HARIZ EREMAN.Sebaris nama yang takkan pernah luput di hati mahupun fikiran seorang wanita yang bernama Adreanna Areesa.Masa lalu mengajar dia erti melepaskan walaupun perit yang menemani.
Gadis itu melepaskan Hariz dengan berlapang dada serta dengan hati yang terbuka.Melepaskan itu bukan mudah,tetapi jika ia terus disimpan,parut itu tidak akan pernah sembuh.Adreanna sangat berharap bahawa jejaka itu tidak menghantui hidupnya buat kesekian kalinya.Cukuplah dengan apa yang dilalui.Risau jika ada hati yang akan mati.
Kejadian disebuah pantai menemukan dia dengan jejaka yang dia turut rindui.Shafik,seorang lelaki yang pernah menghuni hatinya suatu ketika dahulu sebelum nama Hariz muncul.
Setelah kejadian di pantai itu,hidup Adreanna seolah olah mula diburu.Diburu kisah silam atau kisah yang mendatang? Adreanna tiada jawapan untuk itu.Seorang jejaka yang bernama Shafik tidak kenal erti lelah untuk terus berada di samping wanita yang dia cintai walaupun bahaya yang menjadi peneman.
Adreanna buntu.Dia tidak pernah melakukan perkara yang tidak elok tetapi mengapa ada seseorang yang seperti mahukan nyawanya?
Semuanya menjadi punah ranah apabila Hariz dengan beraninya muncul semula untuk kembali bersama dengan Adreanna serta menginginkan hubungan yang pernah terjalin suatu ketika dahulu.
"Saya masih cintakan awak Adreanna.Sentiasa!Susah sangat ke awak nak faham perasaan saya?Saya nak...kita seperti dahulu?"-Hariz Ereman
"Tidak semudah itu Mr Hariz.Semuanya terlalu tiba tiba untuk saya.Saya tak mahu hati saya terluka buat kesekian kalinya dengan harapan palsu yang awak sentiasa taburi!"-Adreanna Areesa
Kemunculan Hariz bukanlah suatu perkara yang mudah bagi Adreanna.Apatah lagi hidupnya sudah berubah.Malapetaka mungkin berada di mana mana,tidak mengenal tempat dan masa.Tetapi sejak adanya Hariz di sisi,nyawanya bagaikan sedikit selamat.Seolah olah hidupnya akan kembali normal seperti dahulu.
Setelah hubungan telah halal kerana cinta yang hadir tanpa diundang,maka luka juga turut mengambil tempat untuk sentiasa menyakiti.Adreanna jatuh sekali lagi.Apatah lagi kebenaran yang terbongkar bagai merobek robek jiwanya sebagai seorang isteri kepada Hariz Ereman.
Apakah hati itu bisa bertahan lagi?Ataupun segalanya diserahkan kepada takdir yang seolah olah tidak memberi ruang pada Adreanna untuk merasakan bahagia?
Apakah Hariz dapat menebus kembali kesilapannya? Atau jejaka itu akan dihurungi rasa bersalah yang berterusan?
-------------------
'Trust me and my heart is yours'
YOU ARE READING
Protect Our Love S2 [2025]
RomanceSIAPA sahaja yang tak sakit hati bila kekasih dambaan hati tiba tiba sahaja buat pengumuman yang dia akan berkahwin tak lama lagi? Itu semua terjadi pada Adreanna Areesa!Wanita yang banyak bersedih tentang nasib hidup yang tak sentiasa menyebelahin...