EPISODE 2

37 2 0
                                    

SATU baldi yang dipenuhi air dituang ke atas tubuh Zuleikha yang masih tidak menyedarkan diri. Zuleikha pantas terjaga apabila dia terasa seluruh badannya basah. Benar, seluruh pakaiannya telah lencun dek air yang disimbah ke atasnya. Kepalanya yang masih terasa pening dan sakit cuba didongak memandang ke atas.

"Are you okay?" soal Adam.

"Aa...awak siapa?" soal Zuleikha masih dalam keadaan separuh sedar.

"Aku siapa?" soal Adam kembali.

"Awak siapa? Kenapa saya ada kat sini?" bebola mata Zuleikha mula meliar ke sekeliling.

"Lelaki semalam" balas Adam pendek sahaja.

"Hah?" Zuleikha bingung. Dia cuba untuk bangun tetapi dia terduduk semula kerana sakit di kepala muka menyerang.

"Kau nampak apa yang jadi tadi?" soal Adam lalu duduk di atas kerusi yang tersedia di hadapan gadis itu.

Zuleikha tidak menjawab. Otaknya masih diusahakan untuk kembali berfungsi dan memproses pertanyaan lelaki kacak yang duduk dihadapannya. Pandangannya teralih kepada tangan Adam yang sedang membalikkan jam pasir yang terletak di atas meja kecil sisi lelaki itu.

"Awak....lelaki yang....." Zuleikha kembali ingat. Matanya membulat besar dan terkesima. Kelu lidah untuk berbicara.

"So, betul la kau nampak, kan?" soal Adam lalu berpeluk tubuh.

"Awak....nak buat apa kat saya?" soal Zuleikha mula takut. Dia teringat kejadian lelaki itu menikam mangsa berkali-kali.

"Honestly, aku tak bunuh perempuan" kata Adam membuat Zuleikha semakin menggigil. Gadis itu kelihatan mengucilkan diri dengan kedua tangan yang mula menggenggam pakaian basahnya. Adam tersenyum sinis.

"Orang yang masuk tempat ni, takkan bebas keluar macam tu je" bagitahu Adam lagi.

Adam mencari wajah Zuleikha yang hanya menunduk ke bawah. Sebaik sahaja dia menghampiri Zuleikha, gadis itu tiba-tiba memaut kepada kakinya.

"Encik! Tolong lepaskan saya. Saya janji, saya takkan bagitahu sesiapa apa yang saya nampak. Jangan bunuh saya, encik. Tolong saya, saya tak nak mati" Zuleikha memberanikan diri untuk merayu kepada lelaki itu.

Adam melepaskan dengusan kecil. Kelakar melihat gadis itu merintih kepadanya. Dia menunduk membalas pandangan Zuleikha.

"Aku tak boleh percayakan kau. Sekali pun aku percaya, aku tak boleh lepaskan kau" kata Adam cuba menarik kakinya semula tetapi tidak berjaya.

"Jangan buat macam ni kat saya, encik. Saya tak ada sesiapa lagi kat dunia ni. Saya tak nak mati macam ni. Please, kesiankan saya. Saya janji dengan encik, apa yang jadi saya akan diamkan diri" Zuleikha masih berdegil. Dia tidak mahu mengakhiri hidupnya seperti itu. Dia tidak mahu dibunuh!

"Aku dah cakap, aku tak bunuh perempuan" Adam menendang Zuleikha sehingga gadis itu terlepas daripada memeluk kakinya.

"Encik nak saya buat apa, supaya encik boleh lepaskan saya?" sekali lagi Zuleikha menempah maut untuk berunding dengan lelaki itu. Tidak, jika dia terus berada di sini, apa yang akan berlaku seterusnya? Dia tidak mahu dan dia sangat takut berada disini.

"Kau ni memang degil, kan? Hei, kau dengar sini. Tak ada cara yang boleh kau buat untuk buat aku lepaskan kau keluar dari sini. Apa pun alasan kau, aku takkan lepaskan kau. Faham?" ucap Adam cukup membuat Zuleikha faham.

Adam berundur setapak ke belakang. Kepalanya memberinya isyarat supaya memindahkan Zuleikha ke bilik khas. Sebaik sahaja Adam mahu melangkah pergi, telinganya menangkap bunyi esakan halus Zuleikha. Gadis itu sudah menangis.

Sinar Yang Pasti [Ongoing]Where stories live. Discover now