Saya tolak pintu bilik perlahan-lahan. Time tu Iqbal tengah solat jadi dia membelakangi pintu.
Bila saya masuk dia sudah siap lalu berdiri."Awak tak tunggu saya untuk solat sama-sama ke?" Tanya saya dengan nada sopan memandangnya.
Dia pandang saya sekilas lalu."Kalau saya tunggu awak, alamatnya saya akan terlepas solat." Jawapan Iqbal agak kasar.
Saya angguk. 'Takpelah lagipun baru tadi saya tahu saya cuti.
Tapi tak pernah pula awak buat macam ni sebelum ni. Selalunya tetap dia tanya saya nak solat sama-sama ke tak walaupun dia tahu saya cuti hari tu.
Iqbal marah sangat kot.'Malam tu time makan malam pun dia hanya diam masa makan. Bila Umi dan papa atau yang lain tanya baru dia bagi respon.
Ketika semua sudah selesai makan. Saya bantu Kak Ju bersihkan meja dan basuh pinggan.
Kemudian saya ke ruang tamu ingin mengusik si kembar. Namun hasrat saya terhenti bila nampak Iqbal ada di situ dengan si kembar ada di sebelah-menyebelah Iqbal. Saya pun hanya duduk berhadapan mereka dengan Umi dan papa yang ada di sebelah kiri saya.
"Kak Rish,Ina nak tanya sesuatu boleh?" Kata Ina yang tiba-tiba menghampiri saya. Lalu mendepakan tangan seolah-olah ingin minta di dukung.
"Boleh." Lalu saya angkat Ina dalam dukungan saya."Ina nak tanya apa tadi?"
"Kak Rish, kalau anak buah tu apa ye?"Comel je pertanyaan Ina seperti jerat.
Dengan tiba-tiba papa menyampuk." Anak buah tu Ina kalau Kak Rish dengan angah kamu ada anak. Jadi anak mereka tu anak buah Ina."
Mendengar kata-kata papa hanya buat saya seperti pahit untuk menelan air liur sendiri.
Lagi satu saya sangat yakin bahawa Iqbal sedang memandang saya."Jadi anak Kak Rish dan angah anak buah Ina. Kalau macam tu."Ina memandang saya." Kak Rish, Ina nak anak buah boleh?"
Alahai budak ni.Kalau boleh saya nak sangat lari cepat-cepat dari sini."Ina, jangan minta Kak Rish macam tu.Kalau Ina nak anak buah, Umi dengan papa lagilah dah lama sangat nak menimang cucu."
Aduhai!!! Ina sorang dah buat saya nak lari apalagi kalau Umi ngan papa, mungkin saya dah boleh menang pingat emas dalam larian."Umi ngan papa janganlah dulu cakap macam tu, Along pun baru tunang bulan lepas. Tak bolehlah cucu pertama lahir dari yang anak kedua kan?" Kata Along sambil melihat Iqbal.
Walau kata-kata kak long seperti penyelamat namun saya yakin ada seseorang yang sedang terkesan.
Iqbal yang sedar maksud Along terus membalingkan bantal ke tempat Along.
Kami semua apalagi pecah juga tawa.Selesai masalah di ruang tamu.
Ketika di bilik, saya sedang menyusun semua barang-barang saya dengan Iqbal ke dalam almari baju. Iqbal pula hanya duduk di atas katil sambil bermain game dalam telefonnya.
Saya nak sangat berborak dengan dia tapi bila lihat riak wajah dia still macam petang tu saya terus batalkan niat. Saya macam dah rindulah pula bila tak dengar suara dia. Rasa nak peluk pastu pukul dia kuat-kuat pun ada.
~Iqbal~
Saya bukan nak teruskan marah saya dari petang tu namun mungkin dia perlukan masa kot. Biarlah dia berfikir lama-lama. Saya faham kita tak boleh paksa seseorang.
Saya akui Nurish sebenarnya isteri yang baik. Tapi cara dia layan saya tu je saya tak boleh terima. Mungkin sebab dia tua dua tahun atau sebab dia matang dah kot tulah sebab kotlah.
Tapi malam ni,saya tertarik lah macam mana kami nak tidur kalau hanya ada sehelai je selimut sebab kalau tempat mama dan Walid, walau sekatil masing-masing ada selimut.
Banyak betullah keunikan pasangan kita ni Rish.
Tanpa disedari, Iqbal tersenyum sendiri.~Nurish~
Kenapa dia tu? Apa dia gembira sangat tinggu phone dia tu. Isteri kat depan ni dia tak pandang langsung.
Nak je saya cubit pipi dia yang comel tu. Tapi, takpelah.
"A...awak. Esok saya nak minta izin untuk keluar rumah boleh?" Akhirnya saya memberanikan diri untuk bercakap dengannya.
Dia pandang saya."Buat apa nak keluar esok? Penting ke?"
"Umi yang ajak." Jawab saya perlahan.
"Umi? Boleh kalau saya driver."
"Awak nak ikut?" Tanya saya sedikit teruja.
"Nape? Tak bolehlah?"
"Tak bukan itu maksud saya, kalau awak ikut,okylah tu. Memang Umi suruh saya ajak awak pun."
"Baiklah. Tidurlah dan lewat malam dah ni."
Saya pun turutkan je. Namun saya tak dapat tidur sebab sejuk baru saya sedar selimut hanya satu je. Terpaksalah saya sedikit merapati Iqbal. Baru rasa sikit haba dah sejuk balik, terpaksa dekat lagi sebab macam sengaja je selimut tu pandai lari. Isteri apalah jenis saya ni? Nak dekat suami pun macam dekat pembunuh. Takut.
Ehh kenapa saya rasa harum dan selesa je ni. Macam ada seorang dekat sangat.
Saya buka mata perlahan-lahan. Dada siapa ni? Bila saya dongak. Iqbal tengah pandang saya sambil peluk saya. Dia bagi senyuman paling manis. Saya tengok sekeliling. Baru sedar. Terkejut. "Awak dah solat subuh?" Cuba melarikan diri.
Iqbal angguk.
"Habis kenapa tak kejutkan saya?" Saya tanya Iqbal."Awak bukan cutikeh,sayang?"
Tanya Iqbal dengan senyuman.Saya cepat-cepat bangun.
"Eeh!! Sayang awak kenapa?"
"Awak lupa ke? Umi ajak keluar. Cepat pergi siap."
"Baiklah sayang." Iqbal berdiri. Kemudian mendekati telinga saya dengan membisikkan sesuatu."Sejak kita kahwin sampai sekarang, baru semalam tidur saya nyenyak sangat."
Saya terpegun lalu memukul Iqbal dengan bantal."Cepatlah siap." Dia berlalu pergi dengan ketawa.
Sorry kalau membosankan.