EPISODE 3

31 2 0
                                    

ZULEIKHA merenung barang basah dan kering yang banyak terletak di atas meja. Dia menggigit bibir dan mula ligat berfikir bagaimana untuk menyusun dan menyimpan barang-barang tersebut dengan rapi. Pesanan tegas Adam masih terngiang-ngiang supaya dia tidak menyakitkan mata lelaki itu apabila melihatnya nanti.

"Sebelum tu, aku kena fikir nak masak apa dulu" kali ini di menggigit jari.

Ya, dia harus mengeluarkan semula bakatnya dalam memasak setelah setahun tersimpan. Dia tidak mahu melakukan kesilapan dan menimbulkan kemarahan Adam semasa menjamah makanan yang bakal dimasak nanti.

"Cik Ikha nak saya tolong simpan ke?" suara teguran Azad mengalih perhatian Zuleikha.

"Eh, takpa. Saya boleh buat sendiri. Awak tak payah susah-susah nak tolong" laju Zuleikha menolak.

"Banyak ni Cik Ikha. Kesian pula kalau saya biarkan cik kemas sorang-sorang. Saya tolong, okay? Takpa, saya okay je Cik Ikha" kata Azad lagi.

"Takpalah, awak. Saya boleh je buat sorang. Lagipun, saya tak nak Tuan Adam nampak awak tolong saya. Manalah tahu dia tiba-tiba balik kejap lagi" balas Zuleikha bimbang akan hal itu. Dia takut dengan pandangan Adam. Perasaannya selalu berfikir diluar kotak dan sering menganggap Adam akan membunuh dirinya bila-bila masa sahaja. Maklumlah, dia ada insan yang tidak diundang dan berani meminta tempat tinggal yang selamat daripada Adam.

"Cik Ikha takut dengan Tuan Adam ke?" soal Azad sudah mula membangkitkan satu topik.

"Hah? Err...." Zuleikha kelu.

"Cik jangan risau, saya takkan bagitahu Tuan Adam" ucap Azad seakan faham dengan reaksi waiah Zuleikha yang teragak-agak untuk berkata. Pasti gadis itu bimbang jika dia memaklumkan kepada Adam jikalau mereka berdua mengumpat tentang hal yang buruk.

"Err, entahlah. Tapi, saya tak suka cara dia pandang. Tuan Adam nampak macam nak bu....

"Nak bunuh orang?" potong Azad.

"Hah? Errr..." Zuleikha mati kata.

"Jadi betullah Tuan Adam bunuh orang kan? Dah 3 tahun saya kerja jadi pengawal peribadi kat rumah Tuan Adam ni, Cik Ikha. Tapi saya tak tahu perangai sebenar dia. Saya tahu, Tuan Adam kaya sebab orang-orang bawah yang bekerja dengan Tuan Adam semua bagus-bagus. Group Masatae, kalau buat kerja, lagi cekap daripada polis. Dorang laju and tak ada siapa yang berani buat kacau kalau company lain ambil dorang untuk handle apa-apa project besar. Tapi tulah, setiap kali saya nampak Tuan Adam balik rumah ni, baju dia mesti ada darah. Lama-lama musykil juga apa yang dia buat" kata Azad panjang lebar.

Zuleikha tercengang. Dia masih tidak faham tentang pekerjaan Adam sebenarnya. Didalam kepalanya cuma ada fikiran negatif tentang Adam yang melaksanakan kegiatan jahat seperti menculik dan membunuh.

"Sebelum Tuan Adam culik saya semalam, saya ada nampak dia tikam orang" ingatan Zuleikha masih segar akan peristiwa kelmarin.

"Cik Ikha kena culik?" Azad sedikit membulat.

"Ya, Tuan Adam culik saya sebab saya nampak tu..." Zuleikha tertunduk. Dia mula bermain jarinya sendiri.

"Saya ingat, Tuan Adam memang ambil Cik Ikha bekerja untuk ganti Kak Jasmine. Tak sangka pulak dia..." Azad tidak menghabiskan ayat. Dia simpati melihat Zuleikha. Patutlah wajah Zuleikha bengkak. Ternyata gadis itu menangis kerana diculik.

"Saya minta maaf, cik. Saya bukan nak takutkan cik ke apa. Saya....

"Takpa. Saya okay je. Tuan Adam dah bawa saya datang sini pun, saya dah lega. Sekurang-kurangnya, dia tak bunuh atau tinggalkan saya kat tempat tu..." potong Zuleikha cuba berlagak tenang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sinar Yang Pasti [Ongoing]Where stories live. Discover now