"Nasi goreng daging merah satu, ya."
Tersenyum-senyum aku memesan oder. Satu, sebab bau wangi masakan dari dapur kedai makan menusuk rongga hidung. Kedua, aku terbayangkan nasi goreng panas dengan daging berkuah merah pekat rasanya manis tu.
Ya Allah, kecur liur dah ni!
"Makan ke bungkus?"
Erk! Salma nak makan sini ke nak makan bawa balik? Kalau aku cakap makan sini, tiba-tiba dia oder bungkus nasi ayam dari kedai sebelah, macam mana?
Kalau aku oder bungkus, nak makan sini atau bawa balik pun tak ada hal. Aduh, menyesal pula tak tanya Salma tadi.
"Erm bungkuslah."
"Tujuh ringgit, dik."
"Nasi goreng daging merah satu!"
Usai makcik cashier melaung menu pesananku, sekeping not bernilai RM10 aku hulur.
Setelah menerima baki, aku menghampiri meja kosong di situ lalu melabuh duduk. Dalam menunggu menahan lapar, aku hanyut dibawa lamunan mengenai mimpi tadi.
Patutkah aku terus mencari tahu atau abaikan?
Mimpi adalah mainan tidur. Lagi mainan bila tidur selepas waktu asar apalagi waktu subuh. Kalau mimpi yang perlu diambil kisah adalah pada waktu sepertiga malam tu. Itu baru ada logik.
Bila mimpi accident motosikal, kau rasa lepas ni aku ada hati nak ambil lesen? Heh, minta simpang! Kena pulak terseret jalan tar, patah tulang sana sini dengan darah keluar tak henti, uhh... Ngeri!
Dan mungkin lepas ni, aku dah jarang membonceng dengan Salma.
Secara tak sengaja aku teringatkan janjiku pada Salma. Dia menggesaku untuk belajar menunggang motosikal hujung minggu ni!
Awalnya aku terpujuk untuk belajar walau hati cukup berat, dan bila mimpi kemalangan motosikal, kau rasa relevankah alasan tu untuk aku beri pada Salma?
Untuk dapat lesen kereta pun dah cukup semput, inikan dia suruh aku belajar moto?
Nehihe!
Argh! Suka hati akulah. Salma tak boleh paksa-paksa aku. Dia bukannya mak aku atau adik beradik aku ke, jadi dia tak boleh suruh aku sesuka suki hati dia. Lagipula, memang dari awal aku tak berkenan nak belajar, Salma aje yang beria nak aku bonceng dia pulak.
Hugh!
Aku pandang keliling. Ramai juga orang makan di kedai makan ni hari ni. Kebanyakan pelajar dari satu universiti aku juga. Mungkin sebab dekat dan murah menunya.
Hidupkan telefon, aku memilih membuka aplikasi TikTok. Tak sampai tiga saat video yang terlayar di ruang suapan, hampir kesemuanya bosan-bosan. Video yang lawak pun, aku tonton dengan muka tak berperasaan.
Sudahlah hari aku tak berapa berwarna hari ni, fyp TikTok pun tak rancak, memang sendulah hidup aku ni.
Tak senang duduk, aku buka pula Instagram.
Feed kali ni buatkan aku sedikit bersemangat. Mana taknya, lelaki misteri idaman posing atas superbike.
Padahal mukanya sekalipun tak pernah reveal, tapi aku dah tersengih-sengih macam kerang busuk.
Lama ya dia tak post, kali ni aku buka Instagram, dia post. Sibuk agaknya. Biasalah, lelaki mahal. Selalu sibuk berurusan hal penting. Bukan pasang niat mencurang! Tiber!
Sejurus double tap pada gambar lelaki itu, Salma muncul di depan mata. Bersama bungkusan plastik putih. Cepat pula nasi ayam dia siap bungkus kali ni.
"Cepat pula ayam kau kena tetak hari ni!"
YOU ARE READING
QASY MELISSA
Romance"Kau mudah percaya orang, itu silap kau." ―Malik "Percayakan kau sekalipun?" ―Melissa Beautiful cover by : Dyannrose Start: 4/6/24