Malam merangkak perlahan. Menutupi bandaraya dengan selimut kegelapan yang di hiasi bintang-bintang juga bulan menyinar cantik. Di bawah sinar rembulan yang nan indah. Shazrin Ammar memeluk tubuh sambil badan sasa itu ia sandarkan pada Bmw miliknya bersama keluha kecil.
Malam itu, hening yang hanya bunyi cengkerik yang menghidupkan suasana di atas bukit itu melihat kesibukan kereta-kereta di lebuh raya masih rancak bergerak seolah melupakan malam yang berkunjung tiba.
Hatinya sarat dengan perasaan serba salah dan bergolak. Sudah lama dia meunggu saat yang setelah sekian lama yang nantikan. Tertanya-tanya siapakah sebenarnya Alexander Rayyan. Seorang lelaki yang berjaya mencuri hati isteri kesayangannya tanpa perlu berjuang.
Untungkan?
Dari arah berlawanan pula, muncul seorang lelaki yang tidak begitu asing kerana mereka pernah bersuka muka di hadapan studio bersam sang isteri.
Langkahnya tenang. Namun, penuh dengan renungan tajam. Alexander Rayyan senyum sinis ketika mereka berdua mendekati di antara satu sama lain.
"Alexander Rayyan," suara Shazrin Ammar yang tenang meresap ke dalam gegendang telinganya bersama tawa sinis.
"Dato' Shazrin Ammar, kita bertemu lagi," balas Alexander Rayyan dengan suara mengejek.
Mereka saling mendekati. Setiap langkah yang di ambil menambah ketegangan yang menyelimuti mereka.
"Aku bagi kau, lapan puluh juta. Dengan syarat, jangan pernah muncul di depan mata aku, keluarga dan isteri kesayangan aku." Kata Shazrin Ammar bersama senyuman sinis.
Alexander Rayyan pula tertawa sinis. Penawaran itu seakan tiada makna untuknya. Kerana, tujuannya cuma satu. Dia inginkan Bunga Anggerik Nathalia semula. Itu sahaja.
"Aku tak berminat dengan tawaran kau. Aku cuma nak hak aku semula. Ya, kau suami Bunga Anggerik Nathalia. Tapi, aku orang yang berhasil mengandungkan dia. Kau... Memang suka bekas orang ke, Dato'?" kata Alexander Rayyan sinis.
Cukup dengan sebuah senyuman keji membuatkan Shazrin Ammar mengawal amarahnya. Kedua tangannya di kepal. Bila-bila masa sahaja hayunan tangan bisa melekat di wajah jejaka itu.
"Hak? kelakar pula bila aku dengar kau bercakap tentang hak. Di mana kau ketika dia perlukan kau? dia pernah merayu dekat kau. Melutut, supaya kau bertanggungjawab akan perbuatan yang telah kau lakukan. Tapi, hasilnya kau merendahkan isteri aku. Dengan lantang, kau menghina dan melabelkan dia sebagai betina murah. Layak ke, kau nak bahas tentang hak sekarang ini, Alexander Rayyan?" katanya pula dengan tawa sinis.
Alexander Rayyan meneguk liur. Kejadian yang di perkatakan itu sudah terlalu lama berlaku. Ia terjadi pada lima tahun yang lalu. Bagaimana lelaki yang berada di depannya ini bisa tahu?
"Kau tahu Alex, aku tahu semua tentang isteri aku. Termasuk bekas kekasihnya yang tak guna seperti kau. Aku obses? bukan, aku terlalu inginkan dia sehingga aku berani untuk hancurkan mana-mana lelaki yang ingin mendekatinya termasuk kau. Kau hanya masa lalu, kenapa beria nak rampas dia dari aku? alasan kau buntingkan dia bagi aku dah tak valid." Kata Shazrin Ammar lagi dengan wajah yang tenang.
Ulas senyuman di bibir lelaki itu terlihat biasa sahaja. Namun, tidak dari penglihatan Alexander Rayyan. Ia senyuman yang seakan ingin membunuh mangsa di dalam diam. Ia sesak nafas.
"Tuan Karl tak beritahu kau yang dia dah muflis dan serahkan syarikat serta saham dekat aku? aku rasa dia lupa. Jadi, kau dah miskin Alexander Rayyan. You're nothing." Katanya lagi.
Dia menolak tubuh Shazrin Ammar dengan kasar ketika mendengar kata-kata yang terbit dari ulas bibir lelaki itu. Dadanya sesak. Dia terduduk di situ. Melutut di lelaki itu. Adakah Kifarah sedang berputar?
Do you get dejavu ha?
Satu persatu imbasan lima tahun lalu kembali menjadi tayangan di layar mata. Di mana hari itu, Bunga Anggerik Nathalia merayu serta melutut kepadanya agar ia bertanggungjawab. Namun, dengan kejamnya dia menolak mentah-mentah dan menyebarkan fitnah satu universiti bahawa dia adalah wanita murah yang memerangkap dia kerana ia adalah pelajar terkaya di situ.
"Kau seorang wanita murah, sanggup fitnah aku sebab nak harta aku. Kau dah tidur dengan ramai jantan. Tapi, kenapa kau aim aku? sebab aku anak Tuan Karl. Macam itu ke?"
Nafasnya tidak teratur ketika ingati semula kata-kata itu. Dia seorang anak jutawan telah jatuh miskin?
Mustahil!
"Siapa kau sebenarya?" soal Alexander Rayyan mendongak memandang Shazrin Ammar dengan pandangan lemah.
Jejak itu senyum lalu menunduk memandang Alexander Rayyan bersama senyuman manis.
"Aku hanya manusia biasa. Shazrin Ammar." Jawabnya penuh sopan.
"Kenapa?" soal Alexander Rayyan lemah.
Shazrin Ammar senyum sinis. Soalan yang ringkas tetapi bagus.
"Sebab aku ada kuasa dan duit. Alex dunia ini terlalu kejam untuk manusia naif seperti kau." Bisiknya sinis.
Kata-kata itu seakan pernah ia dengarkan. Ia melihat Shazrin Ammar yang sentiasa tenang itu. Wajah itu di hiasi dengan senyuman manis. Namun, mengapa senyuman itu seolah sinis?
"Sebab papa aku ada kuasa dan duit. Orang bawahan seperti keluarga kau Anggerik sangat naif untuk dunia yang kejam ini."
Terbuntang mata Alexander Rayyan ketika mendengar rakaman suaranya ketika lima tahun lalu. Ya, dia ingat. Itu kata-katanya. Dia semakin tertanya-tanya akan identiti sebenar Shazrin Ammar.
Siapakah dia sebenarnya?
"Sebelum aku aturkan pertemuan kita. Aku terlebih dulu mencari maklumat tentang kau dan keluarga kau. Kenapa? sebab aku nak selangkah ke depan ketika berdepan dengan musuh aku. Dan, tak sia-sia rupanya maklumat yang aku dapat. Tuan Karl yang kononnya adalah jutawan itu sekarang dah jatuh muflis." Katanya pula bersama tawa keji.
"Aku sedekah lapan puluh juta ini dekat kau. Tapi, sebelum aku serahkan cek ni. Aku nak kau cium tapak kasut aku seperti mana kau pernah suruh isteri aku cium tapak kaki kau!" katanya pula dengan marah.
Alexander Rayyan menunduk. Hilang diksi kata. Benarlah, kifarah itu berputar. Tanpa sedar perbuatannya lima tahun lalu kini sedang menuntut bayaran yang setimpal.
"Lupakan. Aku tak sekeji kau. Ambil cek ini dan pergi sejauh mungkin Alex." Kata Shazrin Ammar lalu ia letak cek di atas tangan si jejaka dan beredar dari situ.
Sementara itu, Alexander Rayyan tergadah. Menangis semahu-mahunya kerana menyesal. Andai sahaja dia tidak sebodoh itu. Tentu sahaja sekarang ini, dia sudah bahagia dengan Anggerik.
"Ya Allah, malam ini. Aku ingin sujud semula kepada Engkau. Aku terlalu angkuh sehingga lupa aku hanya hambaMu yang hina." Ucapnya penuh dengan keinsafan.
Benarlah, di setiap kesulitan yang kita alami adalah kerana Allah ingin kita kembali kepada dia. Kerana, kita adalah pendosa yang dambakan syurga. Begitu juga dengan Alexander Rayyan.
Seorang pendosa yang inginkan syurga.
Hello! okay tak?
typo abaikan!Jangan lupa vote&
comment banyak² tau!
kalau tak saya malas
update werk!Happyread❣️
YOU ARE READING
SYARAT BAHAGIA | UN-EDITTED
Romance[BOOK I] Dia wanita terakhir milik, Shazrin Ammar. Sehina itukah seorang manusia yang tiada sebarang pendidikan di mata seorang Bunga Anggerik Nathalia? "Aku tahulah kau ni bodoh sebab tak sekolah. Tapi, takkanlah membaca pun kau tak pandai? Benda...