Part 1

5 0 0
                                    


"Awak nak balik kat rumah Umi dan papa tak hari ni? Umi kata dia nak kita tidur sana untuk beberapa hari. Lagipun dah lama kita tak balik sana kan?"Aku tanya pelan-pelan sambil lihat Nurish sedang memikir sebab riak wajah dia nampak kosong je.

"Erm...boleh juga lagipun dah lama kita tak jumpa Umi ngan papa. Ris ikut je kalau Iqbal nak balik." Katanya sambil angguk.

"Baiklah kalau gitu, kita packing lah kan. Awal gerak awal sampai." Kata aku dengan gembira.

Nurish angguk senyum je.

(Iqbal POV)
Meskipun isteri Aku yang bernama Nurish ni lebih tua dua tahun dari Aku, kadang Aku rasa macam apa yang aku minta kadang dia layan macam Aku ni adik dia je. Tua dua tahun je kot.

(Nurish POV)
Perkahwinan kami baru sebulan lebih dan kalau Iqbal rasa aku layan dia macam adik sebenarnya tak. Aku dah berusaha untuk layan dia sebagai seorang suami meski beza umur tu ada. Aku sedang cuba untuk jadi isteri yang baik untuk dia.

"Rish awak hujung minggu ni ada hal penting nak diuruskan ke?"

"Takde, kenapa?"

"Saya fikir lebih baik kita pergi honeymoon."

"Haih!! Awak ni jangan lah bergurau. Kita kan dah pergi lepas kahwin dulu."

"Tapi yang dulu tu lain. Time tu kita sepatutnya mengeratkan hubungan kita. Tapi oleh sebab syarikat ada urusan bisnes yang mendadak, saya terpaksa tinggalkan awak sorang-sorang kat situ."

"Takpelah awak,jangan bazirkan duit untuk hal biasa."

"Tak Rish...saya nak cuba untuk menebus balik apa yang saya buat kat awak. Seorang suami tak sepatutnya tinggalkan isteri dia sorang-sorang kat tempat tu."

"Yelah. Kalau itu yang awak nak saya ikut je."

"Betul ni?"

"Betullah."

"Kenapa saya rasa awak sebenarnya layan saya macam adik awak je. Beza umur kita dua tahun jah kot. Tapi layanan yang awak berikan pada saya dari kita kahwin sampai sekarang tak lebih dari seorang adik tau tak."Iqbal mula seperti nada orang marah.

"Ke..kenapa awak fikir macam tu? Bukankah memang patut seorang isteri taat pada suami dia?"Nurish menjawab teragak-agak, takut akan menambahkan lagi marah suaminya.

"Tak,kalau taat pun taklah sampai macam awak sekali. Awak patutnya bagi juga pendapat awak tapi ni tak awak ikut je kemahuan saya seolah-olah hanya saya yang nakkan hubungan kita ni."

Aku tak mahu beri sebarang penjelasan lagi kat Iqbal. Kalau saya cakap lagi tentu dia akan rasa menyampah nanti dan inilah kali pertama Iqbal marah sangat kat saya.

Saya pandang dia dari tepi, dia
marah sangat. Dan satu kata pun dia tak cakap lagi sampailah tiba kat perkarangan rumah Umi dan papa.
Dia terus je keluarkan semua beg dan bagasi kami lalu terus masuk rumah dan tinggalkan saya sorang kat luar. Mungkin memang salah saya kot. Mungkin... saya memang layan dia macam adik kot. Tapi...takpelah.

Saya terus masuk ke dalam lalu bersapa dengan mereka semua. Umi, papa,long, Ina, si kembar dan Aqis . Iqbal ada 5 orang adik beradik. Iqbal angah.
Lalu aku menuju ke arah mereka semua.

" Hah! Baru sampai?" Tanya Umi.

"Ye Umi."

"Rish kenapa Iqbal nampak marah tu? Kamu gaduh keh?" Tanya papa pula.

"Taklah papa. Kalau ada pun hal biasa je."

"Rish jangan main-main dengan hal-hal yang biasa ni. Kadang hal-hal biasa lah yang mendatangkan masalah besar tau. Angah nampak macam tak matang tapi dia sebenarnya nak
sangat jaga Rish tau." Sampuk Kak long tiba-tiba.

Kata-kata kak long buat saya sedikit terharu namun... ."Baiklah kak long." Jawab aku sambil senyum malu.

"Macam mana dengan besan kami? Sihatkah mereka?" Tanya Umi lagi.

"Alhamdulillah sihat Umi." Jawab aku dengan anggukkan.

"Baiklah kalau begitu, Rish dengan Iqbal rehatlah dulu. Nanti bila dah makan malam siap. Nanti Umi minta Kak Ju (pembantu rumah) panggilkan." Kata Umi lagi.

"Baik Umi. Rish naik dulu." Dengan langkah naik ke tingkat atas menuju ke bilik kami.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Husband?Where stories live. Discover now