[Bab 4] Peristiwa Semalam

13 9 0
                                    

                         Amesha kelam-kabut menuruni anak tangga sambil memegang bagasi berwarna ungu. Dari kejauhan, mak cik Suria yang baru siap memasak melangkah keluar dari ruang dapur untuk membantu anak saudaranya memindahkan barang ke hadapan pintu rumah.

"Bukan ke waktu penerbangan kau pukul 10 pagi?" Soal Suria penuh tanda tanya.

"A'ah, pukul 10." Jawab Amesha sambil meletakkan bagasi di tepi pintu kayu.

"Habis itu, kenapa kalut semacam macam nak lari dari rumah aje mak ngah nampak." Ujar Suria dengan nada biasa walaupun terdengar seperti menyindir.

Amesha yang sedang meneliti beberapa beg pakaian dan barangan keperluan lantas berhenti.

"Mesha nak pergi bandar dulu sebelum naik flight. Ada barang nak beli sebagai buah tangan untuk housemate. Nanti apa pula kata mereka kalau balik dengan tangan kosong sahaja." Jawab Amesha dengan penuh teliti.

Suria angguk kepala tanda bersetuju dengan kata-kata Amesha. Sesaat, mukanya mencebik.

"Tapi kalau dah balik sana, habis itu bila pula nak balik sini semula. Jenguk mak kau yang terlentang atas rumah tu?"

Dah mula sudah. Amesha yang mendengar hanya kembali menyusun barangannya. Buat-buat tak dengar pilihan yang bagus waktu itu.

"Eh, senyap kenapa. Mulut dah hilang ke? Ke aku cakap sorang-sorang. Mungkin dengan tunggul kayu gamaknya." Perli Suria. Geram tengok anak saudara 'kesayangannya' tiada apa-apa reaksi.

Amesha kekal dengan kerjanya menyemak barang yang hendak dibawa pergi ke Terengganu. Tidak hirau sama sekali dengan perkataan yang diutarakan mak ngahnya. Apa? Ingat dia peduli? Memang tak dia tak peduli! Mestilah. Pening kan..

Suria menghampiri Amesha.

"Mak ngah cakap dengan kamu sekarang ni. Bukan dengan tunggul kayu."

Mata Suria sudah mencerlung tajam ke arah Amesha. Susah betul cakap dengan orang bisu ni kan.

"Nor Amesha! Jangan buat-buat pekak boleh tak!" Kata Suria senoktah. Titik.

Suria meninggikan suaranya. Sudah lama menahan geram. Amesha memang suka buat dia naik darah.

"Sekarang ni semester pertama, susah Amesha nak cuti selalu. Lagipun, Amesha dah janji dengan mak yang Amesha akan balik bila cuti semester kedua tiba."

Ujar Amesha setelah sekian lama berdiam diri. Barangan di hadapan dipandang sepi, sudah puas dia menilik untuk lari dari perkara ini.

Suria membuat muka mendengar jawapan Amesha.

"Kau tahu tak yang telinga aku ni rasa macam nak berdarah dengar alasan kau yang dah lapuk tu. Dah naik loya aku dengar. Mual! Nak muntah tahu tak!"

Suria buat wajah loya. Berlemak rasa dengar ucapan Amesha. Ingat dia ni amnesia ke apa. Walaupun dia belajar setakat SPM sahaja, tapi tak adalah sampai bengap sangat nak percaya semua kata orang. Still muda boleh belajar walau duduk rumah, okey.

"Kenapa nak balik masa cuti semester kedua, cuti semester pertama kau nak buat apa?" Suria berkata penuh dengan curiga.

"Kau jangan nak buat perkara bukan-bukan tanpa pengetahuan keluarga. Aku siat kulit kau nanti. Kau ada boyfriend ke? Jangan nak menggatal sangat. Tak pasal-pasal aku kena panggil dengan pihak universiti karang."

Suria menghalakan jari telunjuk ke arah Amesha tanda amaran. Dikerjakan Amesha nanti kalau berani buat hal. Yelah, kakak iparnya sudah terbaring lesu atas tilam dah tak boleh buat apa kalau bukan dia yang uruskan. Sampai hal anak-anak pun dia yang kena urus. Buktinya seketul depan mata ni, budak tak tahu diuntung! Bawa nasib malang dekat dia dengan abang dia! Menyampah! Benci tahu tak!

Apa Sebenarnya Cinta [Hold]Where stories live. Discover now