"Aeril, aku rasa tak sedap hati." Zyad mengenggam tangannya sendiri. Hati berasa sesuatu yang tidak menyenangkannya. Tetapi apakah perasaan itu? Apa yang bakal terjadi?
Dia menghela nafas perlahan "aku nak kau hantar assistant aku pulang ke Malaysia untuk mengintip Elryna." Perlahan lahan Aeril mula mengejeknya "belum move on? Hm? Sampai suruh aku hantar assistant kau pulang ke Malaysia untuk mengintip Elryna bagai, nampak sangat."
"Mana ada. Cuma rasa tidak sedap hati sahaja, mana ada aku sayang dia pun." Dia menjeling. "Jujur sahaja lah, Zyad. Kau kan jenisnya tidak lepaskan sesuatu milik engkau. Jadi aku tidak percaya akan kata kata engkau bahawa engkau telah melupakan Elryna."
Dia menghela nafas. "Aku cuma geram sahaja dengan Elryna, tergamak dia rahsiakan masa lalunya? Siapa aku bagi dia? Jikalau dia anggap aku sebagai suaminya.. Pasti dia tidak akan rahsiakan apa apa kisah silam pahitnya dariku."
"Aku terima dia seadanya walaupun dengan keadaan masa lalu pahitnya itu. Tetapi aku cuma geram dengan perangainya yang jenis menyimpan rahsia kepadaku." Aeril menggeleng. "Aik, dah tu kenapa engkau ceraikan dia?"
"Aku fikir ceraikan dia itu lah salah satu cara yang terbaik untuk lupakan dia, lupakan sakit yang aku rasa tetapi aku salah. Aku.. Aku tak boleh hidup tanpa Elryna. Aku tidak tahu mengapa tetapi.. Ada sesuatu darinya yang membuatkan aku sukar untuk melepaskan dia dari dakapanku. Aku menyesal ceraikan dia."
"Tapi.. Kau dah cerai dengan dia.. Sudah talak.. Mana boleh kamu berdua mahu mengahwini sesama sendiri semula. Sudah boleh dikatakan itu haram." Aeril menumpang masuk. "Aku tahu.. Tapi.."
Kepalanya mendongak sedikit mengalihkan pandangannya, lilau kearah tingkap besi itu. Langit cerah, burung berterbangan. "Aku, hamba Allah yang bertimpal timpal dosanya. Aku tidak dapat membezakan perkara halal dan haram. Aku cuba perbaiki diri. Tetapi aku gagal."
"Hadirnya Elryna didalam hidup aku, dia lah yang sabar mengajar aku untuk perbaiki diri, kembali ke jalan yang benar. Aku sedar bahawa pendosa seperti aku ini, tidak layak untuk memiliki seorang bidadari yang suci sabar hatinya. Sejak adanya Elryna didalam hidupku.. Dari situ lah aku dengan perlahan sedar akan hal halal dan hara-"
Kata-katanya dipotong oleh Aeril. "Jujur, engkau masih sayangkan Elryna, bukan?" Dengan perlahan, kepalanya diangguk lembut. "Aku.. Menyesal. Jikalau boleh masa kita putar semula pada waktu dimana aku masih bersama Elryna, akan aku cuba untuk menahan amarah didalam hatiku, dan cuba untuk mempertahankan hubungan kami." Riak wajah Zyad, sedih.
Aeril tersenyum apabila alunan kata-kata Zyad lancar ditelinganya. "Apa gunanya aku disini jikalau bukan untuk bantu engkau?" Bantu? Riak wajah Zyad berubah, apa ada harapan untuk membina semula rumahtangga antaranya dan Elryna yang telah hancur berkecai itu semula?
"Hah? Maksud engkau.. Engkau mahu bantu aku..?" Aeril mengangguk dengan yakinnya. "Siapalah engkau jikalau tiada aku untuk membantu kau dalam masalah rumah tangga kau orang berdua ini"
Ujarnya sambil tergelak. Ada benarnya. Kerana jikalau ada seribu satu pertelingkahan dari Elryna dan Aafazyad, Aeril lah orang pertama yang sudi membantu membina semula Rumahtangga mereka yang hampir musnah.
Kata-kata Aeril itu tidak gagal untuk mengusik hati Aafazyad yang sedang berduka. "Ada ada sahajalah engkau. Hm.. Boleh lah.. Tiada kau, susah juga aku. Siapkan lah assistant assistant aku. Hantar mereka pulang ketanah air, cari lokasi Elryna, intip dia. Panggil mereka kemari, aku mahu huraikan kesemua tugas tugasan mereka. Aku mahu didalam kalangan 7 orang."
