satu

30 2 0
                                    

Senak perut aku. Dari tadi menahan tawa dengan kawan sendiri. Itulah aku dah cakap, jangan tengok dia nak tengok juga. Sebabnya, kalau dia tengok juga, macam inilah jadinya. Susah nak berhenti.

"Sakit perutlah, gila!"

"Ah bongok kau! Aku tahu kalau kau tengok, mesti kita tak boleh nak stop punya."

"Stop apa siak?"

"Stop gelaklah mangkuk ayun!"

Dan kami berdua bergelak lagi. Sehabis daya aku kepit nafas supaya tawaku tidak terhambur kuat. Tapi, tangan aku memang cakap awal-awallah tak boleh nak kawal! Tak tepuk meja, tampar bahu minah ni.

Si Senah ni bila aku dah tampar bahu dia, dia pun balas balik lagi kuat.

"Relaks dulu, kejap ambil nafas-humph!"

Aku menjedakan suasana kami. Sambil gaya cikgu jasmani kau acah tarik dan hembus nafas lepas warm-up dekat sekolah dulu-dulu.

Waktu tarik hembus nafas sajalah aku dengan dia serius. Selepas tu sambung gelak lagi. Sampai kejang urat dengan otot di muka dan perut.

"Bila nak habis ni?" Salma sedaya upaya menyoal dengan tawanya.

"Kau tu berhenti gelak dulu, baru kita habis." Aku mula mengelap sisa air mata hasil deraian tawa yang tak henti sedari tadi.

"Okey, sekarang macam mana nak stop ketawa?" Salma bertanya.

"Aku ada idea! Kau bangun lepas tu jalan pusing keliling kafe sambil garu ketiak. Kalau ada orang kat meja tu, kau pergi lepas tu garu depan dia."

Ya, aku memang sedang waras sekarang. Aku akui.

"Mana boleh! Tak rancak kalau aku seorang. Aku jalan sambil garu, lepas tu kau kena ikut aku. Lepas aku garu, aku bagi tangan aku, kau bau. Baru mantap Pak Abu!"

Pap!

Aku tampar manja kepala dia berlapik telapak tangan aku.

"Hehi hau hepam!" Kutukku galak.

"Hane hade. Hau hahum seja ho..." Salma pun sama naik sengau dengan aku.

Lagi berdekah kami gelak di situ.
Seperti tak hiraukan orang sekeliling. Lagi-lagi orang sebelah meja kami ni. Seolah dia tak ada saja di sebelah ini.

"Kesian dia wey. Kita gelakkan dia. Cuba kalau kita ada di tempat dia waktu tu, lepas orang gelakkan kita, kau tak rasa malu ke?"

Dalam seronok ketawa, aku tahu juga untuk simpati. Sebab tu orang cakap jangan seronok sangat takut nanti kena pada batang hidung sendiri. Jadi, ini kiranya aku sedar dirilah lagi.

"Eleh, kau pun sama. Kaulah paling teruk gelaknya. Meja kau tepuk-tepuk, aku kau tampar-tampar. Kalau tak kenang ada dekat kafe ni, mesti bunyi khinzir pun kau dah buat tadi."

Yalah benda lawak kot. Kau sangka aku nak gelak berbunyi hihihi? Itu gelak Cik ponti belakang rumah kau! Eh, baru aku perasan Cik ponti punya gelak lagi ayu dari aku yang perempuan tulen ni.

Apa daya? Dah tertulis takdir bungkusan kuah chicken chop black pepper seorang budak lelaki jatuh betul-betul tepat sebelah meja aku dengan Salma duduk.

Masalahnya, kuah dia tu jatuh jelepuk menuju hampir masuk ke bawah kerusi aku!

Dan aku sebagai tindak balas menghantar impuls mulut mengeluarkan latah!

"Wey mangkuk hayun hawau!"

Hah! Bila aku dah melatah, memang jadi panjang ceritalah antara aku dengan Salma.

Sedari diri terlatah kuat, laju aku tekup mulut. Sambil memberi isyarat pada Salma jangan lihat budak sebelah aku yang nak kutip bungkusan kuah chicken chop dia yang terjatuh tu.

QASY MELISSAWhere stories live. Discover now