EPISODE 1

62 2 0
                                    

SEBUAH pagar automatik dibuka setelah tibanya kereta Audi hitam milik Adam Mikhael meluncur laju masuk ke pekarangan kediaman banglo persendiriannya. Adam melonggarkan tali lehernya yang terasa mencekik. Di pergelangan kemejanya pula mempunyai kesan darah yang agak baru. Adam melepaskan lelah.

"Uncle boleh balik lepas ni" ujar Adam memecah kesunyian.

"Apa dia, Adam?" soal Uncle Parvin tidak dengar.

"Uncle boleh balik terus kat rumah. Petang ni saya cuma nak berehat. Cancel semua meeting dengan Group Masatae" beritahu Adam sekali lagi.

"Baik" angguk lelaki berumur 40-an itu.

Uncle Parvin salah seorang ahli kumpulan Masatae yang sudah berkhidmat 25 tahun. Adam mengenali lelaki berbangsa india berkacukan cina itu sejak dia dibangku persekolahan. Sebelum dia melibatkan diri dengan kumpulan itu, Uncle Parvin sering menjemputnya disekolah ketika berumur 15 tahun. Jika dulu, dia tidak suka akan kehadiran Uncle Parvin yang sentiasa mengambil alih tanggungjawab bapanya, Tan Sri Dato Hasanal yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan dan juga merupakan ketua kumpulan Masatae. Lama kelamaan, Uncle Parvin telah memberi keselesaan dan banyak mengajar dirinya menangani masalah di dalam kumpulan itu setelah Tan Sri Dato Hasanal menyerah kumpulan Masatae kepadanya.

Seperti biasa, Uncle Parvin akan membuka pintu kereta untuk Adam. Dia memberi tunduk hormat kepada Adam yang laju menapak untuk masuk ke dalam kediamannya. Sebaik sahaja Adam masuk, dia melihat sekujur tubuh sedang terbaring diatas sofa.

"Haih...dia ni lagi" Adam menjeling.

"Adam? Is that you?"

Suara itu menegurnya. Belum sempat kaki Adam melangkah ke tangga untuk ke tingkat atas, tubuhnya didakap daripada belakang. Adam menjatuhkan anak mata kepada tangan wanita yang berusia hampir setengah abad itu. Pantas Adam menepis kasar sehingga tubuh wanita itu hampir terjatuh.

"Nak apa datang sini? Takde rumah ke sibuk kat sini hari-hari?" soal Adam menyampah.

"Kenapa marah ni Adam. Salah ke mummy datang jumpa Adam?"

"Siapa mak kau?" gertak Adam.

"Sampai hati Adam cakap macam tu. Kecil hati mummy tau"

Wanita itu memuncungkan bibir lalu memberi pandangan yang simpati. Adam menjeling dan tergelak sinis. Jika dia boleh bunuh, sudah lama dia menghapuskan perempuan tua itu. Tetapi sayang, wanita yang berdiri dihadapannya ini merupakan isteri kesayangan Tan Sri Dato Hasanal. Sejak kematian ibunya, Rosenina setahun yang lalu, bapanya telah berkahwin dengan perempuan cacat otak itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa bapanya mengahwini wanita itu. Jika diteliti dari atas sampai ke bawah. Tidak ada yang menarik langsung tentang wanita itu. Yang dia nampak, wanita itu bodoh dan tidak berpelajaran.

"Kau blah sekarang. Aku penat-penat balik, nampak muka kau pulak. Serabut ah. Hilang mood aku."

Adam tidak mahu melayan lalu kembali mengorak langkah. Sekali lagi dia ditarik. Laju Adam merentap tangannya.

"Azad! Bawak pompuan tua ni keluar!" laung Adam kepada pembantu lelaki yang menjaga pintu hadapan.

Laju pembantunya memaksa wanita itu keluar daripada kediamannya.

"Adam....mummy nak cakap sikit dengan Adam. Jangan buat macam ni kat mummy Adam. Adam...." suara wanita itu semakin kuat memanggil Adam yang sudah naik ke atas.

"Herhh....serabut betul laa orang tua ni" omel Adam.

Adam melepaskan kot yang tersarung elok ditubuh lalu dicampak ke dalam bakul baju kotor. Kemudian dia menanggalkan kemeja putih yang melekat darah di bahagian pergelangan tangan. Sebab inilah dia tidak suka menggunakan senjata tajam seperti pisau. Dia paling tidak suka darah terpercik mengotori pakaiannya. Dia akan membersihkan diri terlebih dahulu sebelum mendapatkan rehat yang cukup.

Sinar Yang Pasti [Ongoing]Where stories live. Discover now