Dedaun pintu dibuka, sosok 7 jejaka yang gagah gagah semuanya sedang berdiri dihadapan Zyad. "Kau orang semua ini kah yang dipilih oleh Aeril?" Selepas ujar Zyad itu, mereka semua lantas mengangguk kepala tanpa sebarang kemusykilan.
"Boleh kah aku mempercayai kau orang semua? Hm?" Dia mula dengan perlahan menganjak kaki, sedikit demi sedikit berpusing mengelilingi mereka semua. Aura Zyad yang bercampur aduk dengan kekejaman itu dapat dirasai mereka semua.
Hati berdegup kencang.
"Baiklah.. Apa apa sahajalah, aku panggil kau orang semua kemari, adalah untuk menghurai kesemua tugas kamu. Setiap seorang, bakal diberikan tugas. Sekali aku tangkap sesiapa yang makan gaji buta.. Siap siap, sekali organ kau aku jual."
Jari telunjuknya lantas diarahkan kesalah seorang dari mereka. "Kau, nama kau?" Dengan lantas dia menjawab "Ashraz.. Ashraz Zikri." Jawapannya dengan segera, tidak kaku.
"Ashraz.. Aku amanahkan engkau, untuk menjaga Cik Elryna dari jauh, 24 jam." Dia lantas mengangguk. Sosok disebelahnya pula diseru Zyad "engkau.. Nama?"
"Adnan Fauzry." Zyad mengangguk. "Adnan.. Okey baik.. Aku amanahkan engkau dengan tugas, Update aktiviti harian Cik Iraa kepada Aeril, jangan risau, dia akan direct kepadaku."
"Kau." Sosok disebelahnya. "Farhan Mokhtar!" Tegas dia menjawabnya. "Ah, lantas cekap, aku suka tenaga engkau. Farhan, tugasan engkau, hantar makanan kepada Elryna."
"Eh?" Kening Farhan ternaik seketika "apa maksud Tuan..?" Zyad menggeleng. "Aku akan suruh sesiapa sahaja dari kamu semua untuk belikab makanan kepada Cik Elryna, makanan itu diberikan kepada engkau, dan tugas engkau, hantarnya dihadapan rumah Cik Iraa."
Banyak ya tugasan yang diberi oleh Zyad.
"Kepada yang lain, tugas engkau, teman mereka yang diamanahkan tugas ini. Senang cerita jadi bodyguard juga kepada Elryna. Itu akhir kata aku. Malam ini aku hantar kau orang semua balik ke Malaysia, lokasi akan aku hantar pada kau orang semua sebaik sahaja kamu semua sudah sampai ke tanah air."
Mereka semua mengangguk. "Sekarang, pergi. Oh ya, jikalau kau orang semua nampak Cik Iraa rapat dengan seorang jejaka yang bernama Aden, jangan berberat hati mahu laporkan itu kepadaku. Aku lebih suka jikalau kau orang laporkan hal fasal jantan itu kepadaku. Perampas rumah tangga orang."
Mereka angguk buat kali yang kedua.
"Aden.. Kau pasti kah? Kau mahu halalkan aku?" Kata kata ku itu, dengan perlahan membina sebuah senyuman diwajah Aden "yee Cik Iraa yang comell, niat aku untuk halalkan engkau, jaga engkau. Aku tiada niat jahat pun yang terlintas dikepala otak aku ini. Lagipun.. Kesian Zrie, tiada kasih sayang seorang ayah lagi.."
"Tidak patut Zyad ceraikan engkau.. Wanita secantik kau, sosok bidadari ini tidak layak ditinggalkan. Walaupun dengan masa lalu engkau.. Tetapi itu sudah dilabel kisah silam.. Dan bukan lagi kisah pada waktu kini. Past is past."
"Everyone deserve a second chance.. Sebab itu lah aku terima engkau seadanya Iraa." Kata katanya itu, sebak hati aku. "Menggatal aja lah engkau ini Aden. Mentang mentang aku janda haaa, ramai lah orang minat janda kan? Haha gurau sahajalah!"
"Tetapi.. Terima kasih ya kerana dengan hati yang ikhlas kau menerima kekurangan aku. Semoga.. Aku bakal menjadi isteri yang terbaik untuk engkau.. Aku.. Akan pastikan.. Pegang kata kataku.."
Tergelak Aden. "Maybe in a month, then, aku akan halalkan engkau."
"Tunggu aku ya, Elryna Sapphira binti Asmand."

ANDA SEDANG MEMBACA
OG | REMAKE | 𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
RomantikWhat's mine will forever be mine 𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 𝐬𝟏 : 𝐨𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐯𝐞 JANGAN PELIK KALAU JALANNYA MACAM PELIK II SEBAB SAYA NAK TULIS BALIK