terletak ditengah-tengah pusat kediamannya menjadi destinasi kegemarannya untuk tenangkan fikiran.Ingatkan umur masih kecil tak perlu merasa bebanan ternyata hanya umur dia yang kecil tetapi pemikiran mengalahkan orang dewasa.

"Hai,sorang ke?"tegur seorang kanak-kanak lelaki setahun tua dari Arden.Matanya berwarna biru pekat.Memang tak nampak langsung macam  orang Malaysia namun cukup fasih dalam berbahasa.

"Who are you?"tanya Arden dingin.Dikala mahu bersendirianlah ada yang mengacau.Namun,penglihatannya tertangkap seorang lagi kanak-kanak lelaki.Wajah yang sama namun berbeza pada mata.Budak lelaki yang baru tiba itu mempunyai warna mata hijau zamrud.

"Nama aku Eyhan  Bernard Smith.Panggil je Han.Ni abang aku.Dia tak banyak cakap.Nama dia Edlan Nicholas.Panggil je Ed.Kau pulak?"balas Eyhan.Tanpa diajak dia duduk dibangku sebelah Arden.

"Kenapa kau nak tau?Sibuk je"marah Arden.Jelingan tajam diberikan kepada kembar itu.

"Sombongnya kau.Adik aku nak tau je nama kau.Salah ke?Tak perlu pun nak marah marah dia"giliran Edlan pula buka mulut.Pedas dan tajam.Penumbuk diangkat,namun Eyhan menghalang.

"Jangan sibuklah.Sanalah,aku nak duduk sorang-sorang"jawab Arden.Masih lagi dengan amarahnya.

Tanpa mengendahkan amarah Arden.Eyhan dekatkan diri dengan Arden.Bahu Arden disentuh lembut.Namun tiada reaksi daripada Arden.Tidak menepis mahupun menegah tindakannya.

"Pakcik yang bawa kereta bising tu bapak kau kan?Lebam dekat tangan tu,dia yang buat?Aku bukan apa,aku pernah nampak dia pukul sorang perempuan ni-"

"Tu mama aku"potong Arden.Air mata mula bertakung ditubir mata.Dia tiba-tiba mengenangkan seluruh kisahnya sebelum dan selepas papanya meninggal dunia.Kehidupan dia dan keluarganya berubah 360 darjah.

"Kau taknak cerita apa jadi?Mana tau kau dapat ringankan hati kau.Kitorang boleh dengar masalah kau.Ceritalah"arah Edlan pula.Edlan cuba bertenang dengan keadaan Arden yang sedang didalam masalah.Dia duduk hadapan Arden.

"Tapi kau taknak bagitau nama kau ke?"tanya Eyhan pula.

"Ermmm.Nama aku Arden Arasyah bin Zhao Abdullah Martine.Papa aku mualaf.Umur aku 10 tahun.Aku minta maaf sebab marah korang tadi"sesal Arden.Dia menunduk.

"Ala takpe.Tapi cantiklah nama kau.Sesuai jadi ketua"kata Eyhan.Arden pandang Eyhan sambil tersenyum.

"Papa aku pun selalu cakap macam tu"balas Arden pula.

"Jadi,apa kisah yang kau simpan dalam hati kau tu?Keluarkan lah,kitorang nak tau"kata Edlan pula.

"Kisah dia macam ni-"Arden memulakan bicara.Dia bercerita dengan bersungguh-sungguh.Sudah duduk,dia basngun pulak.Kemudian sambung bercerita sambil berjalan.Kemudian duduk pula dihujung gelongsor sehingga ditendang dari atas gelongsor.

Pertemuan dia dan si kembar Smith bukanlah hanya sekali.Namun hampir setiap hari.Bahkan mereka satu sekolah dengan Arden dan Aeriq.Di sekolah mereka berempat menjadi rapat.Kembar Smith vs Kembar Arasyah.Tanpa disedari,bukan sahaja sama sekolah rendah malah sekolah menengah dan universiti juga sama.Bagaikan takdir mereka berjumpa,sehingga kini mereka masih menjadi sahabat.

[Bersambung}






Ciao a tutti..First ,i apologize to everyone bcuz kerja aku asyik publish and unpublish this story.Also,im so sorry for being rude with u guys.Most writter will use "awak\saya" or "you\I"..but bukan untuk aku.Geli.Jadi anggap aku seorang writter yang sempoi.Sebagai seorang penulis baru,aku happy sebab aku dapat edit cerita ni and jadikan cerita ni salah satu novel khas dari otak aku.Give a clap to Mr,Brain..Clap clap clap.Hope korang enjoy this story.Aku minta korang vote and support lah story aku..Idea aku datang kalau aku dpt vote bnyk..jajajaja,gurau.Enjoy guysss..BYEEE!!!!

Gais,aku ada niat nak jadikan Mr Arden as novel.Nak tak??Aku pun nak  nama aku sebaris penulis penulis lain..Huhh..kalau korang okay,aku pun oky je..HIHIHIHIHIHI..byebye.

Mr.PsychotopiaWhere stories live. Discover now