bab 17

56 6 0
                                    

Kesempatan yang hadir dalam hidup, kita tidak boleh sia-siakan begitu sahaja. Boleh jadi kesempatan itulah yang menjadi titik permulaan untuk seseorang itu berada di kedudukan yang teratas. Macam itu jugalah dengan Faleq sekarang ini.

Lelaki yang pantang dicabar dengan benda-benda remeh. Satu kali dia diusik, seribu kali ganda dia membalas perbuatan itu.

"Ha! Kauorang semua dah miskin. Bayar duit kauorang semua kat aku sekarang juga!"

Duit permainan Saidina yang tebal dikipaskan di hadapan muka Taufiq dan Ragus. Manakala Hao pula menjadi banker. Terasa panas wajah ini apabila direndah-rendahkan oleh jutawan yang hampir mempunyai semua tanah dalam setiap petak. Jadi mana-mana nombor pada dadu yang muncul selepas dibaling  itu mempunyai kebarangkalian yang agak tinggi untuk mereka berhenti pada tanah Faleq.

Malang sekali duit mereka sudah habis membayar hutang.

"Bagi sini duit kau, Ragus. Dah lima kali kau berhenti kat petak milik aku. Ini baru third round." Tuturnya penuh sinis. Permainan aje pun!

"Tuan...dahlah. Jangan beli apa-apa lagi. Miskin dah saya." Tutur Ragus. Mulutnya memuncung ke depan. Cuba mengacah Faleq. Mana tahu rasa serba salah.

"Ish! Geli aku tengok muka kau macam tu. Kau bukannya Rina nak buat muka macam tu. Dah, bayar cepat!"

"Sikit-sikit Rina. Kalau tuan suka dia, bagitahu ajelah pada dia. Habis cerita. Ini tak habis-habis angau. Nak dekat sebulan tuan tersengeh seorang diri."

Ya, sejak dari hari itu Faleq asyik tersenyum sendirian serupa orang gila. Naik bulu roma mereka melihat lelaki yang bertubuh sasa dan dada bidang itu menjadi blushing setiap kali teringatkan kata-kata Rina walaupun mereka bertiga itu tidak tahu punca sebenar Faleq tersenyum sumbing macam kera busuk.

Nama Rina itu pun dah jadi sebati dengan telinga mereka. Sedang menonton tv pun bibirnya secara automatik menyebut nama perempuan itu. Tidak lari lagi nama itu selain disebut-sebut oleh seorang lelaki yang sudah mabuk dengan cinta.

Keluhan berat dilepaskan sebelum dia berbicara. Daripada duduk bersila, dia naikkan satu kaki rapat ke dada. Tangan memeluk kepala lutut itu.

"Kalau aku bagitahu dia, kau fikir dia nak ke? Fikirlah sikit." Katanya. Jari telunjuk dibawa naik ke atas kepala dan mengetuk beberapa kali.

Mereka bertiga mengangguk faham.

"Zam tahu tentang Rina. Dia tahu tempat kerja dan rumah perempuan tu. Aku pasti dia mesti hantar lalat untuk spy aku. Aku risau kalau...suatu hari nanti dia ancam Rina gara-gara aku."

"Aku takut kalau semakin dekat aku dengan dia, Zam akan aim dia lebih. Tak akanlah disebabkan aku, dia jadi mangsa? Sebelum ni dia ada warning aku tapi walaupun ugutan dia tu sekadar untuk menakutkan aku, aku yakin kata-kata dia tak kosong. Kauorang tahukan yang aku dah kenal dia lama? Cukup lama sampailah dia khianat aku." Luahnya panjang. Baru sekarang dia terbuka hati untuk bercerita tentang ini kepada anak-anak buahnya.

"Tapi tuan ialah Faleq Iskandar. Disebabkan mulut dia tu tuan nak give up? Kitaorang akan sokong tuan seratus peratus!" Teriak Taufiq lantang. Genggaman tangan diangkat ke udara berkali sebagai tanda dia menyokong Faleq selalu.

Bersama Hao dan Ragus lakukan benda yang sama sehingga bibir Faleq tersenyum kecil. Tak sangka mereka akan setuju jika dia betul nanti dia luahkan rasa cintanya kepada seorang perempuan yang begitu beruntung tapi pada masa yang sama...malang. Malang yang berterusan apabila mengenal lelaki mafia ini.








Akibat mengikutkan sangat kehendak Kuntom dan Kamal, kedua-dua tangannya penuh dengan plastik beg yang dijembit. Sebelah tangan yang menjembit plastik beg berisi makanan ringan. Manakala satu tangan lagi berisi barang basah untuk rumah mereka.

Faleq Nisrina [HIATUS]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang