WAJAH cengkung dan pucat suaminya ditatap tidak puas.Agaknya,bila mereka boleh bersama melakar memori terindah lagi ya seperti dahulu ?Apakah dunia ini terlalu kejam,atau... manusia yang wujud di muka bumi ini?
Adreanna tersenyum segaris saat melihat wajah itu.Di dalam hatinya berbisik sesuatu yang mampu untuk menumpahkan air mahal yang tidak mampu dibeli.Satu suara yang pernah Adreanna dengar di sebuah laman sosial kembali berputar di kotak fikiran.
'Di akhiri cerita,kita takkan bersama .Tetapi dunia menjadi saksi bahawa kita pernah bahagia bersama.Semoga abang kuat di dalam sana.Adreanna akan tunggu'
"Don't cry.I hate is so much when I see you crying hard like that, pretty"
Bahu Adreanna terhinggut hinggut.Dia tidak mampu mengangkat pandangan untuk bersabung mata dengan lelaki itu.
Hariz hanya tersenyum pahit.Andai masa boleh diputar,masakan semua ini akan berlaku.
"Saya tunggu awak...Hana tunggu awak.Kami tunggu awak.Semoga awak sihat selalu,abang"Adreanna akhiri ucapannya dengan perkataan yang dia sangat dirindui untuk disebut.Tetapi perkataan itu bagaikan racun berbisa baginya sekarang.Bagai dapat meninggalkan kesan yang paling dalam di sudut hati.
Hariz mengangguk lemah.Dia akan kuat demi keluarganya.
"Maafkan saya Adreanna,saya bukanlah suami yang baik buat awak.Maafkan saya jika selama ini saya lukakan awak.Maafk-"
"Tak awak tak pernah salah Hariz.Saya tak pernah salahkan awak!"keras Adreanna menafi.Dia tidak mahu Hariz berterusan menyalahkan dirinya .Ini bukanlah diri Hariz Ereman yang dia kenal!
Hariz menekur pandangan ke lantai.Sisa cecair jernih yang berterusan mengalir diseka perlahan menggunakan belakang ibu jari.Dia akan tetap salahkan dirinya sendiri jika ada apa apa lagi yang berlaku kepada keluarganya.
"Hariz.Satu sahaja perkara yang awak boleh buat untuk tebus balik semua kesilapan yang telah awak lakukan pada saya"Adreanna cuba memancing perhatian Hariz yang kelihatan sungguh gelisah itu.
Dan ya,taktik itu menjadi.Laju sahaja kepala Hariz diangkat.Mata mereka bertaut untuk beberapa ketika.Wajah masing masing sudah sembap dan dipenuhi air mata yang galak menuruni.
Adreanna mengambil nafas sedalam dalamnya untuk meneruskan kata.
"Kembali pada kami Hariz.Itu je yang saya minta.Dan awak jangan risau,saya akan setia untuk tunggu awak kembali.Hana perlukan awak..Dia sentiasa rindukan pelukan hangat awak Hariz,jadi kembali kepada kami secepat mungkin"walaupun ayat terakhir itu kedengaran mustahil,tetapi Adreanna ingin memberi sinar harapan kepada suaminya untuk terus bertahan.
Hariz membisu,tapi air matanya galak turun tanpa segan silu.
"I'm trying pretty... I'm trying........"
"For us....."
"Just.......trust me..and my heart is yours wherever you are "
.
5/6/24
YOU ARE READING
Protect Our Love S2 [2025]
RomanceSIAPA sahaja yang tak sakit hati bila kekasih dambaan hati tiba tiba sahaja buat pengumuman yang dia akan berkahwin tak lama lagi? Itu semua terjadi pada Adreanna Areesa!Wanita yang banyak bersedih tentang nasib hidup yang tak sentiasa menyebelahin...