BAB 1

15 1 0
                                    

AKU mendengus kasar. Berapa lama lagi harus aku menunggu, sudah hampir satu jam tiga puluh minit. Tiada kelibat mahupun bayang gadis itu di hadapan ku.

"Mana lah Ris ni!"
Mata aku mula mengerling jam tangan. Segala kebingungan kini bermain di fikiran ku.

"Oi Aisy! Terkejut tak?" Bahu aku terhinjut sedikit ke belakang, gara-gara ditepuk oleh teman ku. Pantas tangan aku menepuk kembali tubuhnya. Geram ya amat!

"Aisy, lama tunggu?" Tanya gadis itu kepadaku. Dalam keadaan begini pun menyempat dia menanyakan soalan yang tidak masuk akal. Memang meminta betul minah ni sorang.

"Lima tahun dah aku tunggu kau Ris! Tapi kan Ris aku rasa kalau aku tunggu kau dekat sini sampai lima tahun, mahu tak mereput aku. Silap-silap tinggal tengkorak je." Perliku panjang bersama jelingan yang tajam.

"Maaf lah Aisy, jalan jammed. Maklumlah ini kan Kuala Lumpur!" Mencelahnya cepat. Tidak mahu aku mengomel panjang.

Anak mata ku melilau mencari sebuah kereta Proton Myvi yang dipandu Ris. Namun, tiada satu pun bayangan keretanya.

"Kau cari apa?" Tanya Ris kepada ku.

"Mana kereta?" Singkat ku. Tidak ada mood hendak berbicara, dengan matahari yang tercacak di atas kepala dan panas teriknya lagi. Gila!

"Naik teksi tak boleh ke?"

Teksi? Ini lagi benar gila!

"Kereta buruk kau buat hal lagi ke? Kan aku dah cakap pergi trade in je"

"Kau ingat ini telefon ke, trade in- trade in!" Bengang Ris dengan kata-kataku. Aku Menyengih. Maklumlah aku kalau dah start bercakap memang habis dunia.

"Teksi ke LRT ke, pengangkutan awam juga kan. Jimat pun jimat. Udara pun tidak mudah tercemar." Kata Ris lagi yang masih tidak berpuas hati dengan omelanku.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Rasa serba salah pun ada juga. Aku menepuk mulutku beberapa kali. Mulut aku memang begini kalau dah mula bercakap. Bak kata orang mulut tidak ada insurans.

"Ris walaupun kereta kau tu buruk, tapi dia tetap banyak berjasa dengan kau. Maksud aku, termasuk aku lah sekali. Kita." Pujukku bersama mata yang sengaja dikebil-kebilkan.

Ris menarik muncung panjang. Mungkin dia masih terasa dengan kata-kataku tadi.

"Nak pujuk lah ni. Tahu dah! Aku tak marah pun Aisy, cuma aku sedih bila kau cakap kereta tu buruk. Sedangkan kereta tu pemberian wasiat dari Abah aku."

Aku lupa! Ris pernah cerita tentang keluarga dia dekat aku. Aku mengetuk kepala ku berulang-ulang kali. Kenapa lah otak ni! Gamaknya gabungan sel otak dah terputus.

"Ris maaf, aku lupa." Pantas tangan aku menarik Ris ke dalam dakapan ku, jujur aku tidak sanggup melihat dia menangis lagi. Sedaya-upaya aku cuba menenangkan emosinya supaya tidak terganggu dengan kata-kata yang ku lontarkan.

'*'*'*'*'*

USAI menanak nasi, telefon bimbit yang berada di atas meja kecil segera aku ambil. Kemudian, kunci skrin itu dibuka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 31 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ENCIK PHOTOGRAPHER PUJAAN HATI (OG) Where stories live. Discover now