dua

17 2 0
                                    

Turun saja dari motosikal Salma, sesudah menanggalkan topi keledar, kononnya tadi mahu lepaskan keluhan seberat beban di bahu, semuanya terus sirna hanya kerana ternampak sosok berbulu melintasi kami di tempat parkir motosikal.

"Woi, Sarimah! Eksen kau ek? Aku belanja kau wetfood tau dua hari lepas! Kau boleh buat tak nampak pulak aku eh?" Bebelku sambil memandang kucing betina berbulu coklat lembut itu.

Sarimah hanya memandang sekilas dek kerana suaraku yang lantang lalu kembali berjalan tiada arah tuju.

Haish! Aku ni pantang nampak kucing bersenang-lenang. Bersyukurlah tak kena stres belajar, tak perlu bangun awal pagi pergi ke kelas. Yang dia tahu, dekat sini semua orang sayang dia. Selalu dapat makan free pulak tu. Siap orang suapkan! Mengada!

Tak puas hati, laju aku pamit mendekati Sarimah. Ada sesuatu yang aku perlu beritahu dia.

"Sarimah! Kejaplah. Aku nak borak dengan kau ni." Aku menyekat laluan dia. Lalu duduk mencangkung berhadapan Sarimah sambil mengusap kepalanya lembut.

"Meow..." Meleret bunyinya. Nak bermanja dia ni.

Terus aku dukung dia sambil berjalan ke arah Salma yang sedang mengunci motosikalnya.

"Dia dah bosan la dengan kau." Salma tetiba ingin mematikan semangat hidup aku yang baru bersinar setelah jumpak Sarimah tadi.

"Taklah! Tengok ni! Dia diam aje aku dukung dia. Itu maknanya dia suka. Kan Sarimah kan?" Aku gosok-gosok bawah dagu Sarimah dengan jemariku buatkan dia memanjangkan lehernya sambil memejam mata.

Tahu, itu tempat kegemaran kucing kalau ingin diusap.

"Ikut suka kaulah, Mel. Jangan sampai dia membuang di bilik sudahlah."

Aku dan Salma kini berjalan menuju ke bilik kami.

"Kejap je aku nak main dengan dia. Rindu semacam!" Makin kuat aku tekap pelukan Sarimah ke dada.

"Meow..."

"Ya, kenapa Sarimah? Ada jantan nak try kau hari ni?"

"Meow..."

"Ada? Uish! Boleh tahan jugak kau eh? Lepas tu kau dengan dia buat projek la?"

"Meow..." Aku usap-usap kepala Sarimah.

Salma di sebelah dah menggeleng kepala. Mesti dia nak mengata aku tak ada benda lain nak dibualkan dengan makhluk berbulu ni.

"Habislah! Lepas ni kau bunting lagi! Lepas tu, anak-anak kau biar merata."

Sebelum ni, ada dah anak-anak Sarimah. Tiga ekor kalau tak silap. Tapi, semuanya dah besar dan pergi entah ke mana. Awal dia orang berdikari.

Tiba saja depan pintu bilik, aku menunggu Salma membuka kunci pintu bilik. Sebaik sahaja pintu dikuak, laju saja Sarimah menerpa masuk ke dalam.

Tak menyabar.

Dan aku terus melabuh duduk di katil sambil mengeluh.

"Penatnya. Aku lapar. Dapat nasi goreng daging merah pun jadilah!"

"Solat asar dulu. Nanti lepas maghrib kita beli makan luar." Suruh Salma. Risau aku tertidur agaknya memandangkan aku sudah merebahkan badan membaringkan diri.

Aku renung siling putih. Terkenangkan arahan pensyarah sewaktu kelas tadi mengarah supaya kami berkumpulan campur lelaki dan perempuan untuk tugasan assignment.

Tanpa sedar aku mengeluh lagi.

Macam mana ya nak berbincang nanti? Sudahlah kena buat pembentangan bila dah siap nanti. Aduh, tak suka betul bila kena buat kerja berkait dengan lain jantina ni.

QASY MELISSAWhere stories live. Discover